Tuesday 28 August 2012

Program Iftar Ramadhan 2012


Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya, PKPMI Makassar dengan kerjasama IMAM telah mengadakan program Iftar Ramadhan bertempat di Panti Asuhan Al-Anshar Timor-Timur, Sudiang pada tanggal 24 Julai 2012. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri pelajar dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim di sini di samping dapat meningkatkan amalan kita sebagai umat Islam khusunya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Juadah berbuka puasa pada kali ini dimasak secara gotong royong antara pelajar Malaysia dan anak-anak yatim di sini. Antara juadah yang terhidang adalah ayam masak lemak cili api, tempe goreng dan sayur campur goreng.















Selain itu, sempena iftar pada kali ini, kempen “1 mahasiswa 1 buku” telah dilancarkan bagi menggalakkan sumbangan buku daripada mahasiswa. Selain buku, sumbangan diberi dalam bentuk pakaian dan wang. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Sumbangan dalam bentuk wang tunai yang diterima daripada para pelajar sangat menggalakkan.



Semasa menunggu waktu iftar juga telah diadakan program penyuluhan mengenai cara mencuci tangan dengan betul oleh pelajar Malaysia yang hadir di sini. Cuci tangan adalah langkah mudah yang masih diambil ringan oleh kebanyakan orang sedangkan ia amat penting bagi mengelakkan dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya. Diharapkan  dengan adanya demonstrasi cuci tangan yang betul ini dapat mendidik anak-anak di situ supaya mementingkan kebersihan bagi menjamin kesihatan yang baik. 

Program Pemberian Ubat Kepada Peserta KKN (Kerja Kuliah Nyata)


Pada tanggal 13 Jun 2012 (Rabu), telah diadakan program pemberian ubat kepada peserta Kuliah Kerja Nyata (KKN) yang berlansung di Aula Rusunawa UNHAS. Seramai 39 orang peserta terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar Malaysia angkatan 2008 dan 2009. Antara objektif-objektif program adalah untuk memberi bantuan ubat-ubat asas kepada pelajar Malaysia yang menyertai KKN, menjaga kebajikan pelajar-pelajar Malaysia dan sebagai wadah untuk mengukuhkan hubungan antara PKPMI dengan para pelajar baik pelajar muslim mahupun bukan muslim.

Program yang bertujuan sebagai field trip  ini diadakan selama dua bulan di daerah-daerah pedalaman di Makassar. Hal ini adalah supaya para pelajar membantu dan memberi ilmu kesihatan yakni cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan kepada masyarakat-masyarakat yang tinggal di sana. Persekitaran yang tidak bersih dan kondusif, serta proses adapatasi yang memakan masa boleh menyebabkan para peserta KKN mudah diserang penyakit seperti demam, cirit-birit (diarrhea), selsema dan lain-lain.

Program Baksos Sehati Seummah


Pada hari Sabtu bersamaan 9 Jun 2012, telah diadakan program Bakti Sosial (Baksos) Sehati Seummah di Alfityan School, Jln Pallantikang, Sunguminasa, Gowa. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Makassar dengan kerjasama PKPMI Makassar. Bermula jam 9 pagi, terdapat 3 siklus yang bertukar-tukar dengan enam bahagian iaitu sunathan,sterilisasi,non sterilisasi,injeksi tetanus,ubat dan penyuluhan.Kesemua peserta sudah dibagi kepada 20  kelompok dan mempunyai 4-5 peserta bagi setiap kelompok.













Sebanyak 117 orang pasien terlibat dan kesemua mereka merupakan pelajar sekolah Al-fityan tersebut.yang berumur dalam  12-15 tahun. Program penyuluhan bertujuan memberikan kesedaran kepada para pasien untuk menjaga kesihatan diri masing-masing.Program ini bertempat di perpustakaan sekolah tersebut .Tajuk-tajuknya adalah HIV dan Infeksi Saluran Pernafasan Atas.

Minggu Akademik 2012

Program Minggu Akademik bagi tahun 2012 telah berlangsung pada 14 hingga 19 Mei 2012. Acara ini diadakan di sekitar kawasan Rusunawa UNHAS dan di sekitar Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin. Program ini dianjurkan oleh PKPMI Makassar dengan kerjasama IPEM,IMAM dan Kelab UMNO Luar Negara cawangan Makassar. Antara acara yang diadakan adalah program jualan makanan dan minuman oleh pelajar-pelajar Malaysia tetapi bagi edisi kali ini, gerai hanya dikhususkan untuk wakil kelab-kelab sahaja. Selain itu terdapat juga jualan buku ilmiah yang mendapat  sambutan hangat khususnya daripada para pelajar Malaysia di sini.

Persiapan gerai jualan

kesibukan gerai dengan pembeli


Di samping itu, permainan tradisional juga telah diadakan bagi mendekatkan diri  pelajar dengan warisan nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Terdapat juga pertandingan yang dianjurkan oleh kelab-kelab seperti IMAM dan IPEM. Antara pertandingan yang menarik perhatian adalah pertandingan bahas ala parlimen antara angkatan yang diungguli oleh angkatan 2011.

wakil KOAS

wakil angkatan 2011

pemenang pertandingan bahas ala parlimen


Thursday 16 August 2012

Lawatan Kerja KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu Serta Delegasi Yayasan Diraja Sultan Mizan dan Kerajaan Negeri Terengganu

Pada 07 Mei 2012 (Isnin), keberangkatan tiba KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu diiringi YAB Menteri Besar Terengganu dan isteri, YB Ahli Dewan PangkuanDiRaja dan isteri serta rombongan istana. Menggunakan Pesawat Khas di sambut secara resmi oleh Bapak Gubernur Provinsi Sulawesi Selatan, Pejabat Pemprov, Unsur Muspida, Setiausaha Kerajaan Terengganu, beberapa anggota EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, Datu’ Bandar (Walikota), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Pegawai-pegawai kerajaan serta pelajar-pelajar Malaysia di Makassar. Pelajar beratur menyambut ketibaan Tuanku Sultan Mizan dan berpeluang bersalaman dengan Tuanku Sultan Mizan dan Tuanku Sultanah Zahirah.








Pelajar Malaysia di Bandara Sultan Hasanuddin Gowa


Pada jam 1.00 petang keesokan harinya, KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu & delegasi berangkat  ke SMA 1 Makassar untuk merasmikan dan meraikan acara yang telah dijalankan di SMA 1 Makassar. Kemudian, pada jam 3.30 petang, KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu berangkat ke Hasanuddin University Teaching Hospital. KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu disambut dengan meriah oleh semua pelajar-pelajar Malaysia di Makassar yang lengkap bersarung blazer rasmi Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin. Acara diteruskan di dalam Auditorium Hasanuddin University Teaching Hospital, rombongan dialu-alukan oleh Rektor Unhas, Prof. dr. Idrus Paturussi.

Pelajar puteri batch 2011

Sambutan pelajar di Hasanuddin University Teaching Hospital

Tuanku Sultanah Zahirah bersama pelajar

 Suasana di Auditoriun Hasanuddin University Teaching Hospital

Rektor Universitas Hasanuddin bersama KDYMM Sultan Terengganu

Kemuncak acara adalah pada hari Rabu, 09 Mei 2012. Pada jam 7.15 malam, bertempat di Hotel Sahid Jaya Makassar diadakan Jamuan Balas Makan Malam dari Delegasi Terengganu untuk Tetamu Pemerintah Provinsi Sulawesi Selatan dan Majlis Menandatangani MOU antara Pemerintah Terengganu dan Pemerintah Provinsi Sulawesi Selatan serta Majlis Menandatangani MOU antara Rektor UNHAS dan Pengarah Yayasan Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh Bapak Gubernur Sulawesi Selatan beserta Isteri dan Undangan. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar Terengganu di Makassar seramai 23 orang dan 20 orang wakil PKPMI Makassar. 


Anak-Anak Terengganu

Exco PKPMI Makassar

 Tuanku Sultan Mizan & Tuanku Sultanah Zahirah

Pelajar UNHAS dari Malaysia

Kami mewakili semua pelajar Malaysia di Makassar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuanku Sultan Mizan dan Tuanku Sultanah Zahirah yang mencemar duli melawat Makassar.

Wednesday 15 August 2012

Hari Kantin 2012

Program Hari Kantin 2012 pertama kali dianjurkan oleh PKPMI Makassar pada 31 Mac 2012, hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara seluruh mahasiswa Malaysia yang merupakan warga keluarga PKPMI Cawangan Makassar dan mengembalikan kembali nostalgia zaman persekolahan.

Pada hari berkenaan, sebanyak 6 gerai makanan yang dibuka. Gerai makanan ini di usahakan oleh para pelajar Malasia sendiri. Antaranya ialah gerai Nasi Hujan Panas, Nasi bukhari, kuih- muih, dadih yang dijual oleh para pelajar dari angkatan 2009, Ikan bakar dari pelajar angkatan 2011, cupcakes dari pelajar 2010, capati dari pelajar-pelajar India dan macam macam lagi. Exco – Exco PKPMI Makassar juga tidak ketinggalan menjalankan jualan seperti minuman, nasi lemak berlauk, nasik ayam dan roti jala. 



Selain daripada makanan dan minuman, terdapat juga peniaga yang menjual buku- buku agama dan buku motivasi. Jualan buku buku ini juga mendapat sambutan hangat daripada pembeli. 


Secara keseluruhannya, PKPMI telah merancang 7 jenis permainan. Antaranya ialah melukis dan mewarna, chess, build a tower, water balloon war, throw the balls dan balloon popping games. Hadiah juga diberikan kepada para pemenang. Permainan yang disediakan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pengunjung.

Penjualan Garage sale oleh senior yang bakal pulang ke Malaysia pada Hari Kantin boleh diibaratkan sebagai pisang goreng panas.  Gerai mula dibuka pada jam 10 pagi dan pada jam 12 tengahari, hampir semua barang yang dijual  habis diborong oleh pengunjung. Ini disebabkan kerana, barang- barang yang dijual adalah jauh lebih murah berbanding jualan kedai. Antara jualanya ialah, alamari buku, meja belajar, lampu meja, peti ais, buku buku dan macam macam lagi.

Selain daripada itu, Exco Akademik PKPMI Makassar juga menjalankan pameran Hari Kasehatan Sedunia.   Brochure diedarkan kepada semua yang hadir.