Program
Minggu Akademik bagi tahun 2012 telah berlangsung pada 14 hingga 19 Mei 2012.
Acara ini diadakan di sekitar kawasan Rusunawa UNHAS dan di sekitar Fakultas
Kedokteran Universitas Hasanuddin. Program ini dianjurkan oleh PKPMI Makassar
dengan kerjasama IPEM,IMAM dan Kelab UMNO Luar Negara cawangan Makassar. Antara
acara yang diadakan adalah program jualan makanan dan minuman oleh
pelajar-pelajar Malaysia tetapi bagi edisi kali ini, gerai hanya dikhususkan
untuk wakil kelab-kelab sahaja. Selain itu terdapat juga jualan buku ilmiah
yang mendapat sambutan hangat khususnya
daripada para pelajar Malaysia di sini.
 |
Persiapan gerai jualan |
 |
kesibukan gerai dengan pembeli |
Di
samping itu, permainan tradisional juga telah diadakan bagi mendekatkan
diri pelajar dengan warisan nenek moyang
kita sejak dahulu lagi. Terdapat juga pertandingan yang dianjurkan oleh
kelab-kelab seperti IMAM dan IPEM. Antara pertandingan yang menarik perhatian
adalah pertandingan bahas ala parlimen antara angkatan yang diungguli oleh angkatan 2011.
 |
wakil KOAS |
 |
wakil angkatan 2011 |
 |
pemenang pertandingan bahas ala parlimen |
No comments:
Post a Comment