Sunday 31 March 2013

BASIC CLERKSHIP



Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,
PKPMI-Cawangan Makassar telah menganjurkan sebuah program BASIC CLERKSHIP kepada warga PKPMI terutamanya kepada pelajar klinikal yang bakal mengahadapi fasa housemanship di Malaysia selepas tamat pengajian di sini. Program diadakan pada 14 Mac 2013 bersamaan dengan hari Khamis di Aula,Rusunawa UNHAS. Setiap daripada kita pasti akan menempuh laluan ini, laluan yang dikatakan penuh dengan cabaran dan amat menguji kesabaran kita sebagai seseorang yang baru berjinak dengan dunia perubatan, justeru program ini bertujuan khas untuk mendapatkan sedikit panduan daripada senior yang lebih berpengalaman. Dengan kehadiran akhi Dr. Khabbab Jamalludin ke Makassar, PKPMI tidak melepaskan peluang untuk menjemput beliau bagi memberi sedikit perkongsian dan tips mengenai housemanship di Malaysia.












Semoga tips-tips daripada akhi Dr. Khabbab Jamalludin dapat dimanfaatkan untuk kegunaan di masa hadapan. Terima kasih kepada para alumni senior akan kesudian meluangkan masa untuk melawat kami warga PKPMI-Cawangan Makkasar di UNHAS. 

Sekian, terima kasih. 

LENSA GAZA


Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,
pada 13 Mac yang lepas bersamaan dengan hari Rabu telah diadakan sedikit perkongsian daripada akhi  Dr. Khabbab Jamalludin yang merupakan salah seorang ahli dalam Team Lensa Gaza misi A2G13-ER, Anjuran Pertubuhan Aqsa Syarif. Pelajar yang turut hadir bagi medengarkan perkongsian daripada beliau terdiri daripada pelajar klinikal dan non-klinikal. Program ini diadakan bagi memberi sedikit pencerahan kepada warga PKPMI-CM dengan perkembangan keadaan di Gaza pada waktu ini, seterusnya bagi menyedarkan pelajar akan kehidupan penduduk Gaza yang serba kekurangan namun semangat perjuangan mereka masih utuh walaupun diserang tentera zionis berkali-kali. 

Perkongsian daripada akhi menunjukkan suasana dari sudut pembangunan dan kehidupan warga Gaza selepas diserang oleh Israel. Walaupun serangan tidak henti-henti datang, namun semangat dalam jiwa mereka tidak pernah luntur. Jiwa mereka telah ditanam dengan Jihad Fisabilillah,iaitu mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bagi mempertahankan tanah air dan yang lebih penting lagi adalah jihad dalam mempertahankan kesucian Islam. MasyaAllah.

Perkara yang amat ketara dalam kalangan penduduk Gaza adalah sikap mereka yang pantang mengalah. Mereka tidak akan sewenangnya menerima keadaan yang menimpa mereka tanpa berusaha mengubahnya menjadi lebih baik. Walaupun mereka terpaksa berusaha dengan penuh kepayahan daripada sumber yang terhad di sekitar mereka.
Mereka sangat memahami firman Allah, " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada mereka. " (Surah Ar-Rad:11)

Betapa beruntungnya akhi kerana dapat menjejakkan kaki di bumi Gaza. Alhamdulillah. Walaupun mempunyai kerjaya sebagai seorang doktor yang memang sudah cukup sibuk dengan kekangan masa, namun Allah memudahkan urusan beliau untuk ke sana berkat dari keazaman dan kesungguhan beliau untuk dapat menjejakkan kaki di bumi Anbiya tersebut.


















Sekian, terima kasih.

SURVIVING HOUSEMANSHIP. FORUM DUNIA PERUBATAN




Pada 12 Mac 2013, telah berlangsung program Forum Dunia Perubatan bersama alumni pelajar Malaysia di UNHAS iaitu Dr. Khabbab Jamalludin, Dr. Anwarul Arifin Ahmad dan Dr. Ahmad Faris Ngimron. Program berlangsung di Rusunawa Unhas dan bermula pada jam 8.30 malam. Program ini  bertemakan "DOCTOR Not Just A Title" yang dipilih bagi menyedarkan para pelajar perubatan bahawa  kerjaya sebagai seorang doktor ini adalah amanah yang dikurniakan Allah kepada mereka sebagai medium untuk membantu ummah tercinta. 

Forum ini membincangkan bagaimana situasi doktor yang telah tamat pengajian sebagai pelajar perubatan kini berkhidmat di hospital. Ahli panel juga mengupas serta memberi pandangan masing-masing berkenaan realiti kehidupan sebagai seorang Houseman Officer (HO) yang bertugas selama dua tahun sebelum bergelar Medical Officer (MO).   

Ahli forum terdiri daripada, 
  1. Dr. Khabbab Jamalludin merupakan alumni dari angkatan 2003 sekarang berkhidmat sebagai pegawai perubatan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  2. Dr. Anwarul Arifin dari angkatan 2003 yang kini bertugas sebagai pegawai perubatan Klinik Kesihatan Serting Hilir di Negeri Sembilan.
  3. Dr. Ahmad Faris Ngimron dari angkatan 2002 yang kini merupakan pegawai perubatan Jabatan Anestesiologi Hospital Tunku Ampuan Rahmah di Klang.


Dr. Khabbab berpesan, "Ingatlah,yang pada satu masa dahulu kita pernah berdoa,berdoa agar dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,berdoa agar kita lulus dalam peperiksaan, berdoa agar kita diperkuatkan untuk menjalani hari-hari sebagai pelajar perubatan.maka jangan pernah menyesal semasa menjalani housemanship kelak. Teruskan berdoa.



Dalam hal ini, Allah telah berfirman, " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?(2) Dan demi sesungguhnya Kami elah mneguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta (3)" (QS, Al- Ankabut: 2-3)

Jadi,kepada seluruh warga PKPMI-CM,ingatlah perjalanan untuk menjadi seorang doktor yang cekal hatinya pernuh dengan liku-liku dan halangan yang tidak kita ketahui entah bila munculnya. Justeru,ayuh persiapkan diri dari segi fizikal,mental serta rohani agar ketiga-tiganya dapat bergerak seiringan dengan profesion kita sebagai pelajar perubatan dan seterusnya sebagai seorang doktor kelak.















Dr. Khabbab Jamalludin


Dr. Ahmad Faris Ngimron


Dr. Anwarul Arifin 




Sekian,terima kasih. :)

Sunday 24 March 2013

TAHNIAH ATAS GELARAN S.KED



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Kami,warga PKPMI mengucapkan sekalung tahniah kepada 17 orang mahasiswa Malaysia yang telah berjaya mendapat gelaran S.Ked pada bulan Mac baru baru ini:
Antaranya adalah,

1. Alma Faeez bin Ali Khan, S.Ked
2. Shalini Selvaratnam, S.Ked
3. Tan Yi Huan, S.Ked
4. Ahmad Badrul Amin bin Mohd Yusoff, S.Ked
5. Ismail bin Mohd Fadzlullah, S.Ked
6. Ku Azlan bin Ku Azhar, S.Ked
7. Mohd Khusairy bin Ramli, S.Ked
8. Muhammad Afiq bin Husin, S.Ked
9. Noor Rashida binti Mohd Sidik, S.Ked
10. Norsaodah binti Zin, S.Ked
11. Nur Ikhwaini binti Ismail, S.Ked
12. Nur'ain binti Mohd Muzakir
13. Wan Siti Sarah binti Wan Mohd Nawi, S.Ked
14. Zafirnur Amrin bin Jasman, S.Ked
15. Nurhafizah binti Hatta, S.Ked
16. Tengku Nurshahida binti Tengku Mansor, S.Ked
17. Shazleen Farhana binti Khairul Azam, S.Ked

Selamat mengharungi dunia CO-ASS dengan penuh kesabaran dan tanggungjawab.



TAHNIAH WISUDAWAN DOKTER UNHAS





Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.PKPMI Makassar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 23 orang wisudawan dokter UNHAS pada bulan mac baru baru ini:

1. Dr. Muaz Sayuti
2. Dr. Nur Hazierah bt. Mohamad Rashid
3. Dr. Mohamed Khalis bin Mohamed Rafi
4. Dr. Tauhid bin Tarmuin
5. Dr. Abdul Rashid bin Mohd Radzif
6. Dr. Fatien Nur Izzati binti Mohd Rosli
7. Dr. Syazana Alia Sabrudin
8. Dr. Nevethiga Thavasothy
9. Dr. Niranjani Maniam
10. Dr. Ahmad Fahimullah bin Hamzah
11. Dr. Muhammad Izzuddin bin Abdul Jalil
12. Dr. Aimi Haniza binti Zainal
13. Dr. Aimi binti Che Mukhtar
14. Dr. Ain Nursalli binti Zabudin
15. Dr. Elferalyza binti Mustafa
16. Dr. Nur Ashikin binti Ahmad
17. Dr. Rosalya binti Mohamad Wahid
18. Dr. Ahmad Zaki bin Mohsin
19. Dr. Siti Maryam binti Zainal Alimuddin
20. Dr. Renesha Sashitharan
21. Dr. Fathiah Syahirah binti Mohd Ghazali
22. Dr. Ezzah Nafisah binti Arpan
23. Dr. Sazlin binti Che Shamsudin



Selamat menempuh dunia Housemanship di Malaysia dan semoga ilmu yang diperoleh sepanjang pembelajaran di Makassar dapat diaplikasikan dengan sebaiknya.


TAKLIMAT PELAN TINDAKAN KECEMASAN


Pada awal Mac yang lepas iaitu pada 2 Mac 2013, telah berlangsung satu taklimat mengenai pelan tindakan kecemasan kepada warga PKPMI khususnya bagi angkatan 2012. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih mendalam kepada warga PKPMI tentang isu ERP Emergency, pencarian rumah serta isu bencana dan kecurian yang sering menjadi masalah utama bagi pelajar Malaysia di Makassar.

Program bermula dengan penjelasan skop kerja daripada Exco Hubungan Luar oleh saudara Muhammad Alif Bin Ahmad . Exco Hubungan Luar bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran urusan immigrasi pelajar Malaysia di Indonesia. Justeru, pada hari ini saudara Muhammad Alif Bin Ahmad telah menyampaikan taklimat mengenai Standard of Procedure bagi ERP, MRP dan MERP Emergency. Hal ini bagi memastikan pelajar Malaysia benar-benar arif dalam menguruskan dokumen imigrasi mereka untuk urusan pulang ke Malaysia dan kembali semula ke Makassar selepas pulang bercuti.

Seterusnya adalah taklimat daripada Exco Kebajikan dan Rekreasi yang disampaikan oleh saudara Arif Amri. Isu yang diketengahkan oleh beliau adalah Standard of Procedure kehilangan kad ATM dan masuk rumah sakit. Hal ini menjadi isu yang serius kerana kad ATM yang digunakan di Indonesia adalah jenis kad debit yang membolehkan pengguna sewenang-wenangnya menggunakan kad tersebut tanpa sebarang polisi keselamatan yang ketat dan terjamin. Masalah procedure untuk masuk ke rumah sakit juga dipandang serius kerana penyakit menular seperti TB mudah menyerang pada bila-bila masa di sini. Hal ini bagi memudahkan urusan pelajar Malaysia dalam mendapatkan servis rawatan dan ubat-ubatan di rumah sakit.

Selain itu, saudara Fareez Hairi (2010) turut diundang bagi memberi sedikit pencerahan soal isu insurans yang sangat penting bagi pelajar mendapatkan tuntutan pembayaran servis perubatan di rumah sakit.

Taklimat diteruskan dengan sedikit penyampaian meklumat oleh bendahari PKPMI Makassar 2013/2014, saudara Hazmi Adly Harun berkaitan dengan saluran untuk memohon duit sumbangan jika berlaku sebarang hal yang tidak diingini seperti bencana atau kecurian.

Program dilanjutkan dengan sesi soal jawab dan selesai sekitar jam 12.00 tengah hari.















Sekian,terima kasih. ^^






Saturday 23 March 2013

AMANAT YDP PKPMI CAWANGAN MAKASSAR 2013/2014



WAN ASHEKAL NAZUAN BIN WAN AZMI
YDP PKPMI-CM 13/14
Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Penubuhan PKPMI adalah sbg satu wadah untuk rakyat Malaysia di indonesia berkumpul di bawah satu payung dan sebagai satu organisasi yang menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Indonesia.PKPMI mempunyai 16 cawangan dan berpusat di Jakarta.Pimpinan PKPMI sesi 2013/2014 kali ini  terbina dgn kekuatan seramai 37 orang dan dikerahkan untuk menjaga kebajikan pelajar perubatan Malaysia di sini seramai 375 orang.

Besar tanggungjawab yang dipikul oleh barisan pimpinan PKPMI-CM dalam usaha untuk memastikan kebajikan setiap pelajar terbela.Pelbagai usaha dan penambahbaikkan yang dirancang bakal dilaksanakan demi memastikan visi dan misi PKPMI tercapai.Agak sukar utk 37 orang AJK PKPMI Makassar untuk menjaga seramai 375 ahli di sini dengan sendiri, saya mengharapkan kepada semua ahli dapat turut serta membantu menjaga rakan pelajar dan pada masa yang sama melaporkan kepada AJK yang bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini.

Nasihat saya untuk komuniti supaya dapat menjaga keselamatan diri dan lebih prihatin terhadap rakan di sekeliling. Gunakanlah masa yang diperuntukkan tuhan dengan sebaik mungkin.Elakkan dari melakukan hal-hal yang boleh menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan dan hal yang boleh merosakkan nama baik negara kerana kita adalah duta kecil Negara.Gunakan nikmat kurniaan Allah di jalanNya.Penuhi dada dengan ilmu agama kerana itu sahaja yang menjadi benteng pertahanan diri kita sebagai individu yang berguna.Banyak program kerohanian yang dirancang seperti pengajian,usrah dan sebagainya yang memberi peluang kepada kita untuk menjadi hamba yang hakiki.Saya juga mengharapkan keterlibatan semua pelajar Malaysia dalam program yang dijalankan kerana semua dilakukan untuk anda dan di situlah kita dapat merapatkan silaturrahim dengan rakan lain yang kebanyakannya sibuk di waktu lain.

Pada tahun 2015 akan terbentuk ASEAN COMMUNITY yang mana rakyat dalam wilayah ASEAN bebas untuk bekerja di mana sahaja di dalam ASEAN.Hal ini pastinya menjadi cabaran kepada kita yang bakal turut serta dalam mengikuti perkembangan arus kemodenan.Adakah kita hanya mahu melihat proses ini berjalan atau mahu turut serta dalam rentak ini tergantung pada diri masing.Pada pengamatan saya, demi menghadapi cabaran mendatang kita seharusnya memiliki nilai tambah dalam diri masing-masing jika ingin menjadi pesaing dalam pasaran pekerjaan.Dunia sudah memiliki jutaan modal insan yang bijak,tetapi dunia kekurangan modal insan yang mempunyai keupayaan komunikasi yang baik,keupayaan memimpin,keupayaan mengurus dan yang paling penting adalah dunia kekurangan modal insan yang beretika.Ini merupakan satu perkara yang patut kita pandang serius dan saya menyeru kepada saya dan semua pelajar untuk penuhkan dada kita dengan kebolehan-kebolehan sebegini supaya kita dapat menandingi pesaing lain dan menaikkan nama agama,bangsa dan Negara.

Marilah kita memasang azam menggunung disertai dengan usaha yang tidak berbelah bagi untuk memajukan diri.Terajui minda kita,jadilah agen yang dapat menggerakkan orang di sekeliling kita untuk melihat agama,bangsa dan Negara kita maju dan tidak disisihkan seiring perkembangan zaman.

Sekian saja ucapan saya,saya sudahi dengan assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh..


      "KEPIMPINAN CEMERLANG MEWUJUDKAN GENERASI YANG GEMILANG"



TAMPUK KEPIMPINAN PKPMI-CM 2013/2014


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi, barisan kepimpinan PKPMI Cawangan Makassar bagi penggal 2013/2013 telah dilantik dengan jayanya. Mesyuarat bersama Majlis Tertinggi PKPMI dan ahli jawatankuasa PKPMI telah diadakan pada bulan Februari yang lepas bagi menyerahkan portfolio kepada kepimpinan exco PKPMI.

Kepimpinan yang baru ini diharap dapat membuat satu perubahan dan pembaharuan dalam persatuan sekaligus menaikkan nama PKPMI Cawangan Makassar. Justeru, diharapkan kesemua ahli yang telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa PKPMI Cawangan Makassar dapat menjalankan tugas masing-masing dengan tulus dan ikhlas.

Sebagaimana peringatan oleh Hasan al-Banna,

"Ikhlas ialah saudara Muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredhaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan aqidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi. "

Disertakan di sini adalah barisan kepimpinan PKPMI Cawangan Makassar yang telah diamanahkan untuk memegang tampuk kepimpinan pada penggal 2013/2014.





Barisan Majlis Tertinggi PKPMI Cawangan Makassar 2013/2014 yang bersiap sedia menjalankan amanah yang dipertanggungjwabkan.





BARISAN MAJLIS TERTINGGI PKMI CAWANGAN MAKASSAR 2013/2014

YANG DIPERTUA             : Wan Ashekal Nazuan Bin Wan Azmi
TIMBALAN YDP 1            : Muhammad Fawwaz Bin Mohd Sujangi
TIMBALAN YDP 2            : Nor Hasyimah Binti Malek
SETIAUSAHA                    : Nur Syafawati Binti Halim
BENDAHARI                     : Hazmi Adly Harun Bin Harun


BARISAN EXCO PKPMI CAWANGAN MAKASSAR 2013/2014.

EXCO AKADEMIK
      1. Nurul Solihin Bin Nurulhasnan (Ketua)
      2. Raja Nurulain Bt Raja Nahar Putra (Pen. Ketua)
      3. Nor Afiqah Bt Alias
      4. Zaidatul Hidayah Bt Idris
      5. Mohd Shahir Bin Hassan

EXCO ASET DAN DANA
      1. Muhammad Syamil Bin Rozlan (Ketua)
      2. Nurul Faten Izzati Norharizam (Pen. Ketua)
      3. Nurul Nadiah Binti Nor Sukor
      4. Wan Hani Nadiah Binti Wan Jusoh
      5. Muhammad Taufiq Bin Awang

EXCO ACARA
      1. Muhammad Adil Bin Mohd Sabri (Ketua)
      2. Nardine Bt Che Roslan (Pen. Ketua)
      3. Nurul Safiah Hamizah binti Suhaimi
      4. Muhammad Afif BIn Mansor

EXCO HUBUNGAN LUAR DAN KOMUNIKASI
      1. Muhammad Alif Bin Ahmad ( Ketua)
      2. Khairun Liyana Bt Mat Shah (Pen. Ketua)
      3. Syaza Naqibah Binti Mohamed Noor Rahim
      4. Siti Hawa Binti Adnan
      5. Amir Farid Bin Aminuddin

EXCO TARBIYAH DAN KEROHANIAN
      1. Muhammad Aizat Kamal  bin Shamsuddin (Ketua)
      2. Najihah Binti Wahi Anuar (Pen. Ketua)
      3. Miqdad Bin Mohd Suberi
      4. Muhammad Syahir Bin Tajuddin
      5. Nursyahidah Binti Jusoh

EXCO KEBAJIKAN DAN REKREASI
      1. Muhammad Arif Amri Bin Kamaruzaman (Ketua)
      2. Nur Aimi Solehah Bt Azmi (Pen. Ketua)
      3. Nur Suhailah Binti Othman
      4. Aiman Syazwan Bin Zulkifli

EXCO DATA DOKUMENTASI DAN INFORMASI (DDI)
       1. Mohammad Safuan Arif Bin Mohd Noor (Ketua)
       2. Nur Nabilah BInti Abdul Hakim (Pen. Ketua)
       3. Siti Nor Azimah Binti Zainal
       4. Muhammad Farid Bin Roslan


         "KEPIMPINAN CEMERLANG MEWUJUDKAN GENERASI YANG GEMILANG"