Thursday 3 January 2013

Program Etika Remaja, Mencapai Akhlak Terbilang dan Akademik cemerlang II (PERMATA II) 2012

Pada 16 hingga 18 November 2012, telah diadakan Program Etika Remaja, Mencapai Akhlak Terbilang dan Akademik cemerlang II (PERMATA II) bertempat di Tanjung Bira, Bulukumba. Program ini diadakan untuk mencetuskan kesedaran dalam kalangan pelajar baru tentang jati diri sebagai pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara serta menyediakan pelajar yang berakhlak tinggi dan cemerlang dalam bidang akademik. Program ini dihadiri oleh 119 orang peserta dan majoritinya dalam kalangan pelajar tahun 2012. Program mendapat sambutan yang baik dari setiap peserta, AJK serta fasilitator. Peserta bergiat aktif dan memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Peserta mula bertolak ke destinasi seawal jam 2.00 pagi pada 16 November 2012 dan pulang dengan selamat ke Makassar pada jam 6.30 petang, 17 November 2012.



















  Peserta dibekalkan dengan modul-modul serta LDK yang interaktif, dibawa oleh tiga kelab utama di Makassar yaitu IPEM (slot akademik), Kelab UMNO Luar Negara (slot jati diri) dan IMAM–SCI (slot akhlak), bersesuaian dengan objektif yang telah ditetapkan oleh pihak pelaksana. 









Disamping akiviti-aktiviti yang melibatkan minda, terdapat juga aktiviti ‘Team Management’ dan ‘Team Building’ yang diadakan bertujuan untuk menguatkan semangat kerjasama antara mereka. Terdapat juga aktiviti riadah dan ‘Survivor’  yang disusun agar peserta bukan sahaja cerdas dari aspek mental tetapi juga cergas secara fizikalnya. 

















Walaupun berlaku sedikit masalah dari bahagian perlaksanaan, semua permasalahan dapat diselesaikan dengan baik atas kerjasama semua AJK pelaksana. Terima kasih diucapkan buat semua yang telah membantu dalam melaksanakan program ini dengan jayanya

No comments: