
Program: Program Etika Remaja, Mencapai Akhlak Terbilang dan Akademik Cemerlang
Tarikh: 28 - 30 Mei 2010
Tempat: Tanjung Bira, Bulukumba, SULSEL, Indonesia
Assalamualaikum wrb. dan Selamat Sejahtera.
Pada tanggal dan tempat seperti yang telah dinyatakan di atas, pihak PKPMI cawangan Makassar telah berjaya melaksanakan sebuah program motivasi yang diberi nama 'PERMATA'. Bersyukur kepada tuhan kerana program yang telah dijalankan selama 3 hari 2 Malam ini telah memberikan feedback yang memberansangkan dari pihak peserta. Seramai 80 orang peserta telah meluangkan waktu dalam kesibukan sebagai seorang pelajar di universitas untuk sama-sama menjayakan program ini. Kami dari pihak PKPMI Makassar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda baik yang menjadi peserta mahupun yang bertindak sebagai AJK pelaksana.
- The Begining of Journey
Disepanjang program ini berlansung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sesuai dengan apa yang telah dirancangkan. Diantaranya ialah;
- Ceramah 1 :Mengenal Diri disebalik Diri
Peserta juga didedahkan dengan kepentingan kekuatan rohani dalam membantu mencapai kegemilangan di dunia dan akhirat. Perancangan yang sistematik dan terapi bukan sahaja untuk kejayaan di dunia malah akhirat kelak.
- Explorace
(Keterbatasan nilai P (physical) tidak menghalang kita untuk mencapai I, E dan S)
(Gabungan P (physical) dan I (intellectual) mencetus hasil yang terbaik)- LDK 1
Dengan menerapkan konsep PIES ini dalam sesuatu masalah yang dihadapi, lebih meningkatkan kesedaran kita tentang PIES dalam kehidupan seharian.
(Mengaplikasikan konsep PIES dalam penyelesaian masalah)- Ceramah 2 : Mengungkap Rahsia Kejayaan
(En. Fazrul berbagi ilmu CASIC)Dengan menerapkan konsep CASIC dalam aktiviti ini, dapat meningkatkan lagi hubungan baik sesama manusia dan lebih menghargai orang lain di sekeliling kita.
- LDK 2
(Stimulasi CASIC dalam coaching)Melalui temubual ini juga sedikit sebanyak dapat membuka peluang yang boleh dicapai dalam diri melalui teknik coaching sesi dan peserta di minta untuk memikirkan warisan yang akan ditinggalkan kepada generasi suatu hari nanti.
- Aktiviti Lain
(Mutiara kata dari Sang Permata)
(Feedback dari setiap kumpulan)
(Penghargaan dari Pengarah Program PERMATA)"Annyong-hi kashipshio", "Au Revoir", "Sayonara", "Goodbye".
"Kalau ada sumur diladang, boleh kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Insyaallah tahun depan berjumpa lagi"
(PERMATA generasi penggerak bangsa)- Photographer : Saiful 08, Adam 07, Ruq 07, and Tauhid 07
- SU PERMATA 10 : Anisah 08












