Tuesday, 1 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah






Ucapan dari YDP

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t ,yang di muliakan barisan panel forum, yang di hormati barisan kepimpinan PKPMI sesi 2010/2011 serta semua keluarga PKPMI yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Yang Esa, kerana dengan rahmat dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang berkah ini untuk menjayakan satu forum yang bertajuk “Guidance from our beloved”.

Tujuan sambutan maulidur rasul pada kali ini adalah untuk menekankan dan menerapkan sunnah-sunnah yang diamalkan dan diajarkan oleh Rasulullah saw kepada umatnya satu ketika dahulu.

InsyaAllah melalui forum ini kita akan dengarkan bagaimana para ahli panel kita mengupas tajuk “Guidance from our beloved” dan menerangkan serba sedikit tentang sunnah yang boleh kita amalkan sebagai seorang pelajar, lelaki mahupun perempuan dalam kehidupan sehari-hari.

Harapan saya, apabila selesai forum ini, maka akan ada satu transformasi dalam diri saudara-saudari sekalian iaitu hidup bersunnah, tidak kira bila dan dimana kita berada dan jangan kita biarkan sunnah ini ditelan dek zaman.

Seperti Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Saya berharap saudara-saudari sekalian member sepenuh perhatian dan penghayatan kepada forum ini, kerana ilmu yang terdapat didalamnya tiada nilai.

Sekian sahaja ucapan saya..

Saya sudahi dengan wassalam..


MAULIDUR RASUL

12 RABIUL AWAL 1432H

(Sirah)

Baginda saw dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabi’ul awal tahun gajah bersamaan dengan 20 atau 22 April tahun571 masihi. Disebut tahun gajah kerana Abrahah al Asyram menyerang Mekah dan cuba meruntuhkan Kaabah, tetapi Allah menghancurkan tentera Abrahah dengan mengutuskan burung ababil seperti yang termaktub dalam surah al Fil.

Rasulullah saw telah dilahirkan di Syi’ab Bani Hashim. Lahir dalam keadaan yatim, bapanya Abdullah meninggal semasa ibunya mengandung dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, datuknya Abdul Muttalib memeliharanya setelah ibunya meninggal dunia. Baginda s.a.w diserahkan kepada Bani Saad bin Bakar iaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminya al Harith bin Abdul al Qira (Abu Kabhsyah). Ketika berumur 8 tahun, Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib selepas pemergian datuknya.

Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk.Makkah dengan upah beberapa qirat(1/24 dinar). Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

Laporan yang diterima dari Maisarah tentang budi pekerti yang mulia, perwatakan yang lurus serta kebijaksanaan mengurus perniagaan, lalu Khadijah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Baginda kepada teman rapatnya Nafisah binti Manbah. Nafisah berjumpa denganRasulullah menyatakan hasrat Khadijah ingin berkahwin denganya. Baginda bersetuju untuk berkahwin dengan Khadijah. Baginda pun memberitahu bapa-bapa saudaranya persetujuannya untuk berkahwin dengan Khadijah lalu bapa-bapa saudara baginda pergi meminang Khadijah kemudian berlangsunglah perkahwinan antara Baginda dengan Khadijah. Semasa perkahwinan umur Baginda 25 tahun dan Khadijah 40 tahun. Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah r.a kecuali Ibrahim dari Mariah al Qibtiyah. Baginda berkahwin lain hanya selepas Khadijah r.a wafat.

Baginda pergi ke gua Hira’ untuk beruzlah dan beribadat, setelah bekalan habis beliau pulang ke rumahnya mengambil bekalan, begitulah seterusnya sehingga 3 tahun baginda beruzlah di gua Hira’dan genap usia Baginda 40 tahun.Pada hari 21 Ramadhan tahun ketiga Baginda beruzlah bersamaan dengan 10 Ogos tahun 610m dengan kehendak Allah telah menurunkan wahyu pertama melalui Jibril as kepada Baginda dan dilantik menjadi Rasul terakhir.

Menurut Imam Ibn Hajar, tarikh wafatnya Baginda SAW pula adalah jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, tatkala baginda berumur 63 tahun. ( Riwayat Al-Bukhari, 8/150). Iaitu setelah baginda gering selama 10 hari menurut riwayat Sulayman At-Tamimi yang dikeluarkan oleh Al-Bayhaqi dengan sanad Sohih.

PENGERTIAN SUNNAH

-sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk perkataan, ketetapan mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti serta sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah (Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin)

-sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan perkataan, perbuatan mahupun ketetapan (ahli usul)

-sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. (istilah fikah)

-sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah. (ahli fukaha)


CONTOH SUNNAH

-Memberi salam sesama Muslim

-Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis

-Membaca basmallah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan

-Tidur dengan mengiring ke kanan dan meletakkan tapak tangan di bawah pipi

-Mengawalkan berbuka puasa dan melewatkan sahur

-Membasuh tangan sebelum makan

-Membaca al- Quran dengan menghadap kiblat

-berkhatan



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."


(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)


Dari exco lajnah dan tarbiyah

Sunday, 13 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah


Forum "Guidance from Our Beloved", akan diadakan pada hari Selasa bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah.Bertempat di blok D.Semua keluarga PKPMI dijemput hadir.Acara akan bermula pada jam 8.30 pagi.Bertujuan untuk memperingati kelahiran dan Sunnahnya.Semoga Umat Islam terus mempraktikan Sunnah-sunnah nabi dalam kehidupan seharian.Selain itu juga sambutan ini diadakan untuk meningkatkan rasa Kecintaan kita kepada baginda RasulALLAH s.a.w.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

` Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah S.W.T akan berselawat ke atasnya sepuluh kali`

Tuesday, 11 January 2011

SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1431 HIJRAH


Antara ragam peserta sambutan Awal Muharam:tahniah diucapkan kepada semua peserta^^,










Alhamdulillah,sudah masuk bulan Safar bagi umat islam,pada awal Muharam 1432 Hijrah PKPMI Makassar telah mengadakan aktiviti untuk muslimin dan muslimat bagi menyambut tahun baru bagi Umat Islam.

Pada 16/12/2010: Aktiviti yang dilakukan antaranya berbuka puasa bersama keluarga PKPMI,doa akhir dan awal tahun serta jamuan ringkas diadakan.Selain itu pertandingan menulis pantun,puisi dan pertandingan mewarna telah diadakan.Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru bagi pelajar perubatan di sini,di samping sibuk menuntut ilmu,mereka juga perlu mempunyai kebolehan yang lain bagi menjadi seorang doktor yang berkebolehan suatu hari nanti.

Pada 17/12/2010: Aktiviti diteruskan dengan pertandingan bercerita,bukan sebarang bercerita ye,pertandingan ini sangat bermakna,peserta-peserta sangat kreatif menyampaikan maksud cerita yang dibawa.Banyak pengisian-pengisian yang dibawa,semoga pendengar tidak kosong mendengar cerita yang dibawa oleh para pesertanya.Pengenalan PKPM I sesi 2010/2011 dan watikah perlantikan juga di lakukan.Pertandingan yang diadakan atas kerjasama IPEM dan PKPMI Makassar.

Ucapan dari YDP juga boleh dikongsi antara kata-kata beliau ialah :
"PENGANJURAN MAJLIS SEUMPAMA INI JUGA SECARA TIDAK LANGSUNG DAPAT MEMUPUK UNSUR-UNSUR KEIMANAN DAN KETAQWAAN DI SETIAP JIWA WARGA PKPMI DI SAMPING DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI SINI .SAYA AMAT MENITIKBERATKAN KEHARMONIAN KERANA WALAUPUN KITA
BERRBEZA DARI SEGI LATAR BELAKANG DEMOGRAFIK DAN SOSIOLOGI TETAPI PADA HAKIKATNYA KITA SEMUA ADALAH SATU KELUARGA BESAR DI MAKASSAR"

Alhamdulillah,semoga keberkatan bulan Islam ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara keluarga PKPMI Makassar tidak kira Muslim dan juga Non-Muslim.

YDP sedang berucap
Keluarga PKPMI yang hadir
Antara peserta-peserta yang bertanding




Friday, 10 December 2010

All the best


If God brings you to it,
He will bring you through it.
In Happy moments, praise God.
In Difficult moments, seek God.
In Quiet moments, worship God.
In Painful moments, trust God.
In Every moment, thank God.

All the best for keluarga PKPMI Makassar=)

::Exco academic::



Friday, 3 December 2010

AWAS!!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Peringatan kepada keluarga PKPMI Makassar,diminta untuk menjaga keselamatan diri dan harta benda.Kepada yang duduk di luar rumah susun mahupun di dalam rumah susun hendaklah berhati-hati dengan barang berharga anda.

perkara yang anda perlu alert:-

1.pastikan pintu rumah atau bilik terkunci jika anda keluar atau tidur.

2.pastikan anda meletakkan barang berharga anda di tempat yang selamat

3.pastikan tidak keluar terlalu lewat malam dan keluar berseorangan,terutamanya siswi

4.menjaga diri dan tidak membuat kekacauan di tempat awam

5.menjaga akhlak dan budaya sebagai seorang pelajar Malaysia

6.sentiasa beringat kita adalah duta kecil kepada negara kita

7.kepada yang membawa kendaraan.berhati-hati di jalan raya ye

8.jauhkan diri dari tempat-tempat rusuhan

9.laporkan sebarang kehilangan,kecurian dan sebarang masalah silalah berhubung kepada keluarga PKPMI berdekatan dengan anda

SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1431 HIJRAH

TEMA :"HIJRAH MEMICU PERUBAHAN INSAN"
marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan Maal Hijrah ini demi ikatan ukhwah antara kita.