Tanggal 18 November 2012 telah diadakan Majlis Makan Malam
bersama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Majlis ini diadakan di Restoran Wong Solo, Gowa. Majlis yang bertujuan untuk Beramah mesra bersama
wakil Kedutaan Besar Malaysia dihadiri Timb. Ketua Perwakilan
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta (Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin),
Pengarah Education Malaysia di Indonesia (Prof. Madya Dr. Juzhar Jusoh), Vice
President Marketing & Investment IRDA (En. Md Eharay Abd Majid) dan 120
orang peserta PERMATA II. Program
bermula pada jam 7 malam dengan kehadiran 3 orang VIP tersebut. Selepas selesai menjamu
selera, YDP PKPMI Makassar Sesi 2011/2012, saudara Azwan Sa'ari menyampaikan ucapan alu-aluan.
Seterusnya, Prof Madya Dr. Juzhar Jusoh menyampaikan ucapan beliau, beliau
meminta agar semua pelajar untuk mengumpulkan sebarang masalah yang mereka ada
sepanjang pengajian di sini untuk beliau ajukan kepada Rektor dan Dekan
Universitas Hasanudin. Kemudian Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin
menyampaikan ucapan beliau dan menjelaskan fungsi Kedutaan terutamanya dalam
menjaga hubungan bilateral antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia.
Acara diteruskan lagi dengan ucapan dari En. Md Eharay Abd Majid yang
menjelaskan fungsi Iskandar Regional Development Authority. Majlis kemudiannya
diteruskan dengan sesi soal jawab dari pelajar dan diakhiri dengan penyampaian
cenderamata kepada ketiga-tiga VIP.
PKPMI Makassar mengucapkan terima kasih
kepada Kedutaan Besar Malaysia atas kesudian menjayakan majlis makan malam
bersama peserta PERMATA II.
No comments:
Post a Comment