Friday 25 December 2009

10 Muharram dan Kelebihanya



PENDAHULUAN

Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat.

Firman-Nya dalam Surah At-Taubah, Ayat 36:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”

Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:

“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

KELEBIHAN

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”

[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]


GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’

Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”.

[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]

Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.


HIKMAH PUASA ‘ASYURA’

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.

[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]

Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.

Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.


DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM

Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.

Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”

(HR. Muslim no. 2722)

Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda:

“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.

(HR. Muslim no.2723)

Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahua’alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :

“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi”

[HR. Al-Baihaqi no.8665]

Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.


KESIMPULAN

Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat beberapa peringkat iaitu :

Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]

Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam artikel ini.

Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar yang dhoif dari Ibn Abbas.

Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja.

Wallahua’lam

[Risalah Ahadith Syahrillah AlMuharram ms 13]


Friday 18 December 2009

Ayuh kita berubah!!


~Hijrah itu perjuangan~

Salam Tahun Baru Hijrah 1431. Hari ini merupakan lembaran baru bagi kalender Islam (Hijrah). Hijrah membawa maksud berpindah. Hijrah yang utama ialah hijrah sewaktu zaman Rasulallah SAW iaitu dari kota Mekah ke kota Madinah. Namun, umat Islam di zaman sekarang tidak seharusnya memandang ringan terhadap peristiwa hijrah ini. Terdapat pengajaran yang bergitu beharga didalamnya yang harus diambil iktibar sebagai panduan hidup kita.

Kita sebagai mahasiswa kedokteran UNHAS, seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk memahamkan diri tentang konsep hijrah yang sebenar. Hijrah tidak hanya tertumpu kepada perpindahan diri dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Apa yang penting di zaman sekarang ialah bagaimana kita cuba untuk mengamalkan konsep hijrah itu didalam diri kita sebagai seorang muslim dan juga sebagai seorang mahasiswa kedokteran. Sebagai contoh, hijrah untuk menjadi seorang insan yang sentiasa menjaga kebajikan didalam komuniti kita di sini.

Kehidupan kita di bumi Makassar ini sebagai suatu komuniti memerlukan kita saling bantu membantu diantara satu sama lain. Seperti apa yang disampaikan melalui pengisian program ceramah bersama Ustaz Rahman, kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa tidak hanya bergantung kepada buku semata-mata. Hubungan sesama insan haruslah diberi perhatian. Rasulallah SAW sentiasa menyuruh umatnya supaya sentiasa bersatu. Sifat berpuak-puak itu, amatlah ditegah didalam islam. Haram bagi umat islam itu memusuhi saudaranya yang lain.

Oleh itu, semperna dengan Maal Hijrah 1431, PKPMI cawangan Makassar sendiri di bawah exco kerohanian telah mengadakan aktiviti sambutan Maal Hijrah yang bertempat di RUSUNAWA. Acara pada hari ini dimulai dengan berkumpulnya ahli-ahli PKPMI muslim yang berada di sekitar Makassar pada jam 5.30 petang. Acara diteruskan dengan pembacaan doa awal tahun, yang di lakukan oleh Saudara Taufiq dari Batch 09. Selesai membaca doa awal tahun, acara diteruslah dengan zikir-zikir ringkas memuji kebesaran Yang Maha Esa.

Selepas itu, para peserta melakukan solat magrib secara berjemaah. Sedikit tazkirah disampaikan oleh Saudara Tuan Azlan dari batch 05. Seterusnya, acara disambung selepas solat isya' dengan bacaan Yassin secara beramai-ramai. Bacaan Yassin ini di ketuai oleh YDP PKPMI cawangan Makassar iaitu Saudara Muhammad Hafiy. Selesai pembacaan doa, sedikit pengisian tazkirah dilakukan sementara menunggu penceramah yang akan memberikan ceramah pada malam ni. Penceramah ini dijangka tiba di RUSUNAWA pada jam 9 malam. Beliau ialah Ustaz Rahman. Tepat jam 9 malam, program ceramah di mulakan dengan kehadiran penceramah. Tajuk ceramah pada malam ini lebih tertumpu dengan hijrah terhadap diri sendiri.


~Ustaz Rahman~

~Semangat ingin berubah inilah yg kita mahukan~

Acara diteruskan dengan sesi soal jawab disamping peserta menjamu juadah kek yang disediakan oleh batch 09 dibawah exco Kerohanian. Di saat ini, peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanya tentang masalah-masalah perpaduan dan ada juga yang bertanya tentang soal mahar di dalam perkahwinan.

Acara pada malam ini selesai pada 10 malam. Peserta pulang ke rumah masing-masing dengan membawa suatu hasrat untuk berubah pada tahun ini. Insyallah..

Wednesday 16 December 2009

A night to remember..



~Here come the Doctors~


Assalamualaikum. Perhatian kepada ahli PKPMI cawangan Makassar. Semperna dengan Awal Muharam dan bersangkutan dengan hari graduasi senior yang akan berlangsung pada 23 Disember 2009, kami selaku pihak pengurusan PKPMI cawangan Makassar akan mengadakan Majlis Awal Muharam dan Sambutan Graduasi yang akan berlangsung pada 18 Disember 2009, di LT. 5 pada jam 8.00pm. Semua ahli PKPMI cawangan Makassar di jemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi acara ini. Berikut disediakan tentatif acara yang akan diadakan pada malam tersebut :


Tentatif Program
18 Disember 2009, Jumaat

Monday 16 November 2009

PIMPINAN BARU PKPMI CAWANGAN MAKASSAR SESI 2009/2010




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat komuniti Malaysia di Makassar.. syabas dan tahniah kami ucapkan kepada pimpinan baru yang telah berjaya terpilih untuk menjawat jawatan Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua I(TYDP I), dan Timbalan Yang Dipertua II (NYDP II) melalui pilihanraya umum PKPMI yang telah diadakan pada 15 November 2009. Semoga pimpinan baru ini akan meneruskan lagi kegemilangan PKPMI pada masa yang akan datang dan doakan yang terbaik untuk mereka. sama-samalah kita memberi sokongan dan dokongan kepada PKPMI sesi 2009/2010.

Saturday 24 October 2009

BORANG PENCALONAN 09/10


SYARAT-SYARAT PILIHANRAYA PKPMI 09/10

SYARAT-SYARAT CALON

1. Ahli PKPMI cawangan Makassar
2. Himpunan purata nilai gred 2.00 dan ke atas
3. Pelajar tahun dua dan ke atas


SYARAT-SYARAT KEMPEN

1. Tiada unsur rasuah
2. Tidak menjalankan kempen yang menjatuhkan orang lain dan berbentuk ugutan atau fitnah
3. Poster kempen hanya boleh ditampal di tempat yang mendapat kebenaran pihak berwajib
4. Bermula dari 8 November - 14 November
5. Tidak dibenarkan berkempen pada hari mengundi
6. Kempen tidak mengandungi unsur hedonisme dan vandalisme
7. Kempen tidak berunsur politik atau membawa imej mana-mana parti politik


SYARAT-SYARAT PEMBUANGAN UNDI

1. Undi berbentuk “X” dalam kotak yang disediakan
2. Wajib mengundi 2 lelaki dan 1 perempuan
3. Seorang ahli hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja
4. Mengundi hanya bagi pihak diri sendiri
5. Masa mengundi : 8.30 pagi – 5.00 petang
6. Tidak dibenarkan menconteng kertas undi
7. Masa pengiraan undi : 8.30 malam
8. Pengiraan undi harus dihadiri oleh calon, pencalon dan wakil setiap angkatan [ketua dan penolong angkatan] sebagai pemerhati

• Pencalonan dibuka dari 24 Oktober 2009 hingga 6 November 2009. Pengundian akan dijalankan pada hari Ahad, 15 November 2009.
• Undian tertinggi bagi pihak lelaki akan terpilih menjadi PRESIDEN, kedua tertinggi menjadi TIMBALAN PRESIDEN 1
• Undian tertinggi bagi pihak perempuan akan terpilih menjadi TIMBALAN PRESIDEN 2
• Sila bawa kad identiti (Mykad atau kad pelajar) sebagai bukti pengenalan diri
• Bagi Koas yang tidak dapat mengundi pada hari yang ditetapkan (Ahad, 15/11/09), sila hubungi SPR selewat-lewatnya pada 13/11/09 *

Nombor SPR untuk dihubungi :
Muhamad Nabil Fahmi = 085656316345
Ruqnuddin Al Hamdi = 085656217414
Fathiah Syahirah = 085656120649
Mahfuzah Hazirah = 085656365898
Tauhid = 085696000323

*Borang pencalonan boleh diperolehi dari Majlis Tertinggi PKPMI atau dari ketua/penolong angkatan. Borang hendaklah dihantar kepada MT PKPMI sebelum 6 November 2009.

Monday 8 June 2009

Rehlah Mahabbah 09

Santai sambil Memperkasakan Agama dan Bangsa


Anjuran : PPIM-RSC

Lokasi : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, selangor

Tarikh : 31 Julai - 3 Ogos 2009

Penyertaan : 150 pelajar perubatan Malaysia di seluruh dunia (Ya, terbuka kepada semua!)

Yuran : RM150 @1500rubles


Cara pembayaran:

Melalui akaun maybank:

MB161051395964 - Mohd Al-Hafidz Bin Isa Ali
*Peserta yang membayar yuran penyertaan melalui maybank, sila maklumkan kepada wakil setiap universiti atau bendahari program, Mohd Al-Hafidz, the_red_alga@yahoo.com (ym=the_red_alga) setelah membuat pembayaran. Simpan slip sebagai bukti pembayaran

untuk maklumat lanjut: sila kunjungi
http://thesummercamp09.blogspot.com/

Thursday 4 June 2009

Aturcara AGD ke-4

5.00 petang _ Berkumpul di Rusunawa Unhas
5.30 petang _ Berangkat dari Rusunawa Unhas
6.30 petang _ Pendaftaran Mahasiswa / Mahasiswi Unhas
7.00 malam – Ketibaan para Mahasiswa / Mahasiswi Unhas di Ruangan Dewan
7.30 malam – Ketibaan para VIP / Tetamu Kehormat
8.00 malam – Pembukaan majlis oleh Pengerusi Majlis, Pembacaan Doa dan Tilawah Al-Quran
8.10 malam _ Persembahan pembukaan oleh mahasiswa
8.20 malam – Kata Menyingkap Makna / Ucapan
Presiden PKPMI 08 / 09
Dekan Fakultas Kedokteran Unhas / Wakil Dekan
8.45 malam _ Santapan Makan Malam
9.10 malam _ Sesi Penganugerahan
Anugerah Akademik ( Pelajar Cemerlang )
Anugerah Tamat Pengajian Para Senior
_ Cenderahati ( para Tetamu Kehormat )
9.35 malam _ Keberangkatan pulang para VIP
9.40 malam – Santai Minda Penghibur Jiwa
Persembahan Mahasiswa
Cabutan Bertuah
Hadiah Sukan
10.40 – 11.00 malam – Penutup, Rekaman Kenangan, Keberangkatan Pulang

Annual Grand Dinner

Wednesday 8 April 2009

MUTIARA II

TENTATIF PROGRAM MUTIARA II

"perkasakan iman... momentumkan perubahan..."

Jumaat, 10 April

8.00 pagi Pendaftaran dan taklimat ringkas
9.00 pagi Bertolak ke Tg. Bira
12.00tengahari Berhenti untuk makan dan solat
4.00 petang Ketibaan di Tg. Bira
5.30 petang Makan malam
6.30 malam Solat berjemaah
7.00 malam Majlis Pembukaan
7.30 malam Ceramah 1: “Peranan & Tanggungjawab Insan Terpilih – Man ana?”
9.30 malam Minum malam
10.00 malam Muhasabah diri
11.00 malam Rehat

Sabtu, 11 April

4.30 pagi Solat berjemaah, tazkirah, ma’thurat
Percambahan Minda Pagi
6.30 pagi Sarapan
7.30 pagi Explorace
11.30 pagi Persiapan diri
12.00 tengahari Solat dan makan tengahari
1.00 tengahari Dinamika Kumpulan: Aktiviti 1
3.30 petang Aktiviti Bebas
5.30 petang Makan malam
6.30 malam Solat berjemaah
7.00 malam Tadarus al-Quran
7.30 malam Ceramah 2: ”Menyelami masalah masyarakat dan peranan Mahasiswa”
10.00 malam Minum malam
11.00 malam Rehat

Ahad,12 April

3.30 pagi Qiamullail
4.30 pagi Solat berjemaah, tazkirah, ma’thurat
Percambahan Minda Pagi
6.30 pagi Sarapan
8.00 pagi Bengkel
11.00 pagi Berkemas
12.00 tengahari Solat dan makan tengahari
1.00 tengahari Majlis Penutup & ‘Kalimah Akhirah’
1.30 petang Bertolak pulang

Saturday 21 March 2009

BIODATA PENCERAMAH MOTIVASI

SOLEHUDDIN BIN SHUIB

* Pendidikan:

Diploma bidang Elektrik,(AAD, USA)

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik, USA

Sarjana, Kejuruteraan Mekanik, USA

Doktor Falsafah, Kejuruteraan Mekanik, Universiti Putra Malaysia(sedang lanjut)

* Pekerjaan:

Pensyarah Kanan DS 52, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik ,USM

Pencapaian:

1. Relawan Misi Kemanusiaan Acheh, Misi banjir di Segamat dan Kuantan

2. Aktif dalam Persatuan Pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Muslim (MSA)seluruh Amerika& Kanada,1993-1998.

3. Student Gold Medal leadership award, PPP/ITM, Shah Alam, 1992.

4. Putera Kolej, leadership award, PPP/ITM, Shah Alam, 1991.

5. School color, sport award, Sekolah Sains Sultan Muhammad Jiwa, 1988.

Ceramah: Surau,Masjid & IPT
2008-2009

* 26.6.08: Ceramah agama, Surau Najihin

* 7.08.08: Ceramah Ramadan SRIK

* 26.08.08: Ceramah Ramadan, Muslimat Surau-surau Kota Kemuning

* 15.12.08: Ceramah Surau Hijrah Kem Sek Menengah, Kota Kemuning

* 11.01.09: Ceramah motivasi, Seminar Kesejahteraan Mahasiswa, UPM, Serdang, Selangor bersama Mat Taib Pardi

* 31.1-14/2/09: Ceramah motivasi di Kaherah, Irbid, Jordan dan Damshik, Syria bersama Ust Abd Rahim, Penang.

* 11.03.09: Ceramah Maulid Rasul, Sekolah Men Bandar Tun razak

* 13.03.09: Forum Maulid Rasul di Fakulti Education,UIAM, Gombak bersama Noor Azman Mohd Samsudin

* 18.03.09: Ceramah motivasi pelajar sekolah rendah& menengah, Masjid Proton, seksyen 31.

* 21-22 Mac, 09: Motivasi pelajar Perubatan, Universiti Hasanuddin, Makassar, Sulawesi bersama Dr. Siti Mariam Sh. Ahmad


DR SITI MARIAM SH AHMAD

* Ttl : Batu Pahat, Johor, 12 Jan.1969, Tel: 019-551-5600

* Pendidikan:

Matrikulasi -UKM(1988)

MBBCh BAO, LRCPI&SI, NUI – Royal College of Surgeons, Ireland (1995)

Masters of Medicine (O&G) – USM (2005)

* Pekerjaan/Jawatan:

Konsultan O&G – Shah Alam Specialist Hospital, Shah Alam

Pakar Perubatan di hospital kerajaan 2005 -2007

Pegawai perubatan di hospital kerajaan 1994-2004

Pencapaian:

1. Pelajar terbaik SRP, MRSM, Muar, 1984

2. Pelajar Terbaik SPM, MRSM, 1986

3. Pelajar Terbaik Matrikulasi UKM, MRSM Kulim, 1987-1988

4. Distinction A for professional exam in O&G (2002)

5. Distinction A for professional exam in O&G (May, 2005)

Sumbangan:

* Perunding O&G ruangan wanita, Akhbar Sinar

* Perunding O&G bagi saluran TV Astro

* Panel doktor, khidmat kesihatan percuma anjuran Kelab Kesihatan Haluan(KKH) bagi masyarakat sekitar lembah Klang

* Ceramah kesihatan bagi masyarakat sekitar lembah Klang

* Ceramah Air mata Gaza bagi warga hospital Salam

* Relawan Misi Kemanusiaan Acheh,

* Relawan Misi bantuan banjir di Batu Pahat, Segamat dan Kuantan

Wednesday 4 March 2009

Results for English Week Competition

Medical Quiz
  1. 06 team
  2. 07 team & co-ass team
  3. 08 team
Home funniest video
08 team

Attire show
batch 06

Individual Category
Boy : Tauhid
Girl : Zalikha

Debate
  1. 08 team
  2. 06 team
  3. 07 team

Friday 20 February 2009

ENGLISH WEEK PROGRAMME

TENTATIVE PROGRAMME OF ENGLISH WEEK

22nd of February-28th of February 2009

DAY & DATE

TIME

AND

PLACE

ACTIVITY

CONDITION

AND

REGULATION

PERSON

IN CHARGE

SUNDAY

22/2/2009

9.00am- 3.00pm

AULA

LAST DAY

FOR

DEDICATION

1.The dedication has to be in English.

2. Your privacy is assure.

ANIS 08

MONDAY

23/2/2009

8.00am-10.00pm

AULA

MEDICAL QUIZ

1. Each batch must send 3 participants

HAFIY 08

TUESDAY

24/2/2009

Before 8.00pm

DUE DATE

FOR

HOME FUNNIEST VIDEO

1. Each house must send one video

2. Duration of the video is 5 minutes (maximum)

3. The video must be fun and interesting

RAZAN 07

WEDNESDAY

25/2/2009

8.00am-4.00pm

FACULTY OF MEDICINE (UNHAS)

ATTIRE SHOW

1. The attire you choose must be smart and ideal as a medical student

2. The winner will be chosen individually and per batch.

3. JEANS are NOT ALLOWED

ALL EXCO

THURSDAY

26/2/2009

8.00pm-10.00pm

AULA

DEBATE ( I )

1. Each batch must send one team

2. The other rules will be told by the chairperson before the competition

SHAH 07

FRIDAY

27/2/2009

8.00pm-10.00pm

AULA

DEBATE ( FINAL )

1. Each batch must send one team

2. The other rules will be told by the chairperson before the competition

SHAH 07

* for dear friends out there.. please participate and support this programme.. because it is specially made for you...