Sunday 31 March 2013

SURVIVING HOUSEMANSHIP. FORUM DUNIA PERUBATAN




Pada 12 Mac 2013, telah berlangsung program Forum Dunia Perubatan bersama alumni pelajar Malaysia di UNHAS iaitu Dr. Khabbab Jamalludin, Dr. Anwarul Arifin Ahmad dan Dr. Ahmad Faris Ngimron. Program berlangsung di Rusunawa Unhas dan bermula pada jam 8.30 malam. Program ini  bertemakan "DOCTOR Not Just A Title" yang dipilih bagi menyedarkan para pelajar perubatan bahawa  kerjaya sebagai seorang doktor ini adalah amanah yang dikurniakan Allah kepada mereka sebagai medium untuk membantu ummah tercinta. 

Forum ini membincangkan bagaimana situasi doktor yang telah tamat pengajian sebagai pelajar perubatan kini berkhidmat di hospital. Ahli panel juga mengupas serta memberi pandangan masing-masing berkenaan realiti kehidupan sebagai seorang Houseman Officer (HO) yang bertugas selama dua tahun sebelum bergelar Medical Officer (MO).   

Ahli forum terdiri daripada, 
  1. Dr. Khabbab Jamalludin merupakan alumni dari angkatan 2003 sekarang berkhidmat sebagai pegawai perubatan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  2. Dr. Anwarul Arifin dari angkatan 2003 yang kini bertugas sebagai pegawai perubatan Klinik Kesihatan Serting Hilir di Negeri Sembilan.
  3. Dr. Ahmad Faris Ngimron dari angkatan 2002 yang kini merupakan pegawai perubatan Jabatan Anestesiologi Hospital Tunku Ampuan Rahmah di Klang.


Dr. Khabbab berpesan, "Ingatlah,yang pada satu masa dahulu kita pernah berdoa,berdoa agar dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,berdoa agar kita lulus dalam peperiksaan, berdoa agar kita diperkuatkan untuk menjalani hari-hari sebagai pelajar perubatan.maka jangan pernah menyesal semasa menjalani housemanship kelak. Teruskan berdoa.



Dalam hal ini, Allah telah berfirman, " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?(2) Dan demi sesungguhnya Kami elah mneguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta (3)" (QS, Al- Ankabut: 2-3)

Jadi,kepada seluruh warga PKPMI-CM,ingatlah perjalanan untuk menjadi seorang doktor yang cekal hatinya pernuh dengan liku-liku dan halangan yang tidak kita ketahui entah bila munculnya. Justeru,ayuh persiapkan diri dari segi fizikal,mental serta rohani agar ketiga-tiganya dapat bergerak seiringan dengan profesion kita sebagai pelajar perubatan dan seterusnya sebagai seorang doktor kelak.















Dr. Khabbab Jamalludin


Dr. Ahmad Faris Ngimron


Dr. Anwarul Arifin 




Sekian,terima kasih. :)

No comments: