Monday 20 October 2008

Pilihanraya PKPMI Sesi 08/09 (Bahagian 1)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hampir setahun kami di pihak PKPMI sesi 07/08 memegang tampuk kepimpinan komuniti Malaysia di Makassar ini. Kini, tibalah masa untuk kami mengundurkan diri. Sehubungan itu, Pilihanraya PKPMI Sesi 08/09 akan dijalankan tidak lama lagi dan besar harapan kami agar semua ahli PKPMI berpartisipasi secara aktif dalam pilihanraya kali ini. Butiran lanjut yang berkaitan akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Sekian, harap maklum.