Thursday 3 January 2013

Majlis Makan Malam bersama Kedutaan Besar Malaysia

Tanggal 18 November 2012 telah diadakan Majlis Makan Malam bersama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Majlis ini diadakan di Restoran Wong Solo, Gowa. Majlis yang bertujuan untuk Beramah mesra bersama wakil Kedutaan Besar Malaysia dihadiri Timb. Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta (Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin), Pengarah Education Malaysia di Indonesia (Prof. Madya Dr. Juzhar Jusoh), Vice President Marketing & Investment IRDA (En. Md Eharay Abd Majid) dan 120 orang peserta PERMATA II. Program bermula pada jam 7 malam dengan kehadiran 3 orang VIP tersebut. Selepas selesai menjamu selera, YDP PKPMI Makassar Sesi 2011/2012, saudara Azwan Sa'ari menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya, Prof Madya Dr. Juzhar Jusoh menyampaikan ucapan beliau, beliau meminta agar semua pelajar untuk mengumpulkan sebarang masalah yang mereka ada sepanjang pengajian di sini untuk beliau ajukan kepada Rektor dan Dekan Universitas Hasanudin. Kemudian Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin menyampaikan ucapan beliau dan menjelaskan fungsi Kedutaan terutamanya dalam menjaga hubungan bilateral antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia. Acara diteruskan lagi dengan ucapan dari En. Md Eharay Abd Majid yang menjelaskan fungsi Iskandar Regional Development Authority. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab dari pelajar dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada ketiga-tiga VIP.



















PKPMI Makassar mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia atas kesudian menjayakan majlis makan malam bersama peserta PERMATA II.

No comments: