"Ape ek yang menarik di Makassar?", "Nak bawa ke mane ek parents aku?", "Kalau family aku tanye, tempat-tempat best dekat Makassar, ape ye?"
Anda keliru dengan rancangan pelancongan anda dan keluarga anda di Makassar? Sering bertanya soalan-soalan diatas?
Exco Perhubungan Luar, PKPMI Makassar 09/10 telah mengeluarkan brochure bagi memudahkan anda untuk mengenali Makassar. Mudah-mudahan brochure ini dapat diberikan kepada keluarga anda yang bercadang untuk datang ke sini. Bagi pelancong yang ingin hadir, kami PKPMI 09/10 mengalu-alukan kedatangan anda untuk wisata ke Makassar, bumi pelayar nusantara.
Kami telah mengeluarkan 2 brochure yang berbeza, mohan di lihat kedua-duanya:
Berikut merupakan sedikit artikel mengenai Rasulallah saw yang diedarkan sewaktu Malam Kepuncak MPI. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir, bolehlah mendownload artikel di bawah ini:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecualidalam keadaan Muslim” Ali-Imran : 102.
Islam ini indah, rugilah bagi mereka yang tidak menghayati keindahan yang ada didalamnya. Oleh itu, PKPMI cawangan Makassar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Minggu Penghayatan Islam (MPI). Alhamdulillah, Minggu Penghayatan Islam ini telah dia lancarkan pada hari Isnin, 22 Februari 2010. Minggu Penghayatan Islam kali ini diadakan bersemperna dengan kehadiran Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Jumaat, 26 Februari 2010.
Objektif utama Minggu Penghayatan Islam ini ialah untuk memupuk dan membentuk komuniti pelajar Malaysia yang beragama Islam disini dengan nilai-nilai Islam melalui teladan sifat Rasulallah s.a.w. Oleh kerana itu, Minggu Penghayatan Islam Kali ini telah dilaksanakan bersemperna dengan hari kelahiran Rasulallah s.a.w.
“Sungguh, telah ada pada(diri) Rasulallah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah” Al-Ahzab : 21.
Majlis pelancaran Minggu Penghayatan Islam ini telah disempurkan oleh Presiden PKPMI cawangan Makassar pada jam 8 malam, 22 Februari 2010. Majlis pada malam itu diteruskan dengan kuiz Maulidul Rasul. Kuiz ini melibatkan wakil dari setiap batch. Batch yang telah menghantarkan wakil mereka untuk menyertai kuiz ini ialah batch 2009, 2008, 2007 dan 2006. Kuiz ini menguji pengetahuan para peserta dan juga mebuatkan penonton berfikir dan menghayati sirah Rasulallah s.a.w. Pertandingan kuiz kali ini dilihat mendapat persaingan yang sengit dari setiap batch. Masing-masing cuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan yang terbaik. Kuiz pada malam itu tamat pada jam 11 malam.
Pada hari Rabu, 24 Februari 2010, AJK Program Minggu Penghayatan Islam telah mengadakan tayangan. Tayangan ini merupakan dokumentasi perjalanan sirah Rasulallah s.aw. Turut dimuatkan didalam tayangan itu ialah beberapa adegan yang dipetik dari Filem “The Final Legacy”. Tayangan pada malam itu didapati telah membuka mata pelajar-pelajar untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai sirah Rasulallah s.a.w. Tayangan itu berlangsung selama 1 jam. Majlis pada malam itu, diakhiri dengan ucapan penerangan perjalanan aktiviti sepanjang Minggu Penghayatan Islam daripada Saudara Ahmad Saiful Asyraf, Pengarah Program Minggu Penghayatan Islam kali ini.
Pada hari Khamis, 25 Februari 2010, acara bermula pada jam 7.30 malam iaitu bacaan yasin secara beramai-ramai. Selepas itu, peserta dibenarkan pulang sebelum berkumpul semula pada jam 11.00 malam di Aula, RUSUNAWA untuk Qiamullai secara berjemaah. Acara Qiamullai di jadwalkan bermula pada jam 3 pagi.
Pada hari Jumaat, 26 Februari 2010, Larian Merentas UNHAS telah diadakan yang melibatkan peserta lelaki. Acara ini diadakan dengan tujuan untuk beriadah beramai-ramai disamping menanamkan nilai menjaga kesihatan diri yang dituntun di dalam Islam. Selepas penat berlari, suatu sesi perarakanmembawa sepanduk-sepanduk cintakan Rasulallah s.a.w dijalankan. Perarakan ini diiringi dengan selawat-selawat memuji Rasulallah s.a.w. Selepas itu, peserta meluangkan masa dengan berkunjung ke bazaar yang telah disediakan oleh pihak PKPMI. Pada sebelah malam, suatu ceramah agama telah diadakan dengan tajuk yang dibawa ialah “Sirah Rasulallah”
Pada hari Sabtu 27 Februari 2010, Malam Kemuncak MPI telah diadakan. Acara ini bermula pada jam 8 malam. Pada malam ini, pertandingan nasyid diantara batch telah diadakan. Persaingan yang sengit telah ditunjukkan oleh setiap peserta dengan kebolehan paduan suara yang tersendiri. Tema lagu yang dibawa berkisar kepada Rasulallah saw. Upacara pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dipertandingkan di sepanjang MPI ini disempurnakan oleh Presiden PKPMI dan Pengarah Program MPI itu sendiri. Acara pada malam ini berakhir dengan tayangan slide sepanjang MPI di samping peserta memjamu selera.
DIsediakan oleh: Nazirul Munir Bin Abu Hassan (Setiausaha PKPMI 09/10)
Tanggal 22 hingga 24hb Januari 2010 yang lalu kesinambungan dari PERMAI 2008 iaitu PERMAI 2010 telah berjalan dengan jayanya di Bandung. Masih mengekalkan ‘main speaker’ yang sama iaitu Ustaz Hasrizal yang juga merupakan pemilik blog saifulislam.com. Pembawaan beliau yang amat bersahaja menjadikan pengisian modul menjadi menarik dan mudah difahami oleh para pelajar. Dengan tema Islam & Muslim; Dulu Kini dan Masa Depan dan modulnya berasaskan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Fathi Yakan, membicarakan tentang 6 perspektif menjadi Muslim yang Efektif, diolah mengikut ‘style’ dan versi ustaz Hasrizal sendiri. Seramai 22 orang pelajar yang mewakili Makassar ke Bandung bagi mengikuti acara besar yang menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di seantero Indonesia ini.
(Ustaz Hasrizal, Zulhazwan, En Azman dan Kang Harri)
(Dari Makassar Ke Bandung)
Melalui ‘feedback’ yang diterima oleh mereka yang telah menyertai program ini rata-rata menyatakan kepuasan dan mengharapkan dapat menyertai PERMAI yang akan datang pula. Sepatah kata ustaz, selain ianya menjadi medan mencambahkan ilmu, ia juga turut menjadi ruang ukhuwah, membina jaringan persahabatan dan paling utama menemukan manusia yang menjunjung iltizam yang sama iaitu untuk membuat perubahan diri. Terasa program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu terlalu singkat. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menyertai program ini atau ada yang ingin ‘refresh’ semula apa yang telah didapati melalui program ini dan ingin mengetahui ilmu-ilmu yang dibahas sepanjang program bolehlah melayari ‘permai-islam.blogspot.com’ atau boleh juga melalui bypass proxy untuk ke laman ustaz Hasrizal ‘www.saifulislam.com’ untuk meraih manfaat dari topik-topik yang telah dibahas.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perhatian, Minggu Penghayatan Islam kini kembali! PKPMI Makassar akan mengadakan minggu untuk kita menghayati Islam. Minggu Penghayatan Islam kali ini dilakukan bersemperna dengan Sambutan Maulidur Rasaul 1431 Hijrah.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan rasa kecintaan dan pemahaman yang lebih mendalam kita terhadap agama Islam disamping dengan menyambut hari Maulidur Rasul 1431 Hijrah. Tema Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah "Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah".
Berikut merupakan iklan promosi bagi program tersebut yang disertankan bersama tentatif sepanjang Minggu Penghayatan Islam:
Untuk maklumat saudara, pelbagai aktivi yang menarik pastinya telah dirancang bagi memeriahkan Minggu Penghayatan Islam.
Berikut merupakan aktiviti yang dipertandingkan beserta syarat-syaratnya:
Ayuh saudara dan saudari, kita turut serta untuk memeriahkan Minggu Penghayatan Islam ini. Sertakanlah niat anda agar diberi kefahaman tentang Islam dan Iman yang teguh.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ni, sila hubungi;
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kita kepada tuhan kerana satu lagi orang ternama Malaysia iaitu Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia telah dijadwalkan untuk datang ke Makassar di atas jemputan pihak Universitas Hasanuddin dengan kerjasama daripada ACMS.Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa Malaysia di Makassar dijemput untuk menyertai acara berikut :
p/s: He is an orthopedic
Acara : Seminar Bersama Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Tarikh : Ahad, 21 February 2010 Masa : Jam 9 pagi Tempat: Baruga AP Pettarani, Kampus Unhas, Tamalanrea, Makassar
Tatacara Pakaian:
Lelaki - Digalakkan memakai baju melayu berkasut (kemeja dibolehkan jika anda mempunyai keberatan)
Perempuan - Diwajibkan memakai baju kurung (bagi non-malay dibolehkan memakai baju yang sesuai)
Pada tanggal 13 Januari 2010, Tun Dr Mahathir Muhammad dan isteri dijadwalkan mengunjungi Makassar untuk menghadirkan diri ke Seminar Internasional Demokrasi untuk Kesejahteraan Rakyat di Baruga AP Pettarani, Kampus UNHAS, Tamalanrea, Makassar yang dijadwalkan berlangsung pada 14 Januari 2010. Sehubungan dengan itu, ingin dimaklumkan bahawa mahasiswa Malaysia di Makassar dijemput untuk menghadiri majlis tersebut:
Seminar Internasional Demokrasi untuk Kesejahteraan Rakyat
Tarikh: 14 Januari 2010 Masa : 8 pagi Tempat : Baruga AP Pettarani, Kampus Unhas, Tamalanrea, Makassar
Dialog dengan Mahasiswa Kedokteran Malaysia
Tarikh : 14 Januari 2010 Masa : 2 petang Tempat : Rumah Sakit Pendidikan UNHAS
*sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan segera
Mahasiswa diwajibkan memakai:
Jas Merah UNHAS
Baju Kemeja (t-shirt berkolar tidak dibenarkan)
Baju Kurung (wanita)
Seluar Slack Hitam (jeans tidak dibenarkan)
Kasut Hitam
Pihak PKPMI cawangan Makassar berharap semua mahasiswa Malaysia di Makassar dapat menghadirkan diri ke program tersebut terutamanya program Dialog dengan Mahasiswa Kedokteran Malaysia. Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan kepada Tun Dr. Mahathir bolehlah diserahkan kepada ajk PKPMI selewat-lewatnya 12 Januari 2010, jam 2 petang.