Friday 18 December 2009

Ayuh kita berubah!!


~Hijrah itu perjuangan~

Salam Tahun Baru Hijrah 1431. Hari ini merupakan lembaran baru bagi kalender Islam (Hijrah). Hijrah membawa maksud berpindah. Hijrah yang utama ialah hijrah sewaktu zaman Rasulallah SAW iaitu dari kota Mekah ke kota Madinah. Namun, umat Islam di zaman sekarang tidak seharusnya memandang ringan terhadap peristiwa hijrah ini. Terdapat pengajaran yang bergitu beharga didalamnya yang harus diambil iktibar sebagai panduan hidup kita.

Kita sebagai mahasiswa kedokteran UNHAS, seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk memahamkan diri tentang konsep hijrah yang sebenar. Hijrah tidak hanya tertumpu kepada perpindahan diri dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Apa yang penting di zaman sekarang ialah bagaimana kita cuba untuk mengamalkan konsep hijrah itu didalam diri kita sebagai seorang muslim dan juga sebagai seorang mahasiswa kedokteran. Sebagai contoh, hijrah untuk menjadi seorang insan yang sentiasa menjaga kebajikan didalam komuniti kita di sini.

Kehidupan kita di bumi Makassar ini sebagai suatu komuniti memerlukan kita saling bantu membantu diantara satu sama lain. Seperti apa yang disampaikan melalui pengisian program ceramah bersama Ustaz Rahman, kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa tidak hanya bergantung kepada buku semata-mata. Hubungan sesama insan haruslah diberi perhatian. Rasulallah SAW sentiasa menyuruh umatnya supaya sentiasa bersatu. Sifat berpuak-puak itu, amatlah ditegah didalam islam. Haram bagi umat islam itu memusuhi saudaranya yang lain.

Oleh itu, semperna dengan Maal Hijrah 1431, PKPMI cawangan Makassar sendiri di bawah exco kerohanian telah mengadakan aktiviti sambutan Maal Hijrah yang bertempat di RUSUNAWA. Acara pada hari ini dimulai dengan berkumpulnya ahli-ahli PKPMI muslim yang berada di sekitar Makassar pada jam 5.30 petang. Acara diteruskan dengan pembacaan doa awal tahun, yang di lakukan oleh Saudara Taufiq dari Batch 09. Selesai membaca doa awal tahun, acara diteruslah dengan zikir-zikir ringkas memuji kebesaran Yang Maha Esa.

Selepas itu, para peserta melakukan solat magrib secara berjemaah. Sedikit tazkirah disampaikan oleh Saudara Tuan Azlan dari batch 05. Seterusnya, acara disambung selepas solat isya' dengan bacaan Yassin secara beramai-ramai. Bacaan Yassin ini di ketuai oleh YDP PKPMI cawangan Makassar iaitu Saudara Muhammad Hafiy. Selesai pembacaan doa, sedikit pengisian tazkirah dilakukan sementara menunggu penceramah yang akan memberikan ceramah pada malam ni. Penceramah ini dijangka tiba di RUSUNAWA pada jam 9 malam. Beliau ialah Ustaz Rahman. Tepat jam 9 malam, program ceramah di mulakan dengan kehadiran penceramah. Tajuk ceramah pada malam ini lebih tertumpu dengan hijrah terhadap diri sendiri.


~Ustaz Rahman~

~Semangat ingin berubah inilah yg kita mahukan~

Acara diteruskan dengan sesi soal jawab disamping peserta menjamu juadah kek yang disediakan oleh batch 09 dibawah exco Kerohanian. Di saat ini, peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanya tentang masalah-masalah perpaduan dan ada juga yang bertanya tentang soal mahar di dalam perkahwinan.

Acara pada malam ini selesai pada 10 malam. Peserta pulang ke rumah masing-masing dengan membawa suatu hasrat untuk berubah pada tahun ini. Insyallah..

No comments: