Tuesday 1 March 2011

Senarai Universitas Yang Diiktiraf oleh MMC di Indonesia (oleh Exco Hal Ehwal Pelajar PKPMI Pusat)

Daripada Exco Hal Ehwal Pelajar PKPMI Pusat Muhammad Hafiy bin Mohd Rusli, berikut adalah senarai Universiti yang telah diiktiraf MMC setakat yang bertarikh 7/2/2011:

1. Universitas Indonesia, Jakarta

2. Universitas Airlangga, Surabaya

3. Universitas Diponegoro, Semarang

4. Universitas Padjadjaran , Bandung

5. Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta

6. Universitas Andalas, Padang

7. Universitas Sumatera Utara, Medan

8. Universitas Brawijaya, Malang

9. Universitas Sriwijaya, Palembang

10. Universitas Hasanuddin, Sulawesi Selatan

11. Universitas Udayana, Denpasar Bali

12. Universitas Kristen Krida, Jakarta

13. Universitas Trisakti, Jakarta

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah






Ucapan dari YDP

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t ,yang di muliakan barisan panel forum, yang di hormati barisan kepimpinan PKPMI sesi 2010/2011 serta semua keluarga PKPMI yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Yang Esa, kerana dengan rahmat dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang berkah ini untuk menjayakan satu forum yang bertajuk “Guidance from our beloved”.

Tujuan sambutan maulidur rasul pada kali ini adalah untuk menekankan dan menerapkan sunnah-sunnah yang diamalkan dan diajarkan oleh Rasulullah saw kepada umatnya satu ketika dahulu.

InsyaAllah melalui forum ini kita akan dengarkan bagaimana para ahli panel kita mengupas tajuk “Guidance from our beloved” dan menerangkan serba sedikit tentang sunnah yang boleh kita amalkan sebagai seorang pelajar, lelaki mahupun perempuan dalam kehidupan sehari-hari.

Harapan saya, apabila selesai forum ini, maka akan ada satu transformasi dalam diri saudara-saudari sekalian iaitu hidup bersunnah, tidak kira bila dan dimana kita berada dan jangan kita biarkan sunnah ini ditelan dek zaman.

Seperti Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Saya berharap saudara-saudari sekalian member sepenuh perhatian dan penghayatan kepada forum ini, kerana ilmu yang terdapat didalamnya tiada nilai.

Sekian sahaja ucapan saya..

Saya sudahi dengan wassalam..


MAULIDUR RASUL

12 RABIUL AWAL 1432H

(Sirah)

Baginda saw dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabi’ul awal tahun gajah bersamaan dengan 20 atau 22 April tahun571 masihi. Disebut tahun gajah kerana Abrahah al Asyram menyerang Mekah dan cuba meruntuhkan Kaabah, tetapi Allah menghancurkan tentera Abrahah dengan mengutuskan burung ababil seperti yang termaktub dalam surah al Fil.

Rasulullah saw telah dilahirkan di Syi’ab Bani Hashim. Lahir dalam keadaan yatim, bapanya Abdullah meninggal semasa ibunya mengandung dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, datuknya Abdul Muttalib memeliharanya setelah ibunya meninggal dunia. Baginda s.a.w diserahkan kepada Bani Saad bin Bakar iaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminya al Harith bin Abdul al Qira (Abu Kabhsyah). Ketika berumur 8 tahun, Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib selepas pemergian datuknya.

Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk.Makkah dengan upah beberapa qirat(1/24 dinar). Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

Laporan yang diterima dari Maisarah tentang budi pekerti yang mulia, perwatakan yang lurus serta kebijaksanaan mengurus perniagaan, lalu Khadijah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Baginda kepada teman rapatnya Nafisah binti Manbah. Nafisah berjumpa denganRasulullah menyatakan hasrat Khadijah ingin berkahwin denganya. Baginda bersetuju untuk berkahwin dengan Khadijah. Baginda pun memberitahu bapa-bapa saudaranya persetujuannya untuk berkahwin dengan Khadijah lalu bapa-bapa saudara baginda pergi meminang Khadijah kemudian berlangsunglah perkahwinan antara Baginda dengan Khadijah. Semasa perkahwinan umur Baginda 25 tahun dan Khadijah 40 tahun. Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah r.a kecuali Ibrahim dari Mariah al Qibtiyah. Baginda berkahwin lain hanya selepas Khadijah r.a wafat.

Baginda pergi ke gua Hira’ untuk beruzlah dan beribadat, setelah bekalan habis beliau pulang ke rumahnya mengambil bekalan, begitulah seterusnya sehingga 3 tahun baginda beruzlah di gua Hira’dan genap usia Baginda 40 tahun.Pada hari 21 Ramadhan tahun ketiga Baginda beruzlah bersamaan dengan 10 Ogos tahun 610m dengan kehendak Allah telah menurunkan wahyu pertama melalui Jibril as kepada Baginda dan dilantik menjadi Rasul terakhir.

Menurut Imam Ibn Hajar, tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). Iaitu setelah baginda gering selama 10 hari menurut riwayat Sulayman At-Tamimi yang dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dengan sanad Sohih.

PENGERTIAN SUNNAH

-sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk perkataan, ketetapan mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti serta sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah (Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin)

-sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan perkataan, perbuatan mahupun ketetapan (ahli usul)

-sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. (istilah fikah)

-sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah. (ahli fukaha)


CONTOH SUNNAH

-Memberi salam sesama Muslim

-Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis

-Membaca basmallah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan

-Tidur dengan mengiring ke kanan dan meletakkan tapak tangan di bawah pipi

-Mengawalkan berbuka puasa dan melewatkan sahur

-Membasuh tangan sebelum makan

-Membaca al- Quran dengan menghadap kiblat

-berkhatan



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."


(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)


Dari exco lajnah dan tarbiyah