Friday 5 March 2010

Permai 2010 : Islam dan Muslim. Dulu, Kini dan Masa Depan

(Islam & Muslim. Dulu, Kini dan Masa Depan)

Tanggal 22 hingga 24hb Januari 2010 yang lalu kesinambungan dari PERMAI 2008 iaitu PERMAI 2010 telah berjalan dengan jayanya di Bandung. Masih mengekalkan ‘main speaker’ yang sama iaitu Ustaz Hasrizal yang juga merupakan pemilik blog saifulislam.com. Pembawaan beliau yang amat bersahaja menjadikan pengisian modul menjadi menarik dan mudah difahami oleh para pelajar. Dengan tema Islam & Muslim; Dulu Kini dan Masa Depan dan modulnya berasaskan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Fathi Yakan, membicarakan tentang 6 perspektif menjadi Muslim yang Efektif, diolah mengikut ‘style’ dan versi ustaz Hasrizal sendiri. Seramai 22 orang pelajar yang mewakili Makassar ke Bandung bagi mengikuti acara besar yang menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di seantero Indonesia ini.

(Ustaz Hasrizal, Zulhazwan, En Azman dan Kang Harri)

(Dari Makassar Ke Bandung)

Melalui ‘feedback’ yang diterima oleh mereka yang telah menyertai program ini rata-rata menyatakan kepuasan dan mengharapkan dapat menyertai PERMAI yang akan datang pula. Sepatah kata ustaz, selain ianya menjadi medan mencambahkan ilmu, ia juga turut menjadi ruang ukhuwah, membina jaringan persahabatan dan paling utama menemukan manusia yang menjunjung iltizam yang sama iaitu untuk membuat perubahan diri. Terasa program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu terlalu singkat. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menyertai program ini atau ada yang ingin ‘refresh’ semula apa yang telah didapati melalui program ini dan ingin mengetahui ilmu-ilmu yang dibahas sepanjang program bolehlah melayari ‘permai-islam.blogspot.com’ atau boleh juga melalui bypass proxy untuk ke laman ustaz Hasrizal ‘www.saifulislam.com’ untuk meraih manfaat dari topik-topik yang telah dibahas.


(Senyum sokmo)


(Secebis Kenangan)

Kredit:
  1. Ima 09
  2. PERMAI 2010


No comments: