Wednesday 28 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432 HIJRAH

Aidilfitri secara harfiahnya membawa pengertian kembali kepada fitrah dan kesucian semula jadi. Kesucian mewarnai perhiasan lahiriah dan batiniah kehidupan Muslim mengungkapkan dua makna cukup mendalam dalam hidup seseorang Muslim iaitu makna spiritual dan sosial.

Secara spiritual, seseorang Muslim kembali kepada fitrah dan kesucian melambangkan dia sudah bersih daripada segala dosa seumpama bayi baru lahir ke alam dunia ini, terutama setelah selesai melaksanakan ibadat puasa sepanjang Ramadan dengan penuh keimanan.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampuni segala dosanya seumpama bayi baru lahir dari rahim ibunya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Justeru, Muslim yang berpuasa sebenarnya dididik dan diasuh untuk tunduk serta patuh terhadap segala perintah supaya ibadat puasanya diterima Allah. Pada masa sama, dia juga dididik dan diasuh tidak melanggar batasan mengendalikan hawa nafsu selaras kehendak-Nya.

Di samping itu, menjalani ibadat puasa selama sebulan mampu mencetuskan pengalaman kerohanian yang berharga dan cukup berkesan kerana setiap Muslim ternyata berupaya mengendalikan hawa nafsunya serta sudah terbiasa melakukan ketaatan kepada Allah.

Paling penting sekali deria rasa keinsafan dan kesedaran yang berbekas dalam jiwa sanubari akan kehadiran atau pengawasan Allah terhadap segala lintasan hati, tutur kata juga perbuatannya. Pengalaman dan perolehan berharga seperti inilah membawa seseorang itu kembali kepada kesucian dan fitrah sejati saat tibanya hari lebaran Aidilfitri penuh keceriaan

Kesucian dari sudut sosial, tersingkap ruang lingkup pengertian jauh lebih luas dan mendalam menuntut satu tindakan mencerminkan satu cara hidup syumul dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat.

Ditinjau dari segi makna sosial, manusia kembali kepada fitrah dan darjat kesucian bermaksud, tidak ada lagi perbezaan kelas sosial, keturunan, pangkat dan kedudukan. Setiap manusia sama dari segi kedudukan dan asal usulnya.

"(Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhan-mu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”)". (al-A’raf 7 :172)

Aidilfitri secara sosial berupaya menjulang nilai kemanusiaan hingga setiap manusia memandang kelompok manusia lain sebagai makhluk yang sama taraf dan kedudukan. Orang yang kembali kepada fitrah bersedia berbuat baik kepada dirinya dan juga orang lain.

PERJALANAN PROGRAM

Isnin (29/8/2011)

Persediaan berbuka puasa (bubur lambuk)

Seperti yang semua sedia maklum, setiap pelajar sibuk dengan mata kuliah masing masing. Justeru, bersempena dengan cuti sambutan aidilfitri, jawatankuasa pelaksana merancang majlis berbuka puasa diadakan bertujuan untuk mengenali dan mengeratkan hubungan persaudaraan yang sedia terjalin. Bubur lambuk mula dimasak sekitar jam 3.00 petang. Namun, perancangan dariNya lebih teliti. Meskipun, atas sebab sebab tertentu tidak dapat melaksanakan majlis berbuka puasa dengan sempurna, namun akhirnya bubur lambuk berjaya diagihkan dan dinikmati oleh semua pelajar. Selesai berbuka puasa, sebahgaian pelajar ditugaskan untuk menceriakan aula.

Di suatu dsudut pula, terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang ditugaskan untuk membakar lemang.

Selasa (30/8/2011)

Persediaan berbuka puasa (bihun goreng dan sira pisang)

Aktiviti iftar beramai ramai diteruskan pada hari terakhir berpuasa. Persediaan juadah berbuka puasa bermula sekitar jam 4.00 petang. Sekitar jam 5.30 petang, para pelajar berkumpul di aula untuk berbuka puasa. Selesai berbuka, pelajar solat maghrib, takbir raya dan solat isya’.

Persediaaan malam raya (juadah pagi raya)

Di sebelah malamnya pula, aktiviti memasak untuk juadah pagi raya dimulakan sekitar jam 9.00 malam. Pelajar berkumpul untuk masak secara bergotong royong. Antara juadah yang dimasak ialah rending, ketupat nasi, ayam masak merah, sayur lodeh, dan kuah kacang. Menu menu sampingan seperti kek coklat, cornflakes dan kerepek pisang turut disediakan.

Kemeriahan malam raya

Walaupun berada di perantauan, kemeriahan suasana aidilfitri tetap dirasai. Pelita di pasang di sekitar rusun beserta dentuman mercun serba sedikit tergubat rindu pada tanah air. Sekli lagi aula dihias indah pada malam raya untuk membangkitkan suasana hari raya pada pagi keesokannya.

Rabu (31/08/2011)

Pagi aidilfitri

Hari yang dinanti telah pun tiba. Seawal jam 7.00 pagi lagi para pelajar berkumpul untuk bersama sama solat sunat aidilfitri di aula. Sementara menunggu para pelajar berkumpul, laungan takbir bergema terus menerus. Solat bermula pada jam 8.00 pagi disusul dengan khutbah aidilfitri. Selesai solat, pelajar bermaaf maafan antara satu sama lain. Juadah yang disediakan pada malam harinya dinikmati oleh para pelajar beramai ramai. Suasana dimeriahkan lagi dengan alunan lagu lagu raya.

Malam 1 Syawal

Pada sebelah malamnya pula, para pelajar disediakan dengan aktiviti tayangan hari raya. Menu ‘jemput-jemput malas’ turut disediakan untuk dimakan sambil menonton. Setelah tayangan berakhir, beberapa orang pelajar perempuan ditugaskan untuk memasak masakan untuk keesokan harinya.

Khamis (31/08/2011)

Raya ke-2

Sekitar jam 8.30 pagi, para pelajar berkumpul di aula untuk menikmati juadah roti jala yang telah disediakan. Beberapa orang pelajar perempuan sibuk menyediakan juadah untuk acara pada sebelah malam. Kemudian, acara diteruskan pada pukul 1.00 petang. Para pelajar berkumpul sekitar jam 1.00 petang untuk bergerak menuju ke rumah Dekan Fakultas Kedokteran UNHAS atas undangan sambutan hari raya beliau. Di sana, para pelajar dapat berkenal dan bergaul secara lebih dekat dengan Bapak Dekan.

Pada sebelah malamnya pula, seawal jam 7.30 malam, para pelajar berkumpul di aula untuk menunaikan solat isya’ secara berjamaah dan disusuli dengan bacaan yaasin beserta sedikit jamuan ringan.

DISEDIAKN OLEH

SETIAUSAHA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432 HIJRAH

SYAFAWATI

No comments: