Thursday 4 April 2013

MAKASSAR GAMES 2013 PART I



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

April kini kembali.Acara yang dinanti-nantikan sudah tiba..Adakah anda sudah bersedia?! Pelbagai acara bakal dipertandingkan pada Makassar Games kali ini dan setiap kemenangan akan diberikan 'point' kepada rumah sukan masing-masing. Point akan dikumpul dan rumah sukan yang mengumpul point terbanyak akan dinobatkan sebagai juara Makassar Games 2013.

Makassar games adalah sebuah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh PKPMI-Cawangan Makassar bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memperlihatkan bakat-bakat mereka dalam bidang kesukanan. Di samping itu, pelajar-pelajar diharapkan dapat menghidupkan semangat kesukanan yang ada dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti ini dijalankan selama 3 minggu dan diharapkan dapat memberi impak yang besar bagi pelajar-pelajar iaitu dengan melahirkan bakal doktor yang mempunyai tubuh badan yang cergas di samping otak yang cerdas, bak kata pepatah "badan sihat,otak cerdas". Makassar Games ini juga bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dan silaturrahim sesama pelajar 'pre-clinical' dan juga 'clinical'. dengan demikian, kerjasama dalam kumpulan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

















Ayuh kita sama-sama menjayakan Makassar Games 2013 kali ini.! ^^