Monday 8 March 2010

Menghayati Keindahan Islam (MPI)



"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim” Ali-Imran : 102.

Islam ini indah, rugilah bagi mereka yang tidak menghayati keindahan yang ada didalamnya. Oleh itu, PKPMI cawangan Makassar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Minggu Penghayatan Islam (MPI). Alhamdulillah, Minggu Penghayatan Islam ini telah dia lancarkan pada hari Isnin, 22 Februari 2010. Minggu Penghayatan Islam kali ini diadakan bersemperna dengan kehadiran Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Jumaat, 26 Februari 2010.

Objektif utama Minggu Penghayatan Islam ini ialah untuk memupuk dan membentuk komuniti pelajar Malaysia yang beragama Islam disini dengan nilai-nilai Islam melalui teladan sifat Rasulallah s.a.w. Oleh kerana itu, Minggu Penghayatan Islam Kali ini telah dilaksanakan bersemperna dengan hari kelahiran Rasulallah s.a.w.

“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulallah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah” Al-Ahzab : 21.

Majlis pelancaran Minggu Penghayatan Islam ini telah disempurkan oleh Presiden PKPMI cawangan Makassar pada jam 8 malam, 22 Februari 2010. Majlis pada malam itu diteruskan dengan kuiz Maulidul Rasul. Kuiz ini melibatkan wakil dari setiap batch. Batch yang telah menghantarkan wakil mereka untuk menyertai kuiz ini ialah batch 2009, 2008, 2007 dan 2006. Kuiz ini menguji pengetahuan para peserta dan juga mebuatkan penonton berfikir dan menghayati sirah Rasulallah s.a.w. Pertandingan kuiz kali ini dilihat mendapat persaingan yang sengit dari setiap batch. Masing-masing cuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan yang terbaik. Kuiz pada malam itu tamat pada jam 11 malam.

Pada hari Rabu, 24 Februari 2010, AJK Program Minggu Penghayatan Islam telah mengadakan tayangan. Tayangan ini merupakan dokumentasi perjalanan sirah Rasulallah s.aw. Turut dimuatkan didalam tayangan itu ialah beberapa adegan yang dipetik dari Filem “The Final Legacy”. Tayangan pada malam itu didapati telah membuka mata pelajar-pelajar untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai sirah Rasulallah s.a.w. Tayangan itu berlangsung selama 1 jam. Majlis pada malam itu, diakhiri dengan ucapan penerangan perjalanan aktiviti sepanjang Minggu Penghayatan Islam daripada Saudara Ahmad Saiful Asyraf, Pengarah Program Minggu Penghayatan Islam kali ini.

Pada hari Khamis, 25 Februari 2010, acara bermula pada jam 7.30 malam iaitu bacaan yasin secara beramai-ramai. Selepas itu, peserta dibenarkan pulang sebelum berkumpul semula pada jam 11.00 malam di Aula, RUSUNAWA untuk Qiamullai secara berjemaah. Acara Qiamullai di jadwalkan bermula pada jam 3 pagi.

Pada hari Jumaat, 26 Februari 2010, Larian Merentas UNHAS telah diadakan yang melibatkan peserta lelaki. Acara ini diadakan dengan tujuan untuk beriadah beramai-ramai disamping menanamkan nilai menjaga kesihatan diri yang dituntun di dalam Islam. Selepas penat berlari, suatu sesi perarakan membawa sepanduk-sepanduk cintakan Rasulallah s.a.w dijalankan. Perarakan ini diiringi dengan selawat-selawat memuji Rasulallah s.a.w. Selepas itu, peserta meluangkan masa dengan berkunjung ke bazaar yang telah disediakan oleh pihak PKPMI. Pada sebelah malam, suatu ceramah agama telah diadakan dengan tajuk yang dibawa ialah “Sirah Rasulallah”

Pada hari Sabtu 27 Februari 2010, Malam Kemuncak MPI telah diadakan. Acara ini bermula pada jam 8 malam. Pada malam ini, pertandingan nasyid diantara batch telah diadakan. Persaingan yang sengit telah ditunjukkan oleh setiap peserta dengan kebolehan paduan suara yang tersendiri. Tema lagu yang dibawa berkisar kepada Rasulallah saw. Upacara pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dipertandingkan di sepanjang MPI ini disempurnakan oleh Presiden PKPMI dan Pengarah Program MPI itu sendiri. Acara pada malam ini berakhir dengan tayangan slide sepanjang MPI di samping peserta memjamu selera.



DIsediakan oleh: Nazirul Munir Bin Abu Hassan (Setiausaha PKPMI 09/10)

No comments: