![]() |
WAN ASHEKAL NAZUAN BIN WAN AZMI YDP PKPMI-CM 13/14 |
Penubuhan PKPMI adalah sbg satu wadah untuk rakyat Malaysia di indonesia berkumpul di bawah satu payung dan sebagai satu organisasi yang menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Indonesia.PKPMI mempunyai 16 cawangan dan berpusat di Jakarta.Pimpinan PKPMI sesi 2013/2014 kali ini terbina dgn kekuatan seramai 37 orang dan dikerahkan untuk menjaga kebajikan pelajar perubatan Malaysia di sini seramai 375 orang.
Besar tanggungjawab yang dipikul oleh
barisan pimpinan PKPMI-CM dalam usaha untuk memastikan kebajikan setiap pelajar
terbela.Pelbagai usaha dan penambahbaikkan yang dirancang bakal dilaksanakan
demi memastikan visi dan misi PKPMI tercapai.Agak sukar utk 37 orang AJK PKPMI
Makassar untuk menjaga seramai 375 ahli di sini dengan sendiri, saya
mengharapkan kepada semua ahli dapat turut serta membantu menjaga rakan pelajar
dan pada masa yang sama melaporkan kepada AJK yang bertanggungjawab sekiranya
berlaku masalah yang tidak diingini.
Nasihat saya untuk komuniti supaya dapat
menjaga keselamatan diri dan lebih prihatin terhadap rakan di sekeliling. Gunakanlah
masa yang diperuntukkan tuhan dengan sebaik mungkin.Elakkan dari melakukan
hal-hal yang boleh menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan dan hal yang boleh
merosakkan nama baik negara kerana kita adalah duta kecil Negara.Gunakan nikmat
kurniaan Allah di jalanNya.Penuhi dada dengan ilmu agama kerana itu sahaja yang
menjadi benteng pertahanan diri kita sebagai individu yang berguna.Banyak
program kerohanian yang dirancang seperti pengajian,usrah dan sebagainya yang
memberi peluang kepada kita untuk menjadi hamba yang hakiki.Saya juga
mengharapkan keterlibatan semua pelajar Malaysia dalam program yang dijalankan
kerana semua dilakukan untuk anda dan di situlah kita dapat merapatkan silaturrahim
dengan rakan lain yang kebanyakannya sibuk di waktu lain.
Pada tahun 2015 akan terbentuk ASEAN
COMMUNITY yang mana rakyat dalam wilayah ASEAN bebas untuk bekerja di mana
sahaja di dalam ASEAN.Hal ini pastinya menjadi cabaran kepada kita yang bakal
turut serta dalam mengikuti perkembangan arus kemodenan.Adakah kita hanya mahu
melihat proses ini berjalan atau mahu turut serta dalam rentak ini tergantung
pada diri masing.Pada pengamatan saya, demi menghadapi cabaran mendatang kita
seharusnya memiliki nilai tambah dalam diri masing-masing jika ingin menjadi
pesaing dalam pasaran pekerjaan.Dunia sudah memiliki jutaan modal insan yang
bijak,tetapi dunia kekurangan modal insan yang mempunyai keupayaan komunikasi
yang baik,keupayaan memimpin,keupayaan mengurus dan yang paling penting adalah
dunia kekurangan modal insan yang beretika.Ini merupakan satu perkara yang
patut kita pandang serius dan saya menyeru kepada saya dan semua pelajar untuk
penuhkan dada kita dengan kebolehan-kebolehan sebegini supaya kita dapat menandingi
pesaing lain dan menaikkan nama agama,bangsa dan Negara.
Marilah kita memasang azam menggunung
disertai dengan usaha yang tidak berbelah bagi untuk memajukan diri.Terajui
minda kita,jadilah agen yang dapat menggerakkan orang di sekeliling kita untuk
melihat agama,bangsa dan Negara kita maju dan tidak disisihkan seiring
perkembangan zaman.
Sekian saja ucapan saya,saya sudahi dengan
assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh..
"KEPIMPINAN CEMERLANG MEWUJUDKAN GENERASI YANG GEMILANG"
No comments:
Post a Comment