Tuesday 21 May 2013

PROGRAM FIQH PERUBATAN



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
pada tanggal 18 dan 19 mei yang lalu, pihak PKPMI Makassar dengan kerjasama IMAM SCI, IPEM dan UMNO telah menganjurkan program Fiqh Perubatan. Program ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh warga PKPMI Makassar. 
Penceramah diterbangkan khas dari Malaysia untuk bersama-sama berkongsi ilmu dengan para pelajar Malaysia di Makassar.
Penceramah yang dijemput khas itu adalah Dr. Noor Azizah Tahir yang merupakan pakar perubatan dalam Family Medicine dan juga merupakan pensyarah di CUCMS.
Beliau turut mempunyai beberapa cawangan klinik keluarga di sekitar Ampang,Selangor.
Program ini diadakan bagi memberi pencerahan awal kepada pelajar perubatan di Makassar mengenai perubatan dari sudut Fiqh Islamiyah.
Hal ini dapat menjadi satu garis panduan bagi kami dalam menjalani tugas sebagai pegawai perubatan sama ada di peringkat klinikal mahu pun setelah pulang berkhidmat di Malaysia kelak.
tajuk yang dibincangkan pada hari pertama adalah asas fiqh perubatan itu sendiri. Beliau menerangkan kepada kami syariat Islam menuntut kita untuk menjaga apa yang telah ditetapkan iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, aqal dan harta.
Tajuk yang dibincangkan pada hari kedua lebih spesifik iaitu sudut pandangan Islam mengenai 'abortion', 'contraception', 'euthanasia', dan 'organ transplant'.

Syukran jazillan terutama kepada Dr Noor Azizah Tahir yang sudi memenuhi jemputan kami untuk bersama berkongsi ilmu serta kepada warga PKPMI Makassar yang turut bersama menjayakan program Fiqh Perubatan ini.
Segala kekurangan dari pihak kami harap dimaafkan dan mohon sama-sama membantu kami untuk memperbaiki segala kekurangan untuk program yang lain kelak.






Tiada ilmu yang lebih mulia dari ilmu mengenai yang dibenarkan dan yang diharamkan (fiqh) , perubatan (kedoktoran) adalah yang kedua selepas itu
(Ash-syafie: Dhahabi, At-Tibb An-Nawawi, 1986:219 and 228)



sekian,terima kasih.

No comments: