Tuesday 1 July 2008

Jemputan Perkahwinan

PKPMI dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Kak Ija [Batch 2002] dan Apau (Muhamad AshShaffawi) [Batch 2000] khusus buat warga PKPMI dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis sebelah keluarga perempuan akan berlangsung pada 2 Ogos 2008 di Ampang, Kl sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 3 Jun 2008 di Selayang, Selangor. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.

Di samping itu, jemputan walimah juga untuk pasangan Kak Syu [Batch 2002] dengan Nik Mohamed Nizal buat warga PKPMI dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis sebelah keluarga perempuan akan berlangsung pada 26 Julai 2008 di Chemor, Perak sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 2 Ogos 2008 di Kota Bharu, Kelantan. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.

"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"


p/s: Kad jemputannya ada di tampal di board PKPMI untuk rujukan semua. :)

2 comments:

Anonymous said...

salam...
diharapkn admin boleh la sertakn alamat lengkap dan contact no pasangan2 di atas..sbb xsume bole bace kt buletin board pkpmi kt rusun cz dh ade kt msia rite now..tq

BondingSisters said...

congrats utk my seniors~ semoga perjalanan hidup sentiasa di berkahi rahmatNya..