Tuesday 28 August 2012

Program Iftar Ramadhan 2012


Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya, PKPMI Makassar dengan kerjasama IMAM telah mengadakan program Iftar Ramadhan bertempat di Panti Asuhan Al-Anshar Timor-Timur, Sudiang pada tanggal 24 Julai 2012. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri pelajar dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim di sini di samping dapat meningkatkan amalan kita sebagai umat Islam khusunya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Juadah berbuka puasa pada kali ini dimasak secara gotong royong antara pelajar Malaysia dan anak-anak yatim di sini. Antara juadah yang terhidang adalah ayam masak lemak cili api, tempe goreng dan sayur campur goreng.















Selain itu, sempena iftar pada kali ini, kempen “1 mahasiswa 1 buku” telah dilancarkan bagi menggalakkan sumbangan buku daripada mahasiswa. Selain buku, sumbangan diberi dalam bentuk pakaian dan wang. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Sumbangan dalam bentuk wang tunai yang diterima daripada para pelajar sangat menggalakkan.



Semasa menunggu waktu iftar juga telah diadakan program penyuluhan mengenai cara mencuci tangan dengan betul oleh pelajar Malaysia yang hadir di sini. Cuci tangan adalah langkah mudah yang masih diambil ringan oleh kebanyakan orang sedangkan ia amat penting bagi mengelakkan dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya. Diharapkan  dengan adanya demonstrasi cuci tangan yang betul ini dapat mendidik anak-anak di situ supaya mementingkan kebersihan bagi menjamin kesihatan yang baik. 

No comments: