Program Hari Kantin 2012 pertama kali dianjurkan oleh PKPMI Makassar pada 31 Mac 2012, hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim di antara seluruh mahasiswa Malaysia yang merupakan warga
keluarga PKPMI Cawangan Makassar dan mengembalikan kembali nostalgia zaman persekolahan.
Pada hari berkenaan, sebanyak 6 gerai makanan yang
dibuka. Gerai makanan ini di usahakan oleh para pelajar Malasia sendiri.
Antaranya ialah gerai Nasi Hujan Panas, Nasi bukhari, kuih- muih, dadih yang dijual oleh
para pelajar dari angkatan 2009, Ikan bakar dari pelajar angkatan 2011,
cupcakes dari pelajar 2010, capati dari pelajar-pelajar India dan macam macam lagi. Exco – Exco PKPMI Makassar juga tidak
ketinggalan menjalankan jualan seperti minuman, nasi lemak berlauk, nasik ayam dan roti jala.
Selain daripada makanan dan minuman, terdapat juga
peniaga yang menjual buku- buku agama dan buku motivasi. Jualan buku buku ini
juga mendapat sambutan hangat daripada pembeli.
Secara keseluruhannya, PKPMI telah merancang 7 jenis
permainan. Antaranya ialah melukis dan mewarna, chess, build a tower, water balloon
war, throw the balls dan balloon popping games. Hadiah juga diberikan kepada
para pemenang. Permainan yang disediakan ini telah mendapat sambutan yang hangat
daripada para pengunjung.
Penjualan Garage sale oleh senior yang bakal pulang ke Malaysia pada Hari Kantin boleh diibaratkan
sebagai pisang goreng panas. Gerai mula
dibuka pada jam 10 pagi dan pada jam 12 tengahari, hampir semua barang yang
dijual habis diborong oleh pengunjung.
Ini disebabkan kerana, barang- barang yang dijual adalah jauh lebih murah
berbanding jualan kedai. Antara jualanya ialah, alamari buku, meja belajar,
lampu meja, peti ais, buku buku dan macam macam lagi.
No comments:
Post a Comment