Tuesday 1 January 2013

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri : Indahnya Syawal

Ramadhan yang mulia menjelang tirainya. Kini umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan Syawal yang menjelma dengan 1001 cara. Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang merantau ke luar negara untuk menuntut ilmu terutamanya di Makassar, Indonesia ini. Ketibaan Syawal bagi tahun 1433 Hijrah ini disambut dengan meriah. PKPMI Makassar dengan jayanya dengan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1433 Hijrah bersamaan dengan 26 Ogos 2012 dengan tema 'Indahnya Syawal'. Program pada kali ini telah diadakan di Rusunawa UNHAS bermula jam 3 petang 25 Ogos hingga 8 malam 26 Ogos 2012. 

Program tahunan ini yang bertujuan bersama-sama meraikan hari raya dengan pelajar-pelajar Malaysia lain yang tidak pulang ke kampung halaman serta memupuk semangat tolong menolong dan mengukuhkan tali persaudaraan dalam kalangan pelajar dalam menjalankan hidup sebagai satu keluarga besar mendapat 'outcome' yang memuaskan dari pelajar Malaysia sendiri khususnya. Dengan kehadiran 75 orang pelajar baru pada tahun 2012 ini, sambutan pelajar yang hadir pada kali ini mencecah jumlah 200 orang. Program ini dilaksanakan secara bergotong-royong, di mana pelajar angkatan 2007 paling banyak yang hadir dalam kalangan senior memandangkan ini adalah tahun terakhir beraya di Makassar bagi kebanyakan mereka. Pelajar angkatan 2009 yang baru sahaja selesai program KKN turut hadir dan bersama-sama memeriahkan sambutan raya di Makassar pada tahun ini.






No comments: