Wednesday 28 September 2011

Iftar Jama'ie bersama anak yatim bersempena Nuzul Quran

Aktiviti berbuka puasa bersama anak yatim

permainan yang ada di Panti Asuhan

Tempat tinggal anak-anak Panti Asuhan

melihat sendiri tempat tinggal anak-anak Panti Asuhan

Semoga anak-anakPanti Asuhan ini sentiasa ceria

Ramadhan pada tahun ini jatuh pada bulan julai,bermula 31 Julai 2011 umat islam mula menunaikan sembahyang sunat terawih dan pada keesokan harinya pada 1 Ogos 2011 bermulalah umat Islam menunaikan ibadah berpuasa selama 30 hari.

Seperti umat Islam ketahui,puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang agung, sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

“Islam itu didirikan di atas lima perkara; Bersaksi tiada sesembahan yang hak melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan dan berhaji ke Baitullah.” ( Muttafaq ‘alaih).

Antara aktiviti yang dilakukan oleh PKPMI adalah solat terawih berjemaah,khatam Al-Quran yang di bahagikan antara rumah-rumah pelajar dan pengajian yang dilakukan pada setiap malam jumaat.Setiap program yang dilakukan adalah untuk mengisi malam Ramadhan dengan program-program yang dapat meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH dimana kebanyakan pelajar di sini adalah pelajar muslim

Selain itu,program-program ini dapat merapatkan hubungan sesame pelajar lantaran dari kesibukan belajar.Tambahan pula pelajar-pelajar dapat berkenalam antara senior dan junior dan menguatkan ukhwah yang telah terbina.

15/08/2011( Panti Asuhan Al-Bayan)

Panti Asuhan Al-Bayan terdiri daripada tiga ratus lebih pelajar.Mereka merupakan anak yatim piatu dan tinggal di Panti Asuhan sebagai pelajar.Terdapat beberapa bangunan di kawasan Panti Asuhan ini yang terdiri daripada asrama,kelas dan Masjid.


Aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang dimana semua pelajar lelaki bergotong royong memasak bersama anak-anak Panti Asuahan Al-Bayan yang diketuai sendiri oleh Ketua tukang masak Panti Asuhan tersebut.Aktiviti ini bertujuan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara peserta dan juga ahli keluarga Panti Asuhan.Selain itu pelajar-pelajar dapat menyelami kehidupan anak-anak Panti Asuhan di sini.Keluarga Panti Asuhan terdiri dari anak-anak kecil yang berumur lingkungan 4 tahun keatas dan paling dewasa berumur dua puluhan.


Pelajar perempuan pula memulakan aktiviti pada pukul 4.30 petang.Bermula dengan sesi bersalam-salaman dan berkenalan.Buat pengetahuan semua,Panti Asuhan ini dibahagikan kepada dua kawasan,iaitu kawasan lelaki dan perempuan.Terdapat berapa bangunan di dalam kawasan Panti asuhan ini antaranya bangunan sekolah,masjid dan juga asrama.Seperti tidak di Malaysia,di sini peralatan untuk belajar,kemudahan dan makan minum anak-anak panti asuhan adalah terhad.


Antara program yang dilakukan oleh pelajar perempuan bersama-sama keluarga Panti asuhan disini ialah aktiviti melihat sendiri tempat tinggal dan cara hidup anak-anak panti asuhan.Selain itu diadakan penceraha oleh Dr Baizura yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi dan juga seorgng senior oleh Kak aina yang berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga kebersihan diri dan lingkungan.Aktiviti pencerahan ini mendapat menarik perhatian peserta program ini.Selain itu solat secara berjemaah dan juga ceramah oleh ustazah dari Panti Asuhan Al-Bayan juga diadakan,ceramah berkisar tentang Ramdhan dan mengenai hubungan silaturahim.


Antara kisah yang mampu membuatkan keluarga PKPMI ini sentiasa bersyukur dengan nikmat yang mereka ada berbanding apa yang dilalui oleh keluarga Panti Asuhan ini adalah mereka akan makan bubur dan sayur dan tempe yang dijadikan makan seharian.Untuk makan ayam dan daging hanyalah sangat-sangat jarang bagi mereka.Mereka juga akan puasa Isnin dan khamis bagi mengikat perut bagi mengurangkan kos perbelanjaan.Bayangkan perbelajaan bulanan hanya tujuh ratus ribu rupiah hanya untuk sebulan bagi menampung seramai 120 pelajar perempuan di Panti Asuhan ini.Pelajar perempuan Panti Asuhan Al-Bayan ini diketua Kak Hasni,beliau seorang yang sangat lemah lembut dan sangat memberikan kerjasama yang baik terhadap keluarga PKPMI Makassar.


Program ini tamat selepas Maghrib,dimana pelajar-pelajar saling bersalaman dan mengucapkan terima kasih atas layanan yang baik.Semoga hubungan silaturrahim akan terus terjalin anatara keluarga PKPMI Makassar dan juga Keluarga Panti Asuhan Al-Bayan.

DISEDIAKAN OLEH

SITI FATIMAH SHAFEE

SETIAUSAHA Iftar Jama'ie bersama anak yatim bersempena Nuzul Quran

No comments: