Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya, PKPMI Makassar
dengan kerjasama IMAM telah mengadakan program Iftar Ramadhan bertempat di Panti
Asuhan Al-Anshar Timor-Timur, Sudiang pada tanggal 24 Julai 2012. Program ini
diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri pelajar dengan golongan yang kurang
bernasib baik seperti anak-anak yatim di sini di samping dapat meningkatkan
amalan kita sebagai umat Islam khusunya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Juadah
berbuka puasa pada kali ini dimasak secara gotong royong antara pelajar
Malaysia dan anak-anak yatim di sini. Antara juadah yang terhidang adalah ayam
masak lemak cili api, tempe goreng dan sayur campur goreng.
Selain itu, sempena iftar pada kali ini, kempen “1 mahasiswa
1 buku” telah dilancarkan bagi menggalakkan sumbangan buku daripada mahasiswa.
Selain buku, sumbangan diberi dalam bentuk pakaian dan wang. Sambutan yang
diberikan sangat menggalakkan. Sumbangan dalam bentuk wang tunai yang diterima
daripada para pelajar sangat menggalakkan.
Semasa menunggu waktu iftar juga telah diadakan program
penyuluhan mengenai cara mencuci tangan dengan betul oleh pelajar Malaysia yang
hadir di sini. Cuci tangan adalah langkah mudah yang masih diambil ringan oleh
kebanyakan orang sedangkan ia amat penting bagi mengelakkan dijangkiti
penyakit-penyakit berbahaya. Diharapkan
dengan adanya demonstrasi cuci tangan yang betul ini dapat mendidik
anak-anak di situ supaya mementingkan kebersihan bagi menjamin kesihatan yang
baik.
No comments:
Post a Comment