Thursday, 3 January 2013

Program Etika Remaja, Mencapai Akhlak Terbilang dan Akademik cemerlang II (PERMATA II) 2012

Pada 16 hingga 18 November 2012, telah diadakan Program Etika Remaja, Mencapai Akhlak Terbilang dan Akademik cemerlang II (PERMATA II) bertempat di Tanjung Bira, Bulukumba. Program ini diadakan untuk mencetuskan kesedaran dalam kalangan pelajar baru tentang jati diri sebagai pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara serta menyediakan pelajar yang berakhlak tinggi dan cemerlang dalam bidang akademik. Program ini dihadiri oleh 119 orang peserta dan majoritinya dalam kalangan pelajar tahun 2012. Program mendapat sambutan yang baik dari setiap peserta, AJK serta fasilitator. Peserta bergiat aktif dan memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Peserta mula bertolak ke destinasi seawal jam 2.00 pagi pada 16 November 2012 dan pulang dengan selamat ke Makassar pada jam 6.30 petang, 17 November 2012.



















  Peserta dibekalkan dengan modul-modul serta LDK yang interaktif, dibawa oleh tiga kelab utama di Makassar yaitu IPEM (slot akademik), Kelab UMNO Luar Negara (slot jati diri) dan IMAM–SCI (slot akhlak), bersesuaian dengan objektif yang telah ditetapkan oleh pihak pelaksana. 









Disamping akiviti-aktiviti yang melibatkan minda, terdapat juga aktiviti ‘Team Management’ dan ‘Team Building’ yang diadakan bertujuan untuk menguatkan semangat kerjasama antara mereka. Terdapat juga aktiviti riadah dan ‘Survivor’  yang disusun agar peserta bukan sahaja cerdas dari aspek mental tetapi juga cergas secara fizikalnya. 

















Walaupun berlaku sedikit masalah dari bahagian perlaksanaan, semua permasalahan dapat diselesaikan dengan baik atas kerjasama semua AJK pelaksana. Terima kasih diucapkan buat semua yang telah membantu dalam melaksanakan program ini dengan jayanya

Sambutan Maal Hijrah 1434H

Pada 14 November 2012 bertempat di Rusunawa UNHAS, telah berlangsung sambutan Maal Hijrah 1434 Hijrah peringkat PKPMI Makassar. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk memperingati dan menghayati erti disebalik peristiwa maal hijrah, menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan serta merapatkan ukhuwah antara pelajar Malaysia di Makassar. Acara yang dimulai seawal jam 5 petang mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 200 orang pelajar Malaysia di Makassar. Program dimulai dengan bacaan doa akhir tahun dan diteruskan dengan solat maghrib secara berjemaah dan diteruskan lagi dengan bacaan doa awal tahun. Pada malamnya disampaikan ceramah yang bertajuk "Hijrah Menuju Illahi" yang disampaikan oleh ustaz jemputan selepas solat isyak berjemaah. Dalam program ini Majlis makan malam dan jamuan ringan turut disediakan.

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1433H

Pada tanggal 26 Oktober 2012, bertempat di Rusunawa UNHAS telah berlansungnya sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1433 Hijrah. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, program tahunan ini berlansung untuk menyambut sambutan perayaan besar iaitu Hari Raya Aidiladha dan menyediakan suasana sambutan perayaan di Malaysia memandangkan ramai pelajar yang tidak berpeluang pulang ke tanah air. Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi WITA dimulai dengan solat sunat Aidiladha di mana mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan warga PKPMI Makassar itu sendiri. Turut hadir dalam sambutan ini adalah para dokter yang tinggal berhampiran kawasan rusunawa Unhas. Kemudian, pelajar bersarapan sebelum memulakan aktiviti sembelihan. Pada tahun ini, seekor lembu dan kambing disembelih. Pelajar lelaki bergotong- royong menyembelih dan melapah daging, manakala pelajar perempuan bergotong-royong memasak hidangan dalam kawah. 

gotong royong pada malam raya

takbir raya



bacaan khutbah

pelajar lelaki yang hadir

sembelihan lembu

sembelihan kambing

gotong royong memasak

melapah lembu




makan tengah hari



kari daging

kambing golek

Jamuan makan tengah hari dan malam meriah dengan kehadiran pelajar. Terima kasih kepada individu yang telah menginfak kambing untuk program kali ini. Terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan program ini.


Tuesday, 1 January 2013

Pemberian Ubat Program KKN


Program KKN (Kuliah Kerja Nyata) adalah aktiviti wajib bagi pelajar-pelajar pre-clinical dan diadakan dua kali setahun (Jun dan Oktober). Program KKN Oktober dijalankan di Galesong Utara. Persekitaran yang tidak bersih dan kondusif, serta proses adapatasi yang memakan masa boleh menyebabkan para peserta KKN mudah diserang penyakit seperti demam, cirit-birit (diarrhea), selsema dan lain-lain. Justeru itu PKPMI Makassar telah mengambil inisiatif dengan membekalkan ubat-ubatan kepada peserta program KKN ini. Program ini telah diadakan pada 18 Oktober 2012 dan bertujuan untuk memberikan bantuan ubat-ubat asas kepada pelajar Malaysia yang menyertai KKN Gelombang Oktober di kawasan pedalaman.

Sebanyak 10 orang peserta telah hadir dan bantuan ubat-ubatan yang diberikan adalah seperti paracetamol, ubat diarrhea, ubat flu&batuk dan krim autan.

Information Day


Pada tanggal 21 September 2012, International Office UNHAS buat julung kalinya telah menganjurkan ‘Information Day’ yang diadakan di Gedung IPTEK UNHAS. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru dengan urusan hal ehwal keimigrasian di Indonesia di samping memberi informasi tentang fungsi International Office dan adaptasi belajar di Indonesia.

Program ini telah dihadiri oleh Prof. Dr. Dwia Aries Tina (Wakil Rektor IV), Dr. dr. Irfan Idris, (Wakil Dekan II FK Unhas), Dr. Mahmud Ghaznawie (Koordinator International Class), Dr. Juniady (Dekan International Class Universitas Indonesia) Staf International Office, Wakil Kantor Imigrasi Wilayah, 75 orang mahasiswa baru Malaysia dan 10 orang wakil dari PKPMI sendiri. Program ini yang pertama kali dianjurkan oleh International Office.mendatangkan manfaat yang sangat berguna dengan dapat memberi pencerahan kepada semua pelajar baru tentang info khususnya tentang keimigrasian dari status Visa Kunjungan Bebas Budaya, KITAS, ERP, pulang kecemasan dan lain-lain.Sememangnya info keimigrasian sangat berguna kerana ramai pelajar yang memandang enteng tentang isu ini. Di akhir program dibuka sesi soal jawab dan semua soalan yang diajukan lebih bersifat soal keimigrasian di sini. Diharapkan pihak International Office akan menganjurkan lagi aktiviti sebegini pada masa akan datang dengan menyasarkan kepada semua pelajar Malaysia yang berada di Makassar pula.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri : Indahnya Syawal

Ramadhan yang mulia menjelang tirainya. Kini umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan Syawal yang menjelma dengan 1001 cara. Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang merantau ke luar negara untuk menuntut ilmu terutamanya di Makassar, Indonesia ini. Ketibaan Syawal bagi tahun 1433 Hijrah ini disambut dengan meriah. PKPMI Makassar dengan jayanya dengan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1433 Hijrah bersamaan dengan 26 Ogos 2012 dengan tema 'Indahnya Syawal'. Program pada kali ini telah diadakan di Rusunawa UNHAS bermula jam 3 petang 25 Ogos hingga 8 malam 26 Ogos 2012. 

Program tahunan ini yang bertujuan bersama-sama meraikan hari raya dengan pelajar-pelajar Malaysia lain yang tidak pulang ke kampung halaman serta memupuk semangat tolong menolong dan mengukuhkan tali persaudaraan dalam kalangan pelajar dalam menjalankan hidup sebagai satu keluarga besar mendapat 'outcome' yang memuaskan dari pelajar Malaysia sendiri khususnya. Dengan kehadiran 75 orang pelajar baru pada tahun 2012 ini, sambutan pelajar yang hadir pada kali ini mencecah jumlah 200 orang. Program ini dilaksanakan secara bergotong-royong, di mana pelajar angkatan 2007 paling banyak yang hadir dalam kalangan senior memandangkan ini adalah tahun terakhir beraya di Makassar bagi kebanyakan mereka. Pelajar angkatan 2009 yang baru sahaja selesai program KKN turut hadir dan bersama-sama memeriahkan sambutan raya di Makassar pada tahun ini.