Wednesday 28 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432 HIJRAH

Aidilfitri secara harfiahnya membawa pengertian kembali kepada fitrah dan kesucian semula jadi. Kesucian mewarnai perhiasan lahiriah dan batiniah kehidupan Muslim mengungkapkan dua makna cukup mendalam dalam hidup seseorang Muslim iaitu makna spiritual dan sosial.

Secara spiritual, seseorang Muslim kembali kepada fitrah dan kesucian melambangkan dia sudah bersih daripada segala dosa seumpama bayi baru lahir ke alam dunia ini, terutama setelah selesai melaksanakan ibadat puasa sepanjang Ramadan dengan penuh keimanan.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampuni segala dosanya seumpama bayi baru lahir dari rahim ibunya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Justeru, Muslim yang berpuasa sebenarnya dididik dan diasuh untuk tunduk serta patuh terhadap segala perintah supaya ibadat puasanya diterima Allah. Pada masa sama, dia juga dididik dan diasuh tidak melanggar batasan mengendalikan hawa nafsu selaras kehendak-Nya.

Di samping itu, menjalani ibadat puasa selama sebulan mampu mencetuskan pengalaman kerohanian yang berharga dan cukup berkesan kerana setiap Muslim ternyata berupaya mengendalikan hawa nafsunya serta sudah terbiasa melakukan ketaatan kepada Allah.

Paling penting sekali deria rasa keinsafan dan kesedaran yang berbekas dalam jiwa sanubari akan kehadiran atau pengawasan Allah terhadap segala lintasan hati, tutur kata juga perbuatannya. Pengalaman dan perolehan berharga seperti inilah membawa seseorang itu kembali kepada kesucian dan fitrah sejati saat tibanya hari lebaran Aidilfitri penuh keceriaan

Kesucian dari sudut sosial, tersingkap ruang lingkup pengertian jauh lebih luas dan mendalam menuntut satu tindakan mencerminkan satu cara hidup syumul dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat.

Ditinjau dari segi makna sosial, manusia kembali kepada fitrah dan darjat kesucian bermaksud, tidak ada lagi perbezaan kelas sosial, keturunan, pangkat dan kedudukan. Setiap manusia sama dari segi kedudukan dan asal usulnya.

"(Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhan-mu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”)". (al-A’raf 7 :172)

Aidilfitri secara sosial berupaya menjulang nilai kemanusiaan hingga setiap manusia memandang kelompok manusia lain sebagai makhluk yang sama taraf dan kedudukan. Orang yang kembali kepada fitrah bersedia berbuat baik kepada dirinya dan juga orang lain.

PERJALANAN PROGRAM

Isnin (29/8/2011)

Persediaan berbuka puasa (bubur lambuk)

Seperti yang semua sedia maklum, setiap pelajar sibuk dengan mata kuliah masing masing. Justeru, bersempena dengan cuti sambutan aidilfitri, jawatankuasa pelaksana merancang majlis berbuka puasa diadakan bertujuan untuk mengenali dan mengeratkan hubungan persaudaraan yang sedia terjalin. Bubur lambuk mula dimasak sekitar jam 3.00 petang. Namun, perancangan dariNya lebih teliti. Meskipun, atas sebab sebab tertentu tidak dapat melaksanakan majlis berbuka puasa dengan sempurna, namun akhirnya bubur lambuk berjaya diagihkan dan dinikmati oleh semua pelajar. Selesai berbuka puasa, sebahgaian pelajar ditugaskan untuk menceriakan aula.

Di suatu dsudut pula, terdapat beberapa orang pelajar lelaki yang ditugaskan untuk membakar lemang.

Selasa (30/8/2011)

Persediaan berbuka puasa (bihun goreng dan sira pisang)

Aktiviti iftar beramai ramai diteruskan pada hari terakhir berpuasa. Persediaan juadah berbuka puasa bermula sekitar jam 4.00 petang. Sekitar jam 5.30 petang, para pelajar berkumpul di aula untuk berbuka puasa. Selesai berbuka, pelajar solat maghrib, takbir raya dan solat isya’.

Persediaaan malam raya (juadah pagi raya)

Di sebelah malamnya pula, aktiviti memasak untuk juadah pagi raya dimulakan sekitar jam 9.00 malam. Pelajar berkumpul untuk masak secara bergotong royong. Antara juadah yang dimasak ialah rending, ketupat nasi, ayam masak merah, sayur lodeh, dan kuah kacang. Menu menu sampingan seperti kek coklat, cornflakes dan kerepek pisang turut disediakan.

Kemeriahan malam raya

Walaupun berada di perantauan, kemeriahan suasana aidilfitri tetap dirasai. Pelita di pasang di sekitar rusun beserta dentuman mercun serba sedikit tergubat rindu pada tanah air. Sekli lagi aula dihias indah pada malam raya untuk membangkitkan suasana hari raya pada pagi keesokannya.

Rabu (31/08/2011)

Pagi aidilfitri

Hari yang dinanti telah pun tiba. Seawal jam 7.00 pagi lagi para pelajar berkumpul untuk bersama sama solat sunat aidilfitri di aula. Sementara menunggu para pelajar berkumpul, laungan takbir bergema terus menerus. Solat bermula pada jam 8.00 pagi disusul dengan khutbah aidilfitri. Selesai solat, pelajar bermaaf maafan antara satu sama lain. Juadah yang disediakan pada malam harinya dinikmati oleh para pelajar beramai ramai. Suasana dimeriahkan lagi dengan alunan lagu lagu raya.

Malam 1 Syawal

Pada sebelah malamnya pula, para pelajar disediakan dengan aktiviti tayangan hari raya. Menu ‘jemput-jemput malas’ turut disediakan untuk dimakan sambil menonton. Setelah tayangan berakhir, beberapa orang pelajar perempuan ditugaskan untuk memasak masakan untuk keesokan harinya.

Khamis (31/08/2011)

Raya ke-2

Sekitar jam 8.30 pagi, para pelajar berkumpul di aula untuk menikmati juadah roti jala yang telah disediakan. Beberapa orang pelajar perempuan sibuk menyediakan juadah untuk acara pada sebelah malam. Kemudian, acara diteruskan pada pukul 1.00 petang. Para pelajar berkumpul sekitar jam 1.00 petang untuk bergerak menuju ke rumah Dekan Fakultas Kedokteran UNHAS atas undangan sambutan hari raya beliau. Di sana, para pelajar dapat berkenal dan bergaul secara lebih dekat dengan Bapak Dekan.

Pada sebelah malamnya pula, seawal jam 7.30 malam, para pelajar berkumpul di aula untuk menunaikan solat isya’ secara berjamaah dan disusuli dengan bacaan yaasin beserta sedikit jamuan ringan.

DISEDIAKN OLEH

SETIAUSAHA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432 HIJRAH

SYAFAWATI

Iftar Jama'ie bersama anak yatim bersempena Nuzul Quran

Aktiviti berbuka puasa bersama anak yatim

permainan yang ada di Panti Asuhan

Tempat tinggal anak-anak Panti Asuhan

melihat sendiri tempat tinggal anak-anak Panti Asuhan

Semoga anak-anakPanti Asuhan ini sentiasa ceria

Ramadhan pada tahun ini jatuh pada bulan julai,bermula 31 Julai 2011 umat islam mula menunaikan sembahyang sunat terawih dan pada keesokan harinya pada 1 Ogos 2011 bermulalah umat Islam menunaikan ibadah berpuasa selama 30 hari.

Seperti umat Islam ketahui,puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang agung, sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

“Islam itu didirikan di atas lima perkara; Bersaksi tiada sesembahan yang hak melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan dan berhaji ke Baitullah.” ( Muttafaq ‘alaih).

Antara aktiviti yang dilakukan oleh PKPMI adalah solat terawih berjemaah,khatam Al-Quran yang di bahagikan antara rumah-rumah pelajar dan pengajian yang dilakukan pada setiap malam jumaat.Setiap program yang dilakukan adalah untuk mengisi malam Ramadhan dengan program-program yang dapat meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH dimana kebanyakan pelajar di sini adalah pelajar muslim

Selain itu,program-program ini dapat merapatkan hubungan sesame pelajar lantaran dari kesibukan belajar.Tambahan pula pelajar-pelajar dapat berkenalam antara senior dan junior dan menguatkan ukhwah yang telah terbina.

15/08/2011( Panti Asuhan Al-Bayan)

Panti Asuhan Al-Bayan terdiri daripada tiga ratus lebih pelajar.Mereka merupakan anak yatim piatu dan tinggal di Panti Asuhan sebagai pelajar.Terdapat beberapa bangunan di kawasan Panti Asuhan ini yang terdiri daripada asrama,kelas dan Masjid.


Aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang dimana semua pelajar lelaki bergotong royong memasak bersama anak-anak Panti Asuahan Al-Bayan yang diketuai sendiri oleh Ketua tukang masak Panti Asuhan tersebut.Aktiviti ini bertujuan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara peserta dan juga ahli keluarga Panti Asuhan.Selain itu pelajar-pelajar dapat menyelami kehidupan anak-anak Panti Asuhan di sini.Keluarga Panti Asuhan terdiri dari anak-anak kecil yang berumur lingkungan 4 tahun keatas dan paling dewasa berumur dua puluhan.


Pelajar perempuan pula memulakan aktiviti pada pukul 4.30 petang.Bermula dengan sesi bersalam-salaman dan berkenalan.Buat pengetahuan semua,Panti Asuhan ini dibahagikan kepada dua kawasan,iaitu kawasan lelaki dan perempuan.Terdapat berapa bangunan di dalam kawasan Panti asuhan ini antaranya bangunan sekolah,masjid dan juga asrama.Seperti tidak di Malaysia,di sini peralatan untuk belajar,kemudahan dan makan minum anak-anak panti asuhan adalah terhad.


Antara program yang dilakukan oleh pelajar perempuan bersama-sama keluarga Panti asuhan disini ialah aktiviti melihat sendiri tempat tinggal dan cara hidup anak-anak panti asuhan.Selain itu diadakan penceraha oleh Dr Baizura yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi dan juga seorgng senior oleh Kak aina yang berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga kebersihan diri dan lingkungan.Aktiviti pencerahan ini mendapat menarik perhatian peserta program ini.Selain itu solat secara berjemaah dan juga ceramah oleh ustazah dari Panti Asuhan Al-Bayan juga diadakan,ceramah berkisar tentang Ramdhan dan mengenai hubungan silaturahim.


Antara kisah yang mampu membuatkan keluarga PKPMI ini sentiasa bersyukur dengan nikmat yang mereka ada berbanding apa yang dilalui oleh keluarga Panti Asuhan ini adalah mereka akan makan bubur dan sayur dan tempe yang dijadikan makan seharian.Untuk makan ayam dan daging hanyalah sangat-sangat jarang bagi mereka.Mereka juga akan puasa Isnin dan khamis bagi mengikat perut bagi mengurangkan kos perbelanjaan.Bayangkan perbelajaan bulanan hanya tujuh ratus ribu rupiah hanya untuk sebulan bagi menampung seramai 120 pelajar perempuan di Panti Asuhan ini.Pelajar perempuan Panti Asuhan Al-Bayan ini diketua Kak Hasni,beliau seorang yang sangat lemah lembut dan sangat memberikan kerjasama yang baik terhadap keluarga PKPMI Makassar.


Program ini tamat selepas Maghrib,dimana pelajar-pelajar saling bersalaman dan mengucapkan terima kasih atas layanan yang baik.Semoga hubungan silaturrahim akan terus terjalin anatara keluarga PKPMI Makassar dan juga Keluarga Panti Asuhan Al-Bayan.

DISEDIAKAN OLEH

SITI FATIMAH SHAFEE

SETIAUSAHA Iftar Jama'ie bersama anak yatim bersempena Nuzul Quran

KURSUS PERUBATAN ALTERNATIF BERSAMA HPA

Praktikal berbekam

Antara peserta yang hadir

Belajar titik-titik Acupunture

Praktikal refleksiology

Pelajaraan teori

Selain mempelajari ilmu perubatan moden, para pelajar di Makassar juga berpeluang untuk mempelajari ilmu perubatan alternative. Kursus yang dijalankan selama 2 hari ini julung kali diadakan dengan kerjasama sebuah syarikat terkemuka di Malaysia iaitu HPA Marketing. Kursus berilmiah ini diadakan pada 27, 28 dan 29 Mei 2011 di Puskadek BDP. Ia disertai seramai 60 orang daripada setiap angkatan.

Pada 27 Mei 2011, diadakan sedikit penerangan mengenai syarikat HPA. Penerangan ini diadakan pada jam 8.00 hingga 10.00 malam yang disampaikan oleh PJS Salehuddin bertempat di Aula. Keesokan harinya, bermula jam 8.00 pagi di Puskadek BDP diadakan pula kursus perubatan alternative yang disampaikan oleh PJS Salehuddin. Peserta berpeluang mempelajari lebih mendalam mengenai bekam, refleksologi, iridiologi, kiroterapi, saraf tapak tangan dan akupuntur. Pada waktu pagi, penceramah menerangkan mengenai teori perubatan alternatif. Pada sebelah petang, diadakan pula praktikal antara sesama peserta. Kursus tersebut berakhir jam 5.00petang.

Pada hari kedua pula, kursus disambung dengan teori pada sebelah pagi dan praktikal pada sebelah petang yang berakhir pada jam 5.00 petang. Setiap peserta diberikan sijil penyertaan. HPA juga menawarkan diskaun kepada peserta yang berminat untuk menjadi ahli HPA.

Antara objektif-objektif KURSUS PERUBATAN ALTERNATIF adalah ;

  1. Meluaskan ilmu pengetahuan para pelajar perubatan dalam bidang perubatan alternative.
  2. Memberi peluang kepada para pelajar mencari pengalaman dalam bidang perubatan alternative bersama pakar dalam bidang tersebut.
  3. Mengisi masa lapang pelajar di Makassar.
Tentaif prorgarm yang berlangsung

27/5/2011

8.00 MLM – 10-30 MLM : SESI TAARUF & MENGENALI HPA

28/5/2011

8.00 PG – 12 TGHARI : 1) PENGENALAN PERUBATAN JAWI

2) MENGENALI AL-HIJAMAH (BEKAM)

1- 5 PETANG : PRAKTIKAL BEKAM

29/5/2011

8.00 PG – 12.00 TGHARI : SARAF TAPAK TANGAN &MENGENALI PENYAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANG

RINGKASAN PERUBATAN REFLEKSOLOGI, IRIDIOLOGI & KIROPRAKTIK.

1.00 – 5.00 PTG : PRAKTIKAL

: KELAS PERUBATAN JAWI (PJS SALEHUDDIN)


DISEDIAKAN OLEH SYAZNI HASNI

SETIAUSAHA PROGRAM KURSUS PERUBATAN ALTERNATIF BERSAMA HPA