Pada 16 hingga 18 November 2012, telah diadakan Program Etika Remaja, Mencapai
Akhlak Terbilang dan Akademik cemerlang II (PERMATA II) bertempat di Tanjung Bira, Bulukumba. Program ini diadakan untuk mencetuskan kesedaran
dalam kalangan pelajar baru tentang jati diri sebagai pelajar yang melanjutkan
pengajian di luar negara serta menyediakan pelajar yang berakhlak tinggi dan cemerlang
dalam bidang akademik. Program ini dihadiri oleh 119 orang peserta dan majoritinya dalam kalangan pelajar tahun 2012. Program
mendapat sambutan yang baik dari setiap peserta, AJK serta fasilitator. Peserta
bergiat aktif dan memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Peserta mula bertolak ke destinasi seawal jam 2.00 pagi pada 16 November 2012
dan pulang dengan selamat ke Makassar pada jam 6.30 petang, 17 November 2012.
Disamping akiviti-aktiviti yang
melibatkan minda, terdapat juga aktiviti ‘Team
Management’ dan ‘Team Building’
yang diadakan bertujuan untuk menguatkan semangat kerjasama antara mereka.
Terdapat juga aktiviti riadah dan ‘Survivor’
yang disusun agar peserta bukan
sahaja cerdas dari aspek mental tetapi juga cergas secara fizikalnya.
Walaupun
berlaku sedikit masalah dari bahagian perlaksanaan, semua permasalahan dapat
diselesaikan dengan baik atas kerjasama semua AJK pelaksana. Terima kasih
diucapkan buat semua yang telah membantu dalam melaksanakan program ini dengan
jayanya
No comments:
Post a Comment