Sunday, 23 November 2008

Pilihanraya PKPMI Sesi 08/09 (Bahagian 3)




Kami dari Suruhanjaya Pilihanraya PKPMI Sesi 08/09 memohon berjuta kemaafan di atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang proses pilihanraya kali ini berlangsung. Segala kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli amat kami hargai.
Kami juga mewakili semua ahli PKPMI cawangan Makassar ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang telah terpilih untuk menerajui PKPMI pada sesi kali ini.
Sekian, terima kasih.

Monday, 20 October 2008

Pilihanraya PKPMI Sesi 08/09 (Bahagian 1)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hampir setahun kami di pihak PKPMI sesi 07/08 memegang tampuk kepimpinan komuniti Malaysia di Makassar ini. Kini, tibalah masa untuk kami mengundurkan diri. Sehubungan itu, Pilihanraya PKPMI Sesi 08/09 akan dijalankan tidak lama lagi dan besar harapan kami agar semua ahli PKPMI berpartisipasi secara aktif dalam pilihanraya kali ini. Butiran lanjut yang berkaitan akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Sekian, harap maklum.

Sunday, 28 September 2008

Eid Mubarak 1429H

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Kepada semua warga PKPMI cawangan Makassar yang dikasihi, Salam Eid Mubarak!

Semoga madrasah Ramadan menjadikan kita insan yang lebih bermakna dalam memaknai erti kehidupan. Semakin hari semakin berIMAN, insyaAllah.

Semoga berbahagia di samping keluarga dan teman tersayang.
Maaf zahir dan batin.

Salam ingatan tulus ikhlas,
Majlis Tertinggi,
PKPMI Makassar 07/08


Get Hari Raya Graphics Here

Thursday, 3 July 2008

Attention!! Latest Info..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Perjumpaan pelajar Malaysia bersama JPA dan MPM yang direncanakan pada jam 1500 WIT (@ International Building) ditukar ke waktu dan tempat yg lain iaitu pada;

Tanggal : 4 Julai 2008 (Jumaat)
Masa : 1300 WIT - selesai
Tempat :Ruang Senat, Lantai 2 Rektorat, UNHAS

Jemput datang beramai-ramai !!

Tuesday, 1 July 2008

Jemputan Perkahwinan

PKPMI dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Kak Ija [Batch 2002] dan Apau (Muhamad AshShaffawi) [Batch 2000] khusus buat warga PKPMI dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis sebelah keluarga perempuan akan berlangsung pada 2 Ogos 2008 di Ampang, Kl sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 3 Jun 2008 di Selayang, Selangor. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.

Di samping itu, jemputan walimah juga untuk pasangan Kak Syu [Batch 2002] dengan Nik Mohamed Nizal buat warga PKPMI dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis sebelah keluarga perempuan akan berlangsung pada 26 Julai 2008 di Chemor, Perak sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 2 Ogos 2008 di Kota Bharu, Kelantan. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.

"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"


p/s: Kad jemputannya ada di tampal di board PKPMI untuk rujukan semua. :)