Pada tahun 2012 ini, Exco Dana dan Kebajikan PKPMI Makassar telah melancarkan satu aktiviti baru yang diberi nama "Program Pinang Pulang ke Tampuk".
APA ITU PROGRAM PINANG PULANG KE TAMPUK?
Nama program ini diambil dari peribahasa pinang pulang ke tampuk yang membawa maksud kembali ke tempat asalnya. Bersesuaian dengan namanya, tujuan utama program ini adalah untuk mengumpul sumbangan dana dari semua alumni Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin bagi meneruskan kelangsungan aktiviti pelajar-pelajar Malaysia yang masih meneruskan pengajian di sini, melalui program-program yang telah dirancang oleh PKPMI Makassar Sesi 2011/2012. Ibarat pinang pulang ke tampuk, begitu jugalah harapan kami semua untuk para alumni agar kembali memberi khidmat dan bantuan yang termampu kepada almamater tercinta.
SIAPAKAH ALUMNI FAKULTAS KEDOKTERAN UNIVERSITAS HASANUDDIN?
Dalam konteks ini, Alumni Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin ialah semua pelajar Malaysia yang pernah belajar dan sudah menamatkan pelajaran mereka di Universitas Hasanuddin. Melalui database yang disimpan, kami berjaya memperoleh nama dan alamat lengkap alumni dari batch/angkatan 2000 hingga 2006. Surat rasmi dan kertas kerja perancangan aktiviti tahunan telah dipos ke alamat masing-masing.
Surat rasmi dan kertas kerja telah dipos ke alamat alumni mulai 25 Januari 2012
APAKAH OBJEKTIF PROGRAM PINANG PULANG KE TAMPUK?
Berdasarkan pengalaman yang lalu, hambatan dari kekurangan peruntukan serta keterbatasan kemudahan/peralatan menyebabkan aktiviti-aktiviti yang dirancang mengalami masalah untuk dilaksanakan dengan sempurna. Justeru, kami amat mengharapkan sumbangan dari alumni untuk kelangsungan aktiviti yang bakal dijalankan. Kami menerima segala bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk dana atau keperluan yang terkait dengan aktiviti yang bakal dijalankan.
BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN SUMBANGAN?
Sumbangan bolehlah dilakukan ke nombor akaun seperti yang dinyatakan di bawah. Bagi alumni yang telah melakukan sumbangan, silakan email butir-butir transaksi/sumbangan anda ke email PKPMI:
No. Akaun : CIMB Niaga
Mohamad Syawal Nizam bin Md Bakir (Bendahari PKPMI Makassar)
505-01-04514-11-3
Email : pkpmi_makassar@yahoo.com
No. Telefon : Azwan bin Saari : +6287840678110
: Mohd Syawal Nizam bin Md Bakir : +6287841254332
: Nurintan Ruqayyah bt Mohd Hizam: +6287841649248
Alamat : C-509 Rumah Susun Sederhana Sewa (RUSUNAWA),
Pintu 2 Kampus UNHAS, Jl. Perintis Kemerdekaan, Tamalanrea,
90245, Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia
HARAPAN DARI EXCO DANA DAN KEBAJIKAN 2011/2012
Seperti yang dinyatakan di atas, surat rasmi dan kertas kerja perancangan aktiviti tahunan telah dipos berdasarkan nama dan alamat lengkap yang diperoleh melalui database. Masih terdapat sebahagian besar surat yang tidak dikirim ke alumni kerana masalah incomplete address di dalam database PKPMI. Berkemungkinan juga surat telah dipos ke alamat lama/alamat waris alumni masing-masing dan bukannya alamat menetap sekarang. Jadi kami berharap melalui blog ini, akan meluaskan lagi hebahan tentang program ini kepada semua alumni Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin. Bagi alumni yang berminat, bolehlah mendapatkan softcopy surat rasmi dan kertas kerja program dengan mengemailkan permintaan anda ke pkpmi_makassar@yahoo.com atau terus berhubung dengan kami di Facebook PKPMI Makassar. Kami sangat mengharapkan perhatian dan kerjasama dari semua alumni. Sekian terima kasih.
Jikalau ada lenggudi pahit,
Belanga baru saya jerangkan;
Jikalau ada budi yang baik,
Menjadi abu saya kenangkan.
No comments:
Post a Comment