Sunday 31 March 2013

LENSA GAZA


Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,
pada 13 Mac yang lepas bersamaan dengan hari Rabu telah diadakan sedikit perkongsian daripada akhi  Dr. Khabbab Jamalludin yang merupakan salah seorang ahli dalam Team Lensa Gaza misi A2G13-ER, Anjuran Pertubuhan Aqsa Syarif. Pelajar yang turut hadir bagi medengarkan perkongsian daripada beliau terdiri daripada pelajar klinikal dan non-klinikal. Program ini diadakan bagi memberi sedikit pencerahan kepada warga PKPMI-CM dengan perkembangan keadaan di Gaza pada waktu ini, seterusnya bagi menyedarkan pelajar akan kehidupan penduduk Gaza yang serba kekurangan namun semangat perjuangan mereka masih utuh walaupun diserang tentera zionis berkali-kali. 

Perkongsian daripada akhi menunjukkan suasana dari sudut pembangunan dan kehidupan warga Gaza selepas diserang oleh Israel. Walaupun serangan tidak henti-henti datang, namun semangat dalam jiwa mereka tidak pernah luntur. Jiwa mereka telah ditanam dengan Jihad Fisabilillah,iaitu mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bagi mempertahankan tanah air dan yang lebih penting lagi adalah jihad dalam mempertahankan kesucian Islam. MasyaAllah.

Perkara yang amat ketara dalam kalangan penduduk Gaza adalah sikap mereka yang pantang mengalah. Mereka tidak akan sewenangnya menerima keadaan yang menimpa mereka tanpa berusaha mengubahnya menjadi lebih baik. Walaupun mereka terpaksa berusaha dengan penuh kepayahan daripada sumber yang terhad di sekitar mereka.
Mereka sangat memahami firman Allah, " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada mereka. " (Surah Ar-Rad:11)

Betapa beruntungnya akhi kerana dapat menjejakkan kaki di bumi Gaza. Alhamdulillah. Walaupun mempunyai kerjaya sebagai seorang doktor yang memang sudah cukup sibuk dengan kekangan masa, namun Allah memudahkan urusan beliau untuk ke sana berkat dari keazaman dan kesungguhan beliau untuk dapat menjejakkan kaki di bumi Anbiya tersebut.


















Sekian, terima kasih.

No comments: