Saturday, 4 May 2013

MAKASSAR GAMES PART III (END)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
gelanggang Makassar Games telah ditamatkan secara rasminya pada hari Ahad, 28 April 2013 yang lalu.
Acara sukan terakhir yang diadakan adalah marathon yang tamat pada jam 9 pagi. 
Sementara itu, PKPMI-Makassar telah menganjurkan BAZAR ATLIT yang bertempat di blok D, Rusunawa. Pelbagai juadah tanah air dijual pada hari ini seperti nasi ayam, nasi kerabu, nasi tomato, roti john, nasi lemak, kuih keria, teh tarik, ais krim Malaysia dan bermacam lagi. Terbukti warga PKPMI-Makassar mempunyai bakat dalam memasak. :)
Tepat jam 2 petang, acara penyampaian hadiah kepada pemenang dilangsungkan di Aula, Rusunawa. 

Berikut adalah jumlah markah yang diperoleh sepanjang Makassar Games berlangsung.

Biru : 130 points
Merah : 125 points
Kuning : 91 points
Hijau : 152 points

MARATHON

lelaki :
1st : luke micheal (hijau)
2nd : farez (hijau)
3rd : afif (merah)
4th : nik fauzan

Perempuan : 
1st  : aainaa roslan (biru)
2nd : syahidah (hijau)
3rd : hijrah (biru)
4th : athirah farhana (hijau)


Pemenang keseluruhan Makassar Games 2013 jatuh kepada rumah HIJAU dengan mata terkumpul sebanyak 152 mata, tempat kedua pula jatuh kepada rumah BIRU dengan mata terkumpul 130 mata, manakala tempat ketiga jatuh kepada rumah MERAH dengan mata sebanyak 125 mata dan tempat keempat jatuh kepada rumah KUNING dengan 91 mata. 
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG MAKASSAR GAMES 2013.!
















PENYAMPAIAN HADIAH. 
















Dalam mencapai kemenangan,ukhuwah sesama kita turut dipertahankan.!
Alhamdulillah,selesai sudah program Makassar Games 2013, semoga kita sama-sama memperoleh manfaat daripadanya.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. ^^



Ingatlah,
Seperti iman lagaknya,
Ukhuwah itu juga punya,
Naik naik dan turunnya,
Ketika naiknya,kita bermesra,
Ketika turunnya kita bersengketa,
Namun,kita tetap percaya,
Pada hubungan yang kita bina,
Menyemai benih cinta di dunia
Untuk dituai harum buahnya,
Di taman syurga nan indah.





Friday, 3 May 2013

MAKASSAR GAMES 2013 PART II


Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bermula pada 13 April 2013 sehingga 28 April 2013, acara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga PKPMI-Makassar iaitu Makassar Games telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua warga PKPMI-Makassar yang telah bersama-sama menjayakan program kali ini. Makassar Games 2013 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pelajar clinical dan pre-clinical.



Pelajar lelaki.......




 




                           


Pelajar perempuan.....
















Terima kasih kepada semua pihak yang bersama memeriahkan Makassar Games 2013. ^^



Thursday, 4 April 2013

MAKASSAR GAMES 2013 PART I



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

April kini kembali.Acara yang dinanti-nantikan sudah tiba..Adakah anda sudah bersedia?! Pelbagai acara bakal dipertandingkan pada Makassar Games kali ini dan setiap kemenangan akan diberikan 'point' kepada rumah sukan masing-masing. Point akan dikumpul dan rumah sukan yang mengumpul point terbanyak akan dinobatkan sebagai juara Makassar Games 2013.

Makassar games adalah sebuah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh PKPMI-Cawangan Makassar bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memperlihatkan bakat-bakat mereka dalam bidang kesukanan. Di samping itu, pelajar-pelajar diharapkan dapat menghidupkan semangat kesukanan yang ada dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti ini dijalankan selama 3 minggu dan diharapkan dapat memberi impak yang besar bagi pelajar-pelajar iaitu dengan melahirkan bakal doktor yang mempunyai tubuh badan yang cergas di samping otak yang cerdas, bak kata pepatah "badan sihat,otak cerdas". Makassar Games ini juga bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dan silaturrahim sesama pelajar 'pre-clinical' dan juga 'clinical'. dengan demikian, kerjasama dalam kumpulan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

















Ayuh kita sama-sama menjayakan Makassar Games 2013 kali ini.! ^^