Sunday 24 March 2013

TAKLIMAT PELAN TINDAKAN KECEMASAN


Pada awal Mac yang lepas iaitu pada 2 Mac 2013, telah berlangsung satu taklimat mengenai pelan tindakan kecemasan kepada warga PKPMI khususnya bagi angkatan 2012. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih mendalam kepada warga PKPMI tentang isu ERP Emergency, pencarian rumah serta isu bencana dan kecurian yang sering menjadi masalah utama bagi pelajar Malaysia di Makassar.

Program bermula dengan penjelasan skop kerja daripada Exco Hubungan Luar oleh saudara Muhammad Alif Bin Ahmad . Exco Hubungan Luar bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran urusan immigrasi pelajar Malaysia di Indonesia. Justeru, pada hari ini saudara Muhammad Alif Bin Ahmad telah menyampaikan taklimat mengenai Standard of Procedure bagi ERP, MRP dan MERP Emergency. Hal ini bagi memastikan pelajar Malaysia benar-benar arif dalam menguruskan dokumen imigrasi mereka untuk urusan pulang ke Malaysia dan kembali semula ke Makassar selepas pulang bercuti.

Seterusnya adalah taklimat daripada Exco Kebajikan dan Rekreasi yang disampaikan oleh saudara Arif Amri. Isu yang diketengahkan oleh beliau adalah Standard of Procedure kehilangan kad ATM dan masuk rumah sakit. Hal ini menjadi isu yang serius kerana kad ATM yang digunakan di Indonesia adalah jenis kad debit yang membolehkan pengguna sewenang-wenangnya menggunakan kad tersebut tanpa sebarang polisi keselamatan yang ketat dan terjamin. Masalah procedure untuk masuk ke rumah sakit juga dipandang serius kerana penyakit menular seperti TB mudah menyerang pada bila-bila masa di sini. Hal ini bagi memudahkan urusan pelajar Malaysia dalam mendapatkan servis rawatan dan ubat-ubatan di rumah sakit.

Selain itu, saudara Fareez Hairi (2010) turut diundang bagi memberi sedikit pencerahan soal isu insurans yang sangat penting bagi pelajar mendapatkan tuntutan pembayaran servis perubatan di rumah sakit.

Taklimat diteruskan dengan sedikit penyampaian meklumat oleh bendahari PKPMI Makassar 2013/2014, saudara Hazmi Adly Harun berkaitan dengan saluran untuk memohon duit sumbangan jika berlaku sebarang hal yang tidak diingini seperti bencana atau kecurian.

Program dilanjutkan dengan sesi soal jawab dan selesai sekitar jam 12.00 tengah hari.















Sekian,terima kasih. ^^






No comments: