Friday 29 October 2010

"PERMATA" Yang Dicari


Program: Program Etika Remaja, Mencapai Akhlak Terbilang dan Akademik Cemerlang
Tarikh: 28 - 30 Mei 2010
Tempat: Tanjung Bira, Bulukumba, SULSEL, Indonesia


Assalamualaikum wrb. dan Selamat Sejahtera.

Pada tanggal dan tempat seperti yang telah dinyatakan di atas, pihak PKPMI cawangan Makassar telah berjaya melaksanakan sebuah program motivasi yang diberi nama 'PERMATA'. Bersyukur kepada tuhan kerana program yang telah dijalankan selama 3 hari 2 Malam ini telah memberikan feedback yang memberansangkan dari pihak peserta. Seramai 80 orang peserta telah meluangkan waktu dalam kesibukan sebagai seorang pelajar di universitas untuk sama-sama menjayakan program ini. Kami dari pihak PKPMI Makassar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda baik yang menjadi peserta mahupun yang bertindak sebagai AJK pelaksana.

  • The Begining of Journey

(Semangat yuk!!!)

(Dah sampai... )

Disepanjang program ini berlansung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sesuai dengan apa yang telah dirancangkan. Diantaranya ialah;

  • Ceramah 1 :Mengenal Diri disebalik Diri
Dalam sesi ini, penceramah telah menjelaskan konsep PIES sebagai potensi dalam diri manusia. PIES mewakili potensi fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Dalam ceramah pertama ini, penceramah telah memberi pendekatan kalimah syahadah dengan konsep PIES. Setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing dan perlu dikembangkan ke arah kebaikan manakala kelemahan yang ada perlu diperbaiki dari hari ke hari.

(Motivator PERMATA 10, En. Fazrul Ismail)

Peserta juga didedahkan dengan kepentingan kekuatan rohani dalam membantu mencapai kegemilangan di dunia dan akhirat. Perancangan yang sistematik dan terapi bukan sahaja untuk kejayaan di dunia malah akhirat kelak.

  • Explorace
Explorace telah diadakan pada hari ke-2 jam 7.00 pagi yang melibatkan aktiviti fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Semua peserta telah diberikan kumpulan masing-masing. Dengan itu, setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan pada setiap checkpoint.

(Keterbatasan nilai P (physical) tidak menghalang kita untuk mencapai I, E dan S)

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat para peserta menggunakan konsep PIES dalam masalah yang dihadapi bagi setiap tugasan yang diterima. Aktiviti ini juga telah meningkatkan lagi kefahaman tentang potensi diri dan persediaan untuk belajar serta berkhidmat dalam masyarakat suatu hari nanti.

(Gabungan P (physical) dan I (intellectual) mencetus hasil yang terbaik)

  • LDK 1
Dalam sesi kali ini, penceramah telah menerangkan dengan lebih lanjut tentang aspek potensi diri melalui konsep PIES. Peserta telah diberikan beberapa kes studi dan perlu dibincangkan dalam perspektif PIES. Kali ini penceramah telah memperkenalkan permainan saham yang mana telah membuatkan para peserta berfikir panjang serta menguji emosi mereka untuk berjaya mencapai keuntungan dalam permainan yang mencabar ini.

(Permainan saham, menguji aplikasi PIES dalam pemikiran peserta)

Dengan menerapkan konsep PIES ini dalam sesuatu masalah yang dihadapi, lebih meningkatkan kesedaran kita tentang PIES dalam kehidupan seharian.

(Mengaplikasikan konsep PIES dalam penyelesaian masalah)

  • Ceramah 2 : Mengungkap Rahsia Kejayaan
Dalam slot kali ini, aspek CASIC telah dijelaskan oleh penceramah iaitu CASIC mewakili connect, acknowledge, serve, inquire and choice.

(En. Fazrul berbagi ilmu CASIC)

Penceramah telah menerapkan konsep CASIC dengan pendekatan Al-Fatihah. Oleh itu, setiap manusia akan berusaha untuk mencari peluang dan mendapatkannya untuk merealisasikan impian dalam hidup. Kejayaan yang diperolehi adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Salah satu aktiviti yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta dalam slot ini adalah beramah mesra dengan masyarakat di sekitar Tanjung Bira.

(Aplikasi konsep CASIC melalui proses taaruf bersama warga Bulukumba)
Dengan menerapkan konsep CASIC dalam aktiviti ini, dapat meningkatkan lagi hubungan baik sesama manusia dan lebih menghargai orang lain di sekeliling kita.
  • LDK 2

Dalam LDK yang ke-2 ini, penceramah telah menerangkan tentang bekalan dan perancangan yang akan dilaksanakan selepas pulang dan memastikan misi dan visi kejayaan dapat dilaksanakan. Stimulasi temubual diantara penceramah, Encik Fazrul Ismail dengan saudari Nabilah yang merupakan salah seorang peserta program ini diadakan. Dalam sesi temu bual ini, penceramah telah menggunakan konsep CASIC dalam mengajukan beberapa soalan.

(Stimulasi CASIC dalam coaching)

Melalui temubual ini juga sedikit sebanyak dapat membuka peluang yang boleh dicapai dalam diri melalui teknik coaching sesi dan peserta di minta untuk memikirkan warisan yang akan ditinggalkan kepada generasi suatu hari nanti.


  • Aktiviti Lain
Sepanjang program ini berlansung, peserta diminta untuk mengumpul sebanyak mungkin kata-kata hikmah yang dapat difikirkan. Setiap kata-kata hikmah ini dikumpul untuk dijadikan renungan sebagai motivasi kepada peserta.

(Mutiara kata dari Sang Permata)

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. PERMATA 10 juga akan melabuhkan tirai penutup. Peserta diberi peluang untuk menyampaikan feedback masing dalam cara yang paling kreatif. Di kesempatan ini, ada kumpulan yang menyampaikan feedback dari mereka dalam bentuk lakonan, sajak, dan lain-lain.

(Feedback dari setiap kumpulan)

Sekalung penghargaan kepada En. Fazrul (motivator) PERMATA 10 telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Program PERMATA 10. Kami pihak PKPMI Makassar mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian En. Fazrul untuk datang ke Makassar kali ini.

(Penghargaan dari Pengarah Program PERMATA)

"Annyong-hi kashipshio", "Au Revoir", "Sayonara", "Goodbye".

"Kalau ada sumur diladang, boleh kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Insyaallah tahun depan berjumpa lagi"

(PERMATA generasi penggerak bangsa)

Credits to:
  1. Photographer : Saiful 08, Adam 07, Ruq 07, and Tauhid 07
  2. SU PERMATA 10 : Anisah 08

Monday 25 October 2010

Syarat Pencalonan dan Pilihanraya PKPMI Makassar 2010

SYARAT-SYARAT PENCALONAN & PILIHANRAYA

PKPMI 10/11

Syarat Calon-calon:
  1. Ahli PKPMI cawangan Makassar
  2. Pointer 2.50 dan ke atas
  3. Pelajar tahun kedua dan ke atas
*Borang penamaan calon (click disini untuk mengdownload)
*Proses pencalonan akan dibuka bermula 23 sehingga 30 Oktober 2010

Syarat Kempen:
  1. Tiada unsur rasuah
  2. Tidak menjalankan kempen yang dapat menjatuhkan orang lain atau berbentuk ugutan atau firnah
  3. Poster kempen hanya boleh ditampal di tempat yang mendapat kebenaran pihak berwajib
  4. Bermula dari 30 Oktoebr - 6 Novermber 2010
  5. Tidak dibenarkan berkempen pada hari mengundi
  6. Kempen tidak mengandungi unsur hedonism, vanderlisme
  7. Tidak berunsur politik
Syarat Pembuangan Undi:
  1. Undi berbentuk "X" dalam kotak yang disediakan
  2. Wajib mengundi 3 lelaki dan 2 perempuan
  3. Seorang ahli hanya diperbolehkan mengundi sekali
  4. Mengundi hanya bagi pihak diri sendiri
  5. Masa pengundian : 8.30 pagi - 5.00 petang (7 November 2010)
  6. Tidak dibenarkan menconteng kertas undi
  7. Masa Pengiraan Undi: 8.30 Malam (7 Novermber 2010)
  8. Pengiraan undi harus dihadiri oleh calon dan pencalon dan wakil setiap angkatan sebagai pemerhati (Ketua dan Penolong Angkatan)
Sistem Pilihanraya 2010:
  1. Setiap pelajar dikehendaki mencalonkan 3 lelaki dan 2 perempuan
  2. 3 lelaki dan 2 perempuan yang mendapat undian tertinggi pelajar akan diundi di peringkat Majlis Penasihat (MP) dan Majlis Tertinggi (MT) PKPMI Makassar.
  3. 2 lelaki dan 1 perempuan akan diundi di peringkat MT dan MP
  4. Keputusan pilihanraya akan dikira berdasarkan 70% suara tertinggi undian pelajar dan 30% undian MP dan MT.
  5. 2 lelaki dan 1 perempuan yang mendapat keputusan tertinggi akan dilantik untuk menjadi MT PKPMI Makassar sesi 10/11.
  6. Pembahagian jawatan mengikut undian tertinggi:
  • Pertama: Yang Di-Pertua PKPMI Makassar
  • Kedua: NYDP I PKPMI Makassar
  • Ketiga: NYDP II PKPMI Makassar

* Sila bawa kartu identitas sebagai pengenalan diri.
* Sebarang masalah sila hubungi pegawai SPR yang bertugas.

Senarai SPR:

  1. Muhammad Hafiy Bin Mohd Rusli (+625696015880)
  2. Ahmad Saiful Asyraf Bin Abdullah (+625696016841)
  3. Anis Nadzirah Binti Zainudin (+625696020495)
  4. Nazirul Munir Bin Abu Hassan (+625696125676)
  5. Wan Su'ad Fakhriah Binti Wan Kamaludin (+625696016866)