Thursday, 3 January 2013
Sambutan Maal Hijrah 1434H
Pada 14 November 2012 bertempat di Rusunawa UNHAS, telah berlangsung sambutan Maal Hijrah 1434 Hijrah peringkat PKPMI Makassar. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk memperingati dan
menghayati erti disebalik peristiwa maal hijrah, menanam azam untuk melakukan
perubahan ke arah kebaikan serta merapatkan ukhuwah antara pelajar Malaysia di
Makassar. Acara yang dimulai seawal jam 5 petang mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 200 orang pelajar Malaysia di Makassar. Program dimulai dengan bacaan doa akhir tahun dan diteruskan dengan solat maghrib secara berjemaah dan diteruskan lagi dengan bacaan doa awal tahun. Pada malamnya disampaikan ceramah yang bertajuk "Hijrah Menuju Illahi" yang disampaikan oleh ustaz jemputan selepas solat isyak berjemaah. Dalam program ini Majlis
makan malam dan jamuan ringan turut disediakan.
Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1433H
Pada tanggal 26 Oktober 2012, bertempat di Rusunawa UNHAS telah berlansungnya sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1433 Hijrah. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, program tahunan ini berlansung untuk menyambut sambutan perayaan besar iaitu Hari Raya Aidiladha dan menyediakan suasana sambutan perayaan di Malaysia memandangkan ramai pelajar yang tidak berpeluang pulang ke tanah air. Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi WITA dimulai dengan solat sunat Aidiladha di mana mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan warga PKPMI Makassar itu sendiri. Turut hadir dalam sambutan ini adalah para dokter yang tinggal berhampiran kawasan rusunawa
Unhas. Kemudian, pelajar bersarapan sebelum
memulakan aktiviti sembelihan. Pada tahun ini, seekor lembu
dan kambing disembelih. Pelajar lelaki bergotong-
royong menyembelih dan melapah daging, manakala pelajar
perempuan bergotong-royong memasak hidangan dalam
kawah.
| gotong royong pada malam raya |
| takbir raya |
| bacaan khutbah |
| pelajar lelaki yang hadir |
| sembelihan lembu |
| sembelihan kambing |
| gotong royong memasak |
| melapah lembu |
| makan tengah hari |
| kari daging |
| kambing golek |
Jamuan makan tengah hari dan malam meriah dengan kehadiran pelajar. Terima kasih kepada individu yang telah menginfak kambing untuk program kali ini. Terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan program ini.
Tuesday, 1 January 2013
Pemberian Ubat Program KKN
Program KKN (Kuliah Kerja Nyata) adalah
aktiviti wajib bagi pelajar-pelajar pre-clinical dan diadakan dua kali setahun
(Jun dan Oktober). Program KKN Oktober dijalankan di Galesong Utara.
Persekitaran yang tidak bersih dan kondusif, serta proses adapatasi yang
memakan masa boleh menyebabkan para peserta KKN mudah diserang penyakit seperti
demam, cirit-birit (diarrhea), selsema dan lain-lain. Justeru itu PKPMI
Makassar telah mengambil inisiatif dengan membekalkan ubat-ubatan kepada
peserta program KKN ini. Program ini telah diadakan pada 18 Oktober 2012 dan
bertujuan untuk memberikan bantuan ubat-ubat asas kepada pelajar Malaysia yang
menyertai KKN Gelombang Oktober di kawasan pedalaman.
Sebanyak 10 orang peserta telah
hadir dan bantuan ubat-ubatan yang diberikan adalah seperti paracetamol, ubat
diarrhea, ubat flu&batuk dan krim autan.
Information Day
Pada tanggal 21 September 2012,
International Office UNHAS buat julung kalinya telah menganjurkan ‘Information
Day’ yang diadakan di Gedung IPTEK UNHAS. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan
pelajar-pelajar baru dengan urusan hal ehwal keimigrasian di Indonesia di
samping memberi informasi tentang fungsi International Office dan adaptasi
belajar di Indonesia.
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri : Indahnya Syawal
Ramadhan yang mulia menjelang tirainya. Kini umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan Syawal yang menjelma dengan 1001 cara. Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang merantau ke luar negara untuk menuntut ilmu terutamanya di Makassar, Indonesia ini. Ketibaan Syawal bagi tahun 1433 Hijrah ini disambut dengan meriah. PKPMI Makassar dengan jayanya dengan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1433 Hijrah bersamaan dengan 26 Ogos 2012 dengan tema 'Indahnya Syawal'. Program pada kali ini telah diadakan di Rusunawa UNHAS bermula jam 3 petang 25 Ogos hingga 8 malam 26 Ogos 2012.
Program tahunan ini yang bertujuan bersama-sama meraikan hari raya dengan
pelajar-pelajar Malaysia lain yang tidak pulang ke kampung halaman serta
memupuk semangat tolong menolong dan mengukuhkan tali persaudaraan dalam kalangan pelajar dalam menjalankan
hidup sebagai satu keluarga besar mendapat 'outcome' yang memuaskan dari pelajar Malaysia sendiri khususnya. Dengan kehadiran 75 orang pelajar baru pada tahun 2012 ini, sambutan pelajar yang hadir pada kali ini mencecah jumlah 200 orang. Program ini dilaksanakan secara bergotong-royong, di mana pelajar angkatan 2007
paling banyak yang hadir dalam kalangan senior memandangkan ini
adalah tahun terakhir beraya di Makassar bagi kebanyakan mereka.
Pelajar angkatan 2009 yang baru sahaja selesai program KKN turut hadir dan
bersama-sama memeriahkan sambutan raya di Makassar pada
tahun ini.
Tuesday, 28 August 2012
Program Iftar Ramadhan 2012
Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya, PKPMI Makassar
dengan kerjasama IMAM telah mengadakan program Iftar Ramadhan bertempat di Panti
Asuhan Al-Anshar Timor-Timur, Sudiang pada tanggal 24 Julai 2012. Program ini
diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri pelajar dengan golongan yang kurang
bernasib baik seperti anak-anak yatim di sini di samping dapat meningkatkan
amalan kita sebagai umat Islam khusunya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Juadah
berbuka puasa pada kali ini dimasak secara gotong royong antara pelajar
Malaysia dan anak-anak yatim di sini. Antara juadah yang terhidang adalah ayam
masak lemak cili api, tempe goreng dan sayur campur goreng.
Selain itu, sempena iftar pada kali ini, kempen “1 mahasiswa
1 buku” telah dilancarkan bagi menggalakkan sumbangan buku daripada mahasiswa.
Selain buku, sumbangan diberi dalam bentuk pakaian dan wang. Sambutan yang
diberikan sangat menggalakkan. Sumbangan dalam bentuk wang tunai yang diterima
daripada para pelajar sangat menggalakkan.
Semasa menunggu waktu iftar juga telah diadakan program
penyuluhan mengenai cara mencuci tangan dengan betul oleh pelajar Malaysia yang
hadir di sini. Cuci tangan adalah langkah mudah yang masih diambil ringan oleh
kebanyakan orang sedangkan ia amat penting bagi mengelakkan dijangkiti
penyakit-penyakit berbahaya. Diharapkan
dengan adanya demonstrasi cuci tangan yang betul ini dapat mendidik
anak-anak di situ supaya mementingkan kebersihan bagi menjamin kesihatan yang
baik.
Program Pemberian Ubat Kepada Peserta KKN (Kerja Kuliah Nyata)
Pada tanggal
13 Jun 2012 (Rabu), telah diadakan program pemberian ubat kepada peserta Kuliah
Kerja Nyata (KKN) yang berlansung di Aula Rusunawa UNHAS. Seramai 39 orang
peserta terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar Malaysia
angkatan 2008 dan 2009. Antara objektif-objektif program adalah untuk memberi
bantuan ubat-ubat asas kepada pelajar Malaysia yang menyertai KKN, menjaga
kebajikan pelajar-pelajar Malaysia dan sebagai wadah untuk mengukuhkan hubungan
antara PKPMI dengan para pelajar baik pelajar muslim mahupun bukan muslim.
Program yang bertujuan sebagai
field trip ini diadakan selama dua bulan
di daerah-daerah pedalaman di Makassar. Hal ini adalah supaya para pelajar
membantu dan memberi ilmu kesihatan yakni cara-cara menjaga kebersihan dan
kesihatan kepada masyarakat-masyarakat yang tinggal di sana. Persekitaran yang
tidak bersih dan kondusif, serta proses adapatasi yang memakan masa boleh menyebabkan
para peserta KKN mudah diserang penyakit seperti demam, cirit-birit (diarrhea),
selsema dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)




