Saturday 24 October 2009

BORANG PENCALONAN 09/10


SYARAT-SYARAT PILIHANRAYA PKPMI 09/10

SYARAT-SYARAT CALON

1. Ahli PKPMI cawangan Makassar
2. Himpunan purata nilai gred 2.00 dan ke atas
3. Pelajar tahun dua dan ke atas


SYARAT-SYARAT KEMPEN

1. Tiada unsur rasuah
2. Tidak menjalankan kempen yang menjatuhkan orang lain dan berbentuk ugutan atau fitnah
3. Poster kempen hanya boleh ditampal di tempat yang mendapat kebenaran pihak berwajib
4. Bermula dari 8 November - 14 November
5. Tidak dibenarkan berkempen pada hari mengundi
6. Kempen tidak mengandungi unsur hedonisme dan vandalisme
7. Kempen tidak berunsur politik atau membawa imej mana-mana parti politik


SYARAT-SYARAT PEMBUANGAN UNDI

1. Undi berbentuk “X” dalam kotak yang disediakan
2. Wajib mengundi 2 lelaki dan 1 perempuan
3. Seorang ahli hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja
4. Mengundi hanya bagi pihak diri sendiri
5. Masa mengundi : 8.30 pagi – 5.00 petang
6. Tidak dibenarkan menconteng kertas undi
7. Masa pengiraan undi : 8.30 malam
8. Pengiraan undi harus dihadiri oleh calon, pencalon dan wakil setiap angkatan [ketua dan penolong angkatan] sebagai pemerhati

• Pencalonan dibuka dari 24 Oktober 2009 hingga 6 November 2009. Pengundian akan dijalankan pada hari Ahad, 15 November 2009.
• Undian tertinggi bagi pihak lelaki akan terpilih menjadi PRESIDEN, kedua tertinggi menjadi TIMBALAN PRESIDEN 1
• Undian tertinggi bagi pihak perempuan akan terpilih menjadi TIMBALAN PRESIDEN 2
• Sila bawa kad identiti (Mykad atau kad pelajar) sebagai bukti pengenalan diri
• Bagi Koas yang tidak dapat mengundi pada hari yang ditetapkan (Ahad, 15/11/09), sila hubungi SPR selewat-lewatnya pada 13/11/09 *

Nombor SPR untuk dihubungi :
Muhamad Nabil Fahmi = 085656316345
Ruqnuddin Al Hamdi = 085656217414
Fathiah Syahirah = 085656120649
Mahfuzah Hazirah = 085656365898
Tauhid = 085696000323

*Borang pencalonan boleh diperolehi dari Majlis Tertinggi PKPMI atau dari ketua/penolong angkatan. Borang hendaklah dihantar kepada MT PKPMI sebelum 6 November 2009.