Friday 10 December 2010

All the best


If God brings you to it,
He will bring you through it.
In Happy moments, praise God.
In Difficult moments, seek God.
In Quiet moments, worship God.
In Painful moments, trust God.
In Every moment, thank God.

All the best for keluarga PKPMI Makassar=)

::Exco academic::



Friday 3 December 2010

AWAS!!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Peringatan kepada keluarga PKPMI Makassar,diminta untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda.Kepada yang duduk di luar rumah susun mahupun di dalam rumah susun hendaklah berhati-hati dengan barang berharga anda.

perkara yang anda perlu alert:-

1.pastikan pintu rumah atau bilik terkunci jika anda keluar atau tidur.

2.pastikan anda meletakkan barang berharga anda di tempat yang selamat

3.pastikan tidak keluar terlalu lewat malam dan keluar berseorangan,terutamanya siswi

4.menjaga diri dan tidak membuat kekacauan di tempat awam

5.menjaga akhlak dan budaya sebagai seorang pelajar Malaysia

6.sentiasa beringat kita adalah duta kecil kepada negara kita

7.kepada yang membawa kendaraan.berhati-hati di jalan raya ye

8.jauhkan diri dari tempat-tempat rusuhan

9.laporkan sebarang kehilangan,kecurian dan sebarang masalah silalah berhubung kepada keluarga PKPMI berdekatan dengan anda

SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1431 HIJRAH

TEMA :"HIJRAH MEMICU PERUBAHAN INSAN"
marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan Maal Hijrah ini demi ikatan ukhwah antara kita.

Thursday 25 November 2010

KORBAN? PENGORBANAN?


Aidil adha tiba… kita sering memperkatakan tentang pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Namun sejauh manakah kita mengambil pengajaran melalui kisah-kisah itu. Jarang-jarang sekali kita mengorbankan kehendak kita, kesukaan kita dan kepentingan kita untuk Allah; malahan, ada yang berpendapat jika kita lakukan sesuatu (amalan) bukan dengan penuh kecintaan, dan senang hati

Selalu kita dengari alasan-alasan seperti

"hati masih belum terbuka";

"beramal tapi kalau tak ikhlas tak guna jugak" ;

"kalau buat tak diterima, kalau x buat pun sama je..baik x yah buat"

Kerana itulah ada yang hanya bersolat apabila terasa "ikhlas" untuk bersolat. Malahan ada yang mengatakan sesiapa yang biasanya tidak bersolat, dan tiba-tiba rasa ingin bersolat adalah ikhlas yang sebenar.

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya kerana Allah taala. Adakah Nabi Ibrahim sangat berbesar hati untuk melaksanakan perintah tersebut? Di dalam al-Quran sendiri menceritakan bahawa Nabi Ibrahim bingung, sedih dan berat hati Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah itu lalu ditanyakan hal ini kepada Nabi Ismail sendiri. Hal ini diceritakan di dalam surah al-Baqarah 2:99-111

Renungkanlah sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih Nabi Ismail, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga cemerlang.

Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Makkah, adalah model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.

Begitu juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail untuk disembelih bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat usia. Ia bermakna sama ada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa saja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah.

Kalau kita hayati betul-betul sirah Nabi Ibrahim dan keluarga baginda… begitu banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar sebagai seorang anak, bakal isteri, bakal suami, bakal ibu, bakal bapa dan yang paling penting kita ambil pengajaran untuk menjadi hambaNya yang benar-benat taat dan ikhlas serta takut kepada Yang Maha Pencipta.

Sehingga hari ini, apa pengorbanan yang terbesar pernah kita lakukan?


LEMBU LARI!!!! Kejar!!....

Lembu lari mungkin boleh dimaafkan jika ia lari..janganlah dikata ia bodoh krana lari dan menolak utk menjadi haiwan tunggangan di syurga..memang logik krana ia tak berakal dan tidak pernah bljar hadis..=)..

Kalau ia tahu ttg hadis tu, mungkin xde seekor pun lembu akan menolak utk "dikorbankan".

Itu lembu..ia masih belum mengerti erti korban & lgsung xboleh nak berfikir..tapi bgaimana dgn kita sbgai MANUSIA?? Sudah acap kali, malah mungkin sudah ada yg bosan setiap kali sambutan aidiladha, semua org boleh memberikan makna smbutan ini dgn tepat..ye..aidiadha berkenaan dgn kisah Nabi Ibrahim dan juga anknya Nabi Ismail yg sanggup berkorban semata2 sbgai bukti taat pada perintah Allah..tp, bagaimanakah pula kita??

Sejauh mane kita merelakan diri utk berkorban?? sanggup kita tinggalkan tempat tidor utk bertahajud??utk berjemaah di masjid pada waktu subuh??bersedekah ketika kesempitan??rasenye tidak perlu diberi contoh yg banyak..cukuplah sekadar b'tanya pada diri sendiri..adakah kita sanggup BERKORBAN meninggalkan sesuatu yg terlarang demi mentaati perintah Allah?? Tepuklah dada tanya iman..

Kalau kita tak sanggup berkorban utk melakukan kebaikan,tak usahlah marah jika ada yg menyamakan kita dengan "lembu"..=)

Akhir sekali,Selamat Hari Raya Aidi Adha..maaf jika terkasar bahasa. Doakan kepimpinan baru kali ini MPP PKPMI 2010/2011 dapat menjalankan amanah yg diberikan dengan sebaiknya. Moga Aidil Adha tahun ini memberikan 1001 keinsafan buat kita semua. Moga kita semua diperkuatkan utk amar maaruf nahi mungkar.

BY: EXCO LAJNAHTARBIAH DAN KEBAJIKAN=)

Friday 19 November 2010

Ibadah Qurban




Pengertian

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Hukum melakukan ibadah qurban

  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

Betapa pentingnya usaha mendekatkan diri ini (berQurban), sehingga ajaran Islam menetapkan syari'at Qurban, dalam bentuk penyembelihan hewan Qurban satu tahun sekali, kepada yang mampu, yaitu pada setiap Hari Raya 'Iedul-Adha, 'Iedul Haj atau disebut juga 'Iedul Qurban, yang pelaksanaan penyembelihannya bisa dilakukan tanggal 10, 11, 12 ataupun tanggal 13. Ketiga hari terakhir ini disebut hari Tasyriq yang secara harfiyah berarti hari-hari yang penuh dengan daging.

"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfa`at bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Ada hal penting dalam kegiatan Kurban ini. Betapa kita diperintahkan untuk selalu memperhatikan fakir miskin, dan semangat berkurban. Apabila sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan terwujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang mampu dapat memberikan sebagian hartanya untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu, ataupun yang memerlukan pertolongan. Tapi harus pula dibarengi oleh mereka yang menerima bantuan untuk mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang. Bukanlah Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa: "Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Fadhilat berpuasa

Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
  • Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

jenis haiwan yang boleh dijadikan qurban

* Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

Umur binatang qurban

1. Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.

2. Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.

3. Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

Sejarah

Menyembelih haiwan qurban pada Hari Raya Adha juga adalah bertujuan untuk menghidupsuburkan salah satu sunnah yang dicontohkan oleh Nabi Ibrahim AS yang mendapatkan perintah melalui mimpi untuk menyembelih anaknya yang sangat disayangi dan dicintainya, iaitu Nabi Ismail AS, yang kerana ketundukkannya itu Allah kemudiannya menggantikan diri anaknya itu dengan menyembelih seekor kibas (domba), yang mana amalan ini kemudiannya terus berlanjutan sampai akhir zaman, sebagaimana diungkapkan kisahnya dalam Al-Qur’an (37: 102-111).

Dengan melaksanakan ibadah qurban, secara tidak langsung, kita juga termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mensyukuri ni3mat atas rezeki serta keleluasaan yang diberikan Allah SWT kepada kita, yang mana bentuk kesyukuran tersebut dizahirkan melalui pelaksanaan syariat-Nya (melakukan ibadah qurban). Allah SWT berfirman (mafhumnya):

“(Dan mengorbankan) unta yang Kami jadikan untukmu sebahagian syiar (agama) Allah, untukmu ada kebaikan di dalamnya. Sebab itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya (ketika ia masih berdiri). Apabila ia telah jatuh ke tanah (mati), makanlah sebahagiannya dan berilah makan orang yang tidak meminta dan orang yang meminta. Demikianlah Kami tundukkan (serah) haiwan itu kepadamu, mudah-mudahan kamu bersyukur” (QS, 22: 36)

Sebagaimana yang diketahui, ibadah qurban haruslah beserta dengan niat untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Dan dalam usaha untuk bertaqarrub kepada Allah, kegiatan memberi makan (daging qurban) kepada sesama manusia, terutamanya kepada golongan faqir miskin, dapat mewujudkan rasa kasih dan sayang yang seterusnya membawa kepada hubungan persaudaraan yang erat sesama manusia. Dan sesungguhnya menyayangi sesame manusia pada hakikatnya mengundang rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT dan seluruh makhluq-Nya yang ada di langit.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sayangilah oleh kamu sekalian sesama manusia yang ada di muka bumi ini, maka pasti akan menyayangi kepada kamu makhluq yang ada di langit.”

Akhirul kalam, sebagai umat Rasulullah SAW, kita kaum muslimin diperintahkan untuk mengikuti sunnah Nabi Ibrahim AS, sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali-Imran (mafhumnya): “Katakanlah: Benar apa yang di firmankan Allah. Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus. Dia tidaklah termasuk orang-orang yang musyrik” (QS, 3: 95).



Friday 29 October 2010

"PERMATA" Yang Dicari


Program: Program Etika Remaja, Mencapai Akhlak Terbilang dan Akademik Cemerlang
Tarikh: 28 - 30 Mei 2010
Tempat: Tanjung Bira, Bulukumba, SULSEL, Indonesia


Assalamualaikum wrb. dan Selamat Sejahtera.

Pada tanggal dan tempat seperti yang telah dinyatakan di atas, pihak PKPMI cawangan Makassar telah berjaya melaksanakan sebuah program motivasi yang diberi nama 'PERMATA'. Bersyukur kepada tuhan kerana program yang telah dijalankan selama 3 hari 2 Malam ini telah memberikan feedback yang memberansangkan dari pihak peserta. Seramai 80 orang peserta telah meluangkan waktu dalam kesibukan sebagai seorang pelajar di universitas untuk sama-sama menjayakan program ini. Kami dari pihak PKPMI Makassar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda baik yang menjadi peserta mahupun yang bertindak sebagai AJK pelaksana.

  • The Begining of Journey

(Semangat yuk!!!)

(Dah sampai... )

Disepanjang program ini berlansung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sesuai dengan apa yang telah dirancangkan. Diantaranya ialah;

  • Ceramah 1 :Mengenal Diri disebalik Diri
Dalam sesi ini, penceramah telah menjelaskan konsep PIES sebagai potensi dalam diri manusia. PIES mewakili potensi fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Dalam ceramah pertama ini, penceramah telah memberi pendekatan kalimah syahadah dengan konsep PIES. Setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing dan perlu dikembangkan ke arah kebaikan manakala kelemahan yang ada perlu diperbaiki dari hari ke hari.

(Motivator PERMATA 10, En. Fazrul Ismail)

Peserta juga didedahkan dengan kepentingan kekuatan rohani dalam membantu mencapai kegemilangan di dunia dan akhirat. Perancangan yang sistematik dan terapi bukan sahaja untuk kejayaan di dunia malah akhirat kelak.

  • Explorace
Explorace telah diadakan pada hari ke-2 jam 7.00 pagi yang melibatkan aktiviti fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Semua peserta telah diberikan kumpulan masing-masing. Dengan itu, setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan pada setiap checkpoint.

(Keterbatasan nilai P (physical) tidak menghalang kita untuk mencapai I, E dan S)

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat para peserta menggunakan konsep PIES dalam masalah yang dihadapi bagi setiap tugasan yang diterima. Aktiviti ini juga telah meningkatkan lagi kefahaman tentang potensi diri dan persediaan untuk belajar serta berkhidmat dalam masyarakat suatu hari nanti.

(Gabungan P (physical) dan I (intellectual) mencetus hasil yang terbaik)

  • LDK 1
Dalam sesi kali ini, penceramah telah menerangkan dengan lebih lanjut tentang aspek potensi diri melalui konsep PIES. Peserta telah diberikan beberapa kes studi dan perlu dibincangkan dalam perspektif PIES. Kali ini penceramah telah memperkenalkan permainan saham yang mana telah membuatkan para peserta berfikir panjang serta menguji emosi mereka untuk berjaya mencapai keuntungan dalam permainan yang mencabar ini.

(Permainan saham, menguji aplikasi PIES dalam pemikiran peserta)

Dengan menerapkan konsep PIES ini dalam sesuatu masalah yang dihadapi, lebih meningkatkan kesedaran kita tentang PIES dalam kehidupan seharian.

(Mengaplikasikan konsep PIES dalam penyelesaian masalah)

  • Ceramah 2 : Mengungkap Rahsia Kejayaan
Dalam slot kali ini, aspek CASIC telah dijelaskan oleh penceramah iaitu CASIC mewakili connect, acknowledge, serve, inquire and choice.

(En. Fazrul berbagi ilmu CASIC)

Penceramah telah menerapkan konsep CASIC dengan pendekatan Al-Fatihah. Oleh itu, setiap manusia akan berusaha untuk mencari peluang dan mendapatkannya untuk merealisasikan impian dalam hidup. Kejayaan yang diperolehi adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Salah satu aktiviti yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta dalam slot ini adalah beramah mesra dengan masyarakat di sekitar Tanjung Bira.

(Aplikasi konsep CASIC melalui proses taaruf bersama warga Bulukumba)
Dengan menerapkan konsep CASIC dalam aktiviti ini, dapat meningkatkan lagi hubungan baik sesama manusia dan lebih menghargai orang lain di sekeliling kita.
  • LDK 2

Dalam LDK yang ke-2 ini, penceramah telah menerangkan tentang bekalan dan perancangan yang akan dilaksanakan selepas pulang dan memastikan misi dan visi kejayaan dapat dilaksanakan. Stimulasi temubual diantara penceramah, Encik Fazrul Ismail dengan saudari Nabilah yang merupakan salah seorang peserta program ini diadakan. Dalam sesi temu bual ini, penceramah telah menggunakan konsep CASIC dalam mengajukan beberapa soalan.

(Stimulasi CASIC dalam coaching)

Melalui temubual ini juga sedikit sebanyak dapat membuka peluang yang boleh dicapai dalam diri melalui teknik coaching sesi dan peserta di minta untuk memikirkan warisan yang akan ditinggalkan kepada generasi suatu hari nanti.


  • Aktiviti Lain
Sepanjang program ini berlansung, peserta diminta untuk mengumpul sebanyak mungkin kata-kata hikmah yang dapat difikirkan. Setiap kata-kata hikmah ini dikumpul untuk dijadikan renungan sebagai motivasi kepada peserta.

(Mutiara kata dari Sang Permata)

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. PERMATA 10 juga akan melabuhkan tirai penutup. Peserta diberi peluang untuk menyampaikan feedback masing dalam cara yang paling kreatif. Di kesempatan ini, ada kumpulan yang menyampaikan feedback dari mereka dalam bentuk lakonan, sajak, dan lain-lain.

(Feedback dari setiap kumpulan)

Sekalung penghargaan kepada En. Fazrul (motivator) PERMATA 10 telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Program PERMATA 10. Kami pihak PKPMI Makassar mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian En. Fazrul untuk datang ke Makassar kali ini.

(Penghargaan dari Pengarah Program PERMATA)

"Annyong-hi kashipshio", "Au Revoir", "Sayonara", "Goodbye".

"Kalau ada sumur diladang, boleh kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Insyaallah tahun depan berjumpa lagi"

(PERMATA generasi penggerak bangsa)

Credits to:
  1. Photographer : Saiful 08, Adam 07, Ruq 07, and Tauhid 07
  2. SU PERMATA 10 : Anisah 08