Showing posts with label Organisasi. Show all posts
Showing posts with label Organisasi. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

AMANAT YDP PKPMI CAWANGAN MAKASSAR 2013/2014



WAN ASHEKAL NAZUAN BIN WAN AZMI
YDP PKPMI-CM 13/14
Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Penubuhan PKPMI adalah sbg satu wadah untuk rakyat Malaysia di indonesia berkumpul di bawah satu payung dan sebagai satu organisasi yang menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Indonesia.PKPMI mempunyai 16 cawangan dan berpusat di Jakarta.Pimpinan PKPMI sesi 2013/2014 kali ini  terbina dgn kekuatan seramai 37 orang dan dikerahkan untuk menjaga kebajikan pelajar perubatan Malaysia di sini seramai 375 orang.

Besar tanggungjawab yang dipikul oleh barisan pimpinan PKPMI-CM dalam usaha untuk memastikan kebajikan setiap pelajar terbela.Pelbagai usaha dan penambahbaikkan yang dirancang bakal dilaksanakan demi memastikan visi dan misi PKPMI tercapai.Agak sukar utk 37 orang AJK PKPMI Makassar untuk menjaga seramai 375 ahli di sini dengan sendiri, saya mengharapkan kepada semua ahli dapat turut serta membantu menjaga rakan pelajar dan pada masa yang sama melaporkan kepada AJK yang bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini.

Nasihat saya untuk komuniti supaya dapat menjaga keselamatan diri dan lebih prihatin terhadap rakan di sekeliling. Gunakanlah masa yang diperuntukkan tuhan dengan sebaik mungkin.Elakkan dari melakukan hal-hal yang boleh menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan dan hal yang boleh merosakkan nama baik negara kerana kita adalah duta kecil Negara.Gunakan nikmat kurniaan Allah di jalanNya.Penuhi dada dengan ilmu agama kerana itu sahaja yang menjadi benteng pertahanan diri kita sebagai individu yang berguna.Banyak program kerohanian yang dirancang seperti pengajian,usrah dan sebagainya yang memberi peluang kepada kita untuk menjadi hamba yang hakiki.Saya juga mengharapkan keterlibatan semua pelajar Malaysia dalam program yang dijalankan kerana semua dilakukan untuk anda dan di situlah kita dapat merapatkan silaturrahim dengan rakan lain yang kebanyakannya sibuk di waktu lain.

Pada tahun 2015 akan terbentuk ASEAN COMMUNITY yang mana rakyat dalam wilayah ASEAN bebas untuk bekerja di mana sahaja di dalam ASEAN.Hal ini pastinya menjadi cabaran kepada kita yang bakal turut serta dalam mengikuti perkembangan arus kemodenan.Adakah kita hanya mahu melihat proses ini berjalan atau mahu turut serta dalam rentak ini tergantung pada diri masing.Pada pengamatan saya, demi menghadapi cabaran mendatang kita seharusnya memiliki nilai tambah dalam diri masing-masing jika ingin menjadi pesaing dalam pasaran pekerjaan.Dunia sudah memiliki jutaan modal insan yang bijak,tetapi dunia kekurangan modal insan yang mempunyai keupayaan komunikasi yang baik,keupayaan memimpin,keupayaan mengurus dan yang paling penting adalah dunia kekurangan modal insan yang beretika.Ini merupakan satu perkara yang patut kita pandang serius dan saya menyeru kepada saya dan semua pelajar untuk penuhkan dada kita dengan kebolehan-kebolehan sebegini supaya kita dapat menandingi pesaing lain dan menaikkan nama agama,bangsa dan Negara.

Marilah kita memasang azam menggunung disertai dengan usaha yang tidak berbelah bagi untuk memajukan diri.Terajui minda kita,jadilah agen yang dapat menggerakkan orang di sekeliling kita untuk melihat agama,bangsa dan Negara kita maju dan tidak disisihkan seiring perkembangan zaman.

Sekian saja ucapan saya,saya sudahi dengan assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh..


      "KEPIMPINAN CEMERLANG MEWUJUDKAN GENERASI YANG GEMILANG"



TAMPUK KEPIMPINAN PKPMI-CM 2013/2014


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi, barisan kepimpinan PKPMI Cawangan Makassar bagi penggal 2013/2013 telah dilantik dengan jayanya. Mesyuarat bersama Majlis Tertinggi PKPMI dan ahli jawatankuasa PKPMI telah diadakan pada bulan Februari yang lepas bagi menyerahkan portfolio kepada kepimpinan exco PKPMI.

Kepimpinan yang baru ini diharap dapat membuat satu perubahan dan pembaharuan dalam persatuan sekaligus menaikkan nama PKPMI Cawangan Makassar. Justeru, diharapkan kesemua ahli yang telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa PKPMI Cawangan Makassar dapat menjalankan tugas masing-masing dengan tulus dan ikhlas.

Sebagaimana peringatan oleh Hasan al-Banna,

"Ikhlas ialah saudara Muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredhaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan aqidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi. "

Disertakan di sini adalah barisan kepimpinan PKPMI Cawangan Makassar yang telah diamanahkan untuk memegang tampuk kepimpinan pada penggal 2013/2014.





Barisan Majlis Tertinggi PKPMI Cawangan Makassar 2013/2014 yang bersiap sedia menjalankan amanah yang dipertanggungjwabkan.





BARISAN MAJLIS TERTINGGI PKMI CAWANGAN MAKASSAR 2013/2014

YANG DIPERTUA             : Wan Ashekal Nazuan Bin Wan Azmi
TIMBALAN YDP 1            : Muhammad Fawwaz Bin Mohd Sujangi
TIMBALAN YDP 2            : Nor Hasyimah Binti Malek
SETIAUSAHA                    : Nur Syafawati Binti Halim
BENDAHARI                     : Hazmi Adly Harun Bin Harun


BARISAN EXCO PKPMI CAWANGAN MAKASSAR 2013/2014.

EXCO AKADEMIK
      1. Nurul Solihin Bin Nurulhasnan (Ketua)
      2. Raja Nurulain Bt Raja Nahar Putra (Pen. Ketua)
      3. Nor Afiqah Bt Alias
      4. Zaidatul Hidayah Bt Idris
      5. Mohd Shahir Bin Hassan

EXCO ASET DAN DANA
      1. Muhammad Syamil Bin Rozlan (Ketua)
      2. Nurul Faten Izzati Norharizam (Pen. Ketua)
      3. Nurul Nadiah Binti Nor Sukor
      4. Wan Hani Nadiah Binti Wan Jusoh
      5. Muhammad Taufiq Bin Awang

EXCO ACARA
      1. Muhammad Adil Bin Mohd Sabri (Ketua)
      2. Nardine Bt Che Roslan (Pen. Ketua)
      3. Nurul Safiah Hamizah binti Suhaimi
      4. Muhammad Afif BIn Mansor

EXCO HUBUNGAN LUAR DAN KOMUNIKASI
      1. Muhammad Alif Bin Ahmad ( Ketua)
      2. Khairun Liyana Bt Mat Shah (Pen. Ketua)
      3. Syaza Naqibah Binti Mohamed Noor Rahim
      4. Siti Hawa Binti Adnan
      5. Amir Farid Bin Aminuddin

EXCO TARBIYAH DAN KEROHANIAN
      1. Muhammad Aizat Kamal  bin Shamsuddin (Ketua)
      2. Najihah Binti Wahi Anuar (Pen. Ketua)
      3. Miqdad Bin Mohd Suberi
      4. Muhammad Syahir Bin Tajuddin
      5. Nursyahidah Binti Jusoh

EXCO KEBAJIKAN DAN REKREASI
      1. Muhammad Arif Amri Bin Kamaruzaman (Ketua)
      2. Nur Aimi Solehah Bt Azmi (Pen. Ketua)
      3. Nur Suhailah Binti Othman
      4. Aiman Syazwan Bin Zulkifli

EXCO DATA DOKUMENTASI DAN INFORMASI (DDI)
       1. Mohammad Safuan Arif Bin Mohd Noor (Ketua)
       2. Nur Nabilah BInti Abdul Hakim (Pen. Ketua)
       3. Siti Nor Azimah Binti Zainal
       4. Muhammad Farid Bin Roslan


         "KEPIMPINAN CEMERLANG MEWUJUDKAN GENERASI YANG GEMILANG"

Tuesday, 10 January 2012

Tahun Baru, Organisasi Baru ! PKPMI 2011/2012

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, kita masih bernafas di tahun 2012 ini. Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN 2012 kepada pembaca umumnya, dan keluarga PKPMI Pusat, Cawangan serta PKPMI Makassar khasnya.

Memasuki tahun 2012, tampuk pemerintahan PKPMI Makassar juga mendapat barisan kepimpinan baru. Alhamdulillah,  organisasi PKPMI sesi 2011/2012 telah sempurna dibentuk. Tampuk pimpinan telah pun selamat diturunkan oleh YDP sesi 2010/2011 , Saudara Mohd Fadzhil Bin Amran kepada YDP Sesi 2011/2012, Saudara Azwan Bin  Saari. Berikut adalah senarai barisan Majlis Tertinggi dan Exco-exconya.














Exco Dana & Kebajikan
Ikhwan Bin Idrus (Ketua)




Exco Acara
Harith Shahiran Bin Mohammad Fadhil (Ketua)




Exco Peralatan & Rekreasi
Ahmad Farhan Bin Hasbi (Ketua)




Exco Akademik
Mohd Fareez Hairi Bin Mohd Saupi (Ketua)




Exco Hubungan Luar & Komunikasi
Nadhirah Binti Mohamad Noh(Ketua)




Exco Lajnah & Tarbiah
Wan Ashekal Nazuan Bin Wan Azmi (Ketua)




Exco Data, Dokumentasi & Informasi (DDI)
Muhammad Saifuddin Bin Hasan (Ketua)



Tahniah diucapkan kepada barisan MT dan Exco-Exco baru PKPMI Makassar. Semoga anda dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik dan jayanya, insyaAllah.



Kepimpinan Cemerlang Mewujudkan Generasi yang Gemilang. PKPMI 2011/2012.