Tuesday 1 July 2008

Lawatan Kerja Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Perubatan Malaysia ke Universitas Hasanuddin, Makassar

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) akan melakukan lawatan kerja ke Fakultas Kedokteran, Universitas Hasanuddin pada

Tanggal : 4 Julai 2008 (Jumaat)
Masa : 1030 WIB - selesai

Tempat : Fakultas Kedokteran, Universitas Hasanuddin


Lawatan kerja ini akan disertai oleh ;
  1. Yg. Bhg Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
  2. Yg. Bhg. Dato' Dr. Abdul Hamid Abdul Kadir, Ahli Majlis Perubatan Malaysia(MPM), Pakar Ortopedik Hospital Assunta
  3. Dr. Milton Lum Siew Wah, Ahli Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta
  4. Prof. Dr. Abdul Razzak bin Mohd Said, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Melaka Manipal Medical College
  5. Dr. Wan Mazlan bin Md. Woojdy, Setiausaha Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  6. Encik Jazman Azi bin Jamaluddin, Penasihat Kedutaan (Pendidikan dan Latihan) Jakarta, Jabatan Perkhidmatan Awam
  7. Cik Zuraini binti Abidin, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam
Sehubungan itu, mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang tidak berhalangan dijemput untuk menghadiri perjumpaan khas bersama dengan rombongan tersebut pada

Tanggal : 4 Julai 2008 (Jumaat)
Masa : 1500 WIT - selesai
Tempat :International Building, Fakultas Kedokteran UNHAS

Sebarang kemusykilan atau hal-hal berbangkit yang berkaitan JPA dan MPM bolehlah disampaikan pada perjumpaan tersebut. Sekian, terima kasih.

p/s : Datang ye beramai-ramai ! Ajak satu kampung :D


No comments: